Total Pageviews

March 27, 2018

Uber Tutup Perkhidmatan Di Asia Tenggara Grab Ambil Alih

Posted by   on

Grab telah mengumumkan pengambil-alihan operasi dan perniagaan Uber di Asia Tenggara, sekaligus membawa kepada beberapa perubahan dalam kaedah operasi perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi 


Selain itu juga semua pembayaran dan tuntutan perlu dibuat kepada Grab setelah pengambil alihan ini. Pada masa yang sama Uber telah mula menghentikan operasi di rantau ini secara berperingkat.

Grab akan mengembangkan perniagaan GrabFood sedia adanya di Indonesia dan Thailand kepada dua lagi negara iaitu Singapura dan Malaysia. Ia berikutan integrasi perniagaan Uber Eats dengan GrabFood yang dijangka berada di semua negara utama Asean menjelang separuh pertama 2018. 

Untuk segmen pengangkutan, Grab akan mengembangkan tawaran pengangkutannya dengan membabitkan lebih banyak lagi perkhidmatan pengangkutan tempatan dan penyelesaian mobiliti baru dengan kerjasama pembekal pengangkutan dan pembuat kereta lain. 

Bagi meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.

Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.






No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter