Total Pageviews

June 13, 2018

Harga Smartphone RM1 Sempena Hari Raya Dan Piala Dunia 2018 Sangat Gila

Posted by   on

Berita baik untuk mereka yang mungkin nak bergaya di Hari Raya dengan smartphone baru. Digi pada 8 Jun hari tu telah memulakan kempen Digi Rah Rah Internet bersempena Hari Raya dan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Ia menawarkan smartphone dari serendah RM1 bersama pelan internet dengan data di 10 buah negara. Cukup mengujakan buat mereka yang memang dah bercadang nak dapatkan sebuah smartphone terkini dengan harga sangat-sangat menarik. Hanya RM1 !!

Kempen Digi Rah Rah Internet telah dirasmi dan dimulakan dengan tawaran terhad 100 unit Huawei P20 Pro pada harga RM1 sahaja yang diadakan di Stor Digi Bukit Bintang pada 8 Jun hari tu. Ramai juga yang menyerbu untuk cuba jadi yang bertuah mendapatkan Huawei P20 Pro dengan harga seringgit .. uh.

Memang sangat untung la siapa yang telah dapatkan Huawei P20 Pro dengan harga RM1, sebab harga asal memang berpeluh la nak bayar iaitu RM3,112. Kalau diri saya, harga smartphone sebegitu mahal memang setakat mampu tengok la. Jadi ini peluang sangat menarik untuk anda yang sedang memikirkan mendapatkan sebuah smartphone baru untuk Hari Raya ini.


Menerusi kempen Digi Rah Rah Internet ini, pelan Digi Postpaid yang ditawarkan memberi data sehingga 100GB dan ia datang bersama perayauan data dan panggilan di 10 negara iaitu Australia, Brunei, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Digi menyatakan, hanya pelan Digi Postpaid menyediakan data dan panggilan termasuk di dalam pelan. Kempen Digi Rah Rah Internet selepas ini akan diteruskan di stor rasmi Digi seluruh Malaysia. Ia kemudian akan mula boleh didapati secara online di laman web Digi, mulai 15 Jun sehingga 31 Julai 2018. 

Sempena kempen ini, Digi akan menawarkan pelbagai telefon pintar pada harga serendah RM1 seperti Huawei P20, Samsung A8+ dan Vivo X21, eksklusif bersama pelan Digi Postpaid. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan dengan tawaran hebat daripada Digi untuk peroleh sebuah smartphone baru dengan harga serendah RM1 sahaja. 






No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter