Jumlah Paparan Halaman

12 Julai 2018

TM Umumkan Unifi New Plans Harga Serendah RM79 Dan Kelajuan Sehingga 800Mbps

Posted by   on

Setelah sekian lama bermain dimedia tentang rumos bahawa harga jalur lebar seluruh Malaysia akan diturunkan sehingga 25% atas arahan daripada kementerian baru-baru ini. TM mengambil inisiatif untuk terus merealisasikan aspirasi kerajaan dan kemahuan rakyat dalam masa sama mengimbangkan kos kepada syartikat.


Hari ini TM melalui Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Bazlan Osman telah mengumumkan UniFi New Plans bagi memberi kepuasa kepada semua pihak terutama golongan sasaran. Golongan sasaran adalah bagi mereka yang berada pada tahap B40 atau lebih senang dikenali dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,500 sebulan. 


Golongan ini boleh melanggan UniFi Basic Plan dengan harga serendah RM79 sebulan pada kelajuan  internet 30Mbps. Namun bagi mengimbangi dengan kos yang makin meningkat plan ini hanya untuk langganan internet sahaja tanpa telefon dan juga data (unifi TV). Juga ia hanya terhad kepada penggunaan kuota sehingga 60Gb sahaja.


TM juga mengambil peluang kepada pengguna yang menyewa rumah dan tidak dapat membuat pendawaian kepada rumah yang disewa dengan menawarkan UniFi Wireless Broadband. Plan ini juga pada harga yang sama dengan plan basic tadi dan jada kuota yang boleh ditambah dari masa ke semasa.


Juga tidak dilupakan kepada 800ribu pengguna sedia ada UniFi diseluruh Malaysia. TM menawarkan kepada mereka adalah UniFi Turbo dimana bermula 15 Ogos 2018 semua pengguna akan menikmati kenaikan kelajuan daripada 20Mbps akan diupgrade kepada 100Mbps, pengguna 30Mbps diupgrade kepada 300Mbps, pengguna 50Mbps akan upgrade kepada 500Mbps dan pengguna 100Mbps akan upgrade sehingga 800Mbps.


TM juga mengambil kira kepada pengguna Streamyx yang ada diseluruh Malaysia tetapi tiada talian UniFi dikawasan mereka. TM akan menaikkan 2 kali ganda kelajuan dengan harga sedia ada. Jadi hasrat kerajaan untuk internet yang lebih murah bakal tercapai hujung tahun ini. Ini kerana internet adakan keperluan untiliti seperti mana air dan elektrik. 

Info lanjut di TM.com.my atau hubungi 100 sekarang.








Tiada ulasan:
Write ulasan

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter