Total Pageviews

September 30, 2016

Teknologi Berus Gigi Systema Pre Teen 0.02mm Direka Untuk Kanak-kanak 8 Hingga 12 Tahun

Posted by   on

Secara umumnya, rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai keperluan dan cara-cara penjagaan gigi. Semasa peringkat penting pertumbuhan gigi  susu diganti dengan gigi kekal, gusi pra-remaja yang lebih lembut membuatkan pemberusan lebih menyakitkan. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa tidak mengetahui masalah ini. 


Seringkali oleh kerana golongan pra-remaja sudah tidak sesuai menggunakan berus gigi kanak-kanak, berus gigi dewasa yang mungkin terlalu besar dengan berus yang terlampau keras diberikan kepada mereka. Penggunaan berus gigi yang tidak sesuai ini mengakibatkan tabiat memberus yang salah dan golongan pra-remaja dalam diam menghadapi masalah pergigian lazim seperti gusi sakit atau berdarah dan kaviti serta nafas berbau yang boleh memberikan kesan ke atas keyakinan dan harga diri mereka.


Sebagai satu jenama penjagaan gigi yang sesungguhnya memahami para pengguna mereka, Systema, jenama berus gigi No.1 di Jepun memperkenalkan solusi inovatif dengan produk terbaharunya, berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm yang direka bentuk untuk pra-remaja terutamanya yang berusia di antara 8 hingga 12 tahun. Majlis pelancaran berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm yang berlangsung di SK Taman Megah hari ini, disaksikan oleh lebih 300 orang pelajar dan guru-guru.


Watak-watak terkenal daripada program TV kanak-kanak popular, Geng UPSR yang terdiri daripada Hud, Adnan, Dina dan Mei Yee turut hadir di majlis perlancaran hari ini untuk menampilkan sketsa menarik yang memaparkan masalah-masalah penjagaan gigi yang biasa dihadapi oleh pra-remaja dalam kehidupan seharian. Persembahan yang menghiburkan itu diikuti dengan persembahan kolaborasi  bicara berirama (choral speaking) oleh pelajar-pelajar SK Taman Megah.
  

Sempena majlis perlancaran hari ini, para  tetamu juga diberi peluang untuk menyaksikan iklan TV baharu Systema Pre Teen 0.02mm yang dilakonkan oleh watak-watak Geng UPSR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para jemputan tentang kepentingan menggunakan berus gigi yang betul. Menambah lagi kegirangan semua yang hadir di majlis tersebut, setiap pelajar telah diberikan sebatang berus gigi  Systema Pre Teen 0.02mm untuk membantu mereka dalam permulaan perjalanan mereka ke arah melindungi gigi kekal dari peringkat awal.


Melindungi gigi kekal sejak dari peringkat awal, berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm boleh didapati dari pasar raya besar utama, pasar raya dan farmasi-farmasi ulung di seluruh negara, pada harga pengguna yang disyorkan iaitu RM7.10. Untuk maklumat lanjut mengenai Systema dan  berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm, layari  www.southernlion.com.my.






No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter