Total Pageviews

March 14, 2017

5 Hajat Hadiah Harijadi Yang Perlu Capai Tahun Ini

Posted by   on

Walaupun harijadi lambat lagi bulan 7 nanti tapi dari sekarang mesti pasang hajat untuk dapat hadiah-hadiah yang istimewa. Setiap tahun bila tiba harijadi kita akan hajatkan sesuatu yang lain dan pastinya ia sesuatu yang sukar untuk kita dapatkan tapi orang lain boleh bantu untuk dapatkannya.


Macam selalu orang buat bila nak hajat tercapai pelbagai perkara yang dilakukan macam mula menyimpan duit, berjimat cermat berbelanja, cari pendapatan sampingan dan banyak lagi. Mesti korang semua nak tahu apa hajat yang saya harapkan akan tercapai menjelang hari jadi saya tak lama lagi. Sebenarnya ada banyak lagi tapi setakat ni 5 hajat yang paling penting dan sangat-sangat perlu saya dapatkan tahun ini.

1) Percutian di Berjaya Tioman Malaysia Resort 

Saya ni bukan selalu dapat bercuti tak kisah dalam negara apatah lagi luar negara. Mungkin sibuk dengan kerja dan juga bajet yang tidak seberapa. Tapi tahun ni berharap sangat dapat pergi bercuti kat Pulau Tioman. Sebab suka sangat nak pergi sana kerana ia tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia.


Kebetulan kat sana ada Berjaya Hotel & Resort jadi dah tengok pun pakej yang ditawarkan di sana. Harga sangat berpatutan dan boleh dapat lagi diskaun kalau beli guna laman web Shopback. Nanti last saya cerita bagaimana nak guna laman web tu. 

2) Kek harijadi dan coklat

Mesti lah nak hadiah kek yang special dan mewah bila celebrate brithday kan. Jadi saya suka sangat dengan produk kek dan juga hadiah daripada Flower Advisor. Sangat menarik dan juga sangat berpatutan.



Korang leh tengok pakej yang ditawarkan oleh mereka ini dengan kek coklat dah juga jambangan coklat menjadi kegemaran saya. Boleh dapat lagi promosi daripada Shopback caranya last sekali saya tunjukkan.

3) Produk Memasak Chef Line

Nak produk ni sebab senang nak masak dan nak suruh bakal isteri masak nanti. Saya piliha hadiah ini bukan untuk saya sahaja tapi untuk kegunaan keluarga. Harap sangat dapat hadiah istimewa set periuk dari jenama popular ChefLine ini.

Setakat ni nampak ada jual kat Go Shop sahaja tapi boleh beli melalui Shopback kerana boleh dapat cash money dalam akaun. Nak tahu macam mana last post ni saya cite bagaimana caranya.

4) Laptop Dell Latitude

Ini adalah hajat paling best kalau dapat dipenuhi tahun ini. Maklumlah sebagai seorang blogger dan banyak bekerja dalam bidang IT dan teknologi ini sangat-sangat menggunakan laptop sendiri. Tak minta jenama mahal atau speck yang tinggi cukup untuk dapat update blog dah cukup.


Sebab tu saya nak jenama Dell ini kerana saya ada tengok kat Lazada ada jual. Sapa nak kasi hadiah laptop ni harap Shopback dapat tunaikan hajat saya ini hehehe.

5) Canon Pixma Printer Gold

Dah ada laptop mesti kena ada printer sebab ia memudahkan nak print, scan dan photocopy nanti. Jadi saya juga memerlukan Canon Pixma Printer ini agar kerja saya senang dan lebih lancar. Tengok kat Lazada pun dah ada tak adalah mahal sangat tapi kalau ada yang nak bagi saya sangat-sangat bersyukur.


Tu lah antara 5 hajat untuk hadiah harijadi yang akan datang nanti. So sapa nak bagi semua ni? Harap Shopback dapat bagi semua hadiah ini kerana mereka tengah adakan pertandingan Win A Wish  sempena dengan ulang tahun ke 2 Shopback Malaysia.


Apa itu Shopback? Ia adalah laman yang memberi cashback atau rebates sekiranya kita membeli apa-apa sahaja dalam senarai merchants yang mereka ada. Ia akan memberi korang rebat tunai untuk pembelian dalam laman web mereka daripada membeli terus dari peruncit dalam talian. Mereka juga telah stabil di 5 buah negara Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.

Cara Shopback berfungsi

Cara menggunakannya sangat mudah  korang hanya perlu masuk ke laman web Shopback.my dan pilih mana-mana laman untuk membeli belah seperti Berjaya Hotel & Resort, Lazada, Go Shop dan FlowerAdvisor. Kemudian korang akan didirect terus ke laman tersebut dan buat pembelian sehingga berjaya. Lepas tu nanti korang akan dapat cash back ke dalam local akaun korang. 


Sangat mudah, flexible dan juga membantu dalam korang membeli belah secara online dan dapat pula cash back terus ke akaun. Tengok apa yang saya telah dapat setakat ini sebab saya memang suka membeli secara online ni. Ada peluang macam ni tak rugi cuba malah lebih untung dapat duit balik. Jadi daftar sekarang di Shopback.

Maklumat lanjut layari :





No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter