Jumlah Paparan Halaman

4 November 2017

Pakar Peneraju Swafoto Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I Oppo F5 Dilancarkan Di Malaysia

Posted by   on

Pakar dan Peneraju swafoto (selfie) OPPO F5 telah dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur pada 2 November 2017. OPPO F5 terbaru ini memaparkan paparan skrin penuh dilengkapi dengan paparan nisbah aspek 18:9 serta disokongi oleh Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. (A.I. Beauty Recognition Technology) yang direka untuk membawa fotografi swafoto ke tahap baru dengan memperibadikan kecantikan pada imej swafoto.

F5 dilengkapi dengan kamera depan 20MP yang dipasangkan dengan f/2.0 dan Pengecaman Kecantikan A.I., ia membolehkan pengguna menangkap swafoto sempurna pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menjadikan F5 sebagai telefon yang sesuai untuk semua jenis pengguna. Di samping itu, OPPO F5 juga memperkenalkan akses ‘Sensor Pengecaman Wajah’ (Facial Unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan segera. Dengan F5, pengguna boleh menangkap swafoto setaraf profesional sepanjang hari.

“OPPO sentiasa komited untuk menyampaikan teknologi swafoto terkemuka dunia untuk pengguna menikmati kemudahan dan mempunyai pengalaman fotografi swafoto terbaik. Dengan F5, pengguna boleh menangkap swafoto yang sempurna di dalam apa jua keadaan. Selain itu, kami berbesar hati dan mengalu-alukan beberapa selebriti baru terkemuka untuk menyertai Pasukan Selebriti OPPO Malaysia. Keperibadian dan imej mereka hebat dan terserlah, dan kami rasa itu adalah padanan sempurna dengan jenama kita,” kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

Pengecaman Kecantikan A.I.

Pengecaman Kecantikan A.I. OPPO mengumpulkan maklumat dan mempelajari ciri-ciri wajah khusus orang yang berlainan daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia. Jurugambar profesional dan artis solekan dirujuk semasa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menyebabkan teknologi A.I. mempunyai keupayaan untuk mencontohi kemahiran profesional yang dapat membantu swafoto kelihatan lebih menarik.


Di samping itu, Pengecaman Kecantikan A.I. akan mengenali tona kulit dan jenis, jantina dan umur subjek untuk membuat penyesuaian menurut pangkalan datanya dan kemudian membuat peningkatan kecantikan yang disesuaikan untuk setiap individu dalam swafoto. Dengan lebih daripada 200 ciri-ciri wajah yang diimbas, Pengecaman Kecantikan A.I. mampu mengesan wajah anda dengan terperinci dan mencantikkan swafoto.

"Pengecaman Kecantikan A.I. boleh menyamai keupayaan jurugambar profesional yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan kemahiran teknikal dalam mengambil gambar potret. Seorang pengguna F5 akan mendapat keupayaan serupa untuk menangkap swafoto yang berkualiti tinggi,” kata Pengurus Produk OPPO Malaysia, Ken Ng.


Dia kemudian berkata, "Keperibadian itu juga penting, kerana masalah pengesuaian gaya untuk perisian kecantikan juga diselesaikan. Sebagai contoh, penambahbaikan swafoto tidak akan menjadi feminin untuk pengguna lelaki. Kanak-kanak atau bayi juga tidak akan menerima penambaikan yang membuat mereka kelihatan seperti orang dewasa.”

"Bagi semua pengguna yang suka “berswafoto”, mempunyai kecantikan sendiri adalah sesuatu yang unik tentang diri mereka. Pengecaman Kecantikan A.I. OPPO boleh membantu mereka menonjolkan wajah yang terbaik. Pengecaman Kecantikan A.I. adalah sistem pintar yang mampu mencatatkan lebih daripada 200 tempat pengiktirafan pada muka. Oleh itu, teknologi ini boleh memberikan anda peningkatan kecantikan yang paling sesuai, tidak kira apa ekspresi ataupun sudut muka,” katanya.


Pada majlis pelancaran, duta produk Fattah Amin berkata, "Sebagai seorang pengguna OPPO, saya kagum dengan kualiti imejnya, terutama untuk swafoto. Apabila mereka menunjukkan kepada saya F5 yang terbaru ini, saya terpegun dengan swafoto saya yang nampak semulajadi dan sempurna.”

“Ikon Selfie” Yoga Lin juga mengulas, "Saya kagum dengan kualiti swafoto yang ditangkap oleh OPPO F5. Sekarang, swafoto saya nampak berseri dan semulajadi dengan Pengecaman Kecantikan A.I. Terima kasih OPPO kerana memperkenalkan telefon swafoto yang sempurna kepada semua! "


OPPO F5 mempunyai kamera depan 20MP dengan bukaan f/2.0 dan kamera belakang 16MP dengan bukaan f/1.8. Berbanding dengan kamera 13MP atau 16MP jenama lain dalam lingkungan harga yang sama , OPPO F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto yang lebih baik. Kamera OPPO boleh memberikan kesan ‘bokeh’ dan HDR depan menyelesaikan masalah pendedahan melampau.

FHD+ Skrin Penuh (Full Screen FHD+) Smartphone dari OPPO

F5 adalah peranti paparan FHD+ skrin penuh 6.0-inci pertama OPPO, membekalkan pengguna keseronokan visual yang jelas tanpa perlu meningkatkan saiz. Ia mempunyai 2160 x 1080 skrin resolusi tinggi dengan nisbah aspek 18:9.

Falsafah reka bentuk yang diselaraskan oleh OPPO F5 adalah ciri “unibody” yang anggun dan menawarkan penampilan langsing tanpa apa-apa pemotongan.  Tambahan pula bentuk melengkung yang sesuai untuk telapak tangan juga  menampilkan rupa yang ayu dan elegan. Telapak tangan pengguna tidak akan berasa letih walaupun menggunakan peranti untuk masa yang lama. Rentetan laser 0.4mm diukir pada peranti F5 adalah peningkatan halus yang menambah butiran kepada badan peranti.


Ciri “Sensor Pengecaman Wajah” (Facial Unlock)

F5 dilengkapi dengan ciri Sensor Pengecaman Wajah, teknologi pengenalan muka terbaru ini akan mengenali penggunanya dan membuka kekunci telefon.  Pengguna juga boleh menggunakan fungsi buka kekunci cap jari. Pembaca cap jari kini berada di belakang badan peranti untuk merestui reka bentuk skrin hadapan penuhnya.

Color OS 3.2 - sistem pengendalian yang lancar hingga kini

Color OS 3.2 OPPO bersama-sama dengan RAM 4GB + memori 32GB ROM memberikan sistem operasi pengalaman pengguna yang lebih lancar. Dulang tiga slot menyokong dua kad Nano dan satu kad TF sekaligus. Teknologi perkongsian kikir O-share adalah 100 kali pantas berbanding Bluetooth. Pemproses CPU utama Octa-core menggunakan lebih kurang tenaga, menghasilkan kurang haba sambil memberikan kelajuan prestasi yang lebih tinggi (peningkatan prestasi 40% berbanding dengan versi Color OS sebelumnya).


Ciri-ciri Unik Lain - Mudah dan Mesra Pengguna

Hayat bateri F5 adalah luar biasa, kerana kapasiti bateri yang 3200mAh dan teknologi Pengoptimum Berterusan (Continuous Optimizing Technology) untuk mengurus aplikasi yang berjalan dalam peranti berterusan sehingga 12 jam (dalam ujian simulasi). Fungsi Jangan Ganggu (Do Not Disturb) semasa bermain permainan akan memaparkan panggilan masuk dalam bentuk sepanduk. Permainan anda dijamin tidak akan diganggu, sambil memastikan anda tidak akan terlepas sebarang panggilan penting.


Tempoh pra-pesanan OPPO F5 bermula dari 2 November 2017 hingga 10 November 2017 dan akan mula dijual dari 11 November 2017 dan seterusnya dengan harga RM1298. Pra-pesanan boleh dibuat di luar talian kedai konsep OPPO dan 888 tempat jualan rasmi OPPO di seluruh Malaysia atau di laman rasmi OPPO dan dari laman rakan kongsi OPPO e-dagang seperti Lazada, 11street, Shopee dan lain-lain. Pelanggan juga boleh melawat Celcom dan Senheng untuk membuat pra-pesanan. F5 boleh didapati dalam variasi warna hitam dan emas. Pameran bergerak pertama akan diadakan pada 11 November 2017, 3pm di Sunway Pyramid di Bandar Sunway, Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang dan Bandar Aeon Dato Onn di Johor Bharu. 

Dua model lain juga boleh didapati kemudian; edisi F5 6GB dan F5 Youth yang akan memberi peminat OPPO lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi OPPO dan Facebook.
Laman web rasmi OPPO: https://www.oppo.com/my/index.html
OPPO F5 Pra-pesanan: http://www.oppo.com/my/shops
OPPO Facebook: https://www.facebook.com/malaysiaoppo







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter