Jumlah Paparan Halaman

23 Ogos 2018

Shopfest Hentian Pertaman Untuk Online Shopping Hujung Tahun Dari Shopback

Posted by   on

ShopBack, peneraju platform Cashback dalam talian hari ini mengumumkan ShopFest, satu gerakan dagangan serantau yang direka untuk membantu pengguna Asia Pasifik melayari jualan akhir tahun yang rumit dan memperkasa mereka untuk membuat pilihan membeli yang bijak sepanjang festival beli-belah selama empat-bulan. ShopFest akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia menjadi hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, dan Australia.


Di Malaysia, festival beli-belah perdana ini merangkumi enam acara beli-belah utama dari September hingga Disember, iaitu #MYCYBERSALE, 9.9 Rewards Day (sebelum ini dikenali sebagai 9.9 Cashback Day), 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online Fever, serta Jualan Akhir Tahun Krismas dan Tahun Baru. Pengguna boleh mendapatkan maklumat semua acara beli-belah utama ini dengan mudah dan mengetahui tentang siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana untuk membeli-belah dengan bijak melalui portal maklumat informatif www.shopfest.my.

“Selama tiga setengah tahun, ShopBack telah berkembang dari 5000 pengguna ke lebih 1 juta pengguna di Malaysia (lebih 6 juta di APAC). Ini membuktikan pengguna sangat teruja untuk mencari cara bagi mendapatkan lebih nilai bagi setiap ringgit, dan kami perlu lebih proaktif untuk membentuk cara mereka membeli-belah dengan bijak. Apabila kami cuba meletakkan diri kami ke dalam diri pengguna, kami menyedari bahawa jualan terbaik biasanya datang sekitar akhir tahun tetapi amat sukar untuk mengikuti timbunan acara dan tawaran yang ada.

Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia

ShopFest menyediakan kefahaman yang mudah serta menjadi gerbang untuk pengguna menemui tawaran beli-belah dan mendapatkan bonus menarik semasa mereka membuat belian dalam tempoh empat bulan ini. Buat masa ini, kami bekerjasama dengan lebih 500 e-dagang untuk menyediakan sehingga 30% cashback untuk pengguna. Selepas ShopFest dilancarkan, lebih kurang 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, Booking.com, dll. akan menambah tawaran menjadi super cashback (sehingga 90%) dan akan menyedia hadiah bernilai lebih dari RM14 juta untuk dimenangi menerusi ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience,” kata Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia.

Apabila pengguna melawat laman ShopFest, sebuah kalendar yang merangkumi enam jualan utama akan dipaparkan dan setiap satu darinya akan membawa pengguna kepada kompilasi promosi dan cashback istimewa yang disediakan oleh e-dagang termasuk kategori Elektronik, Fesyen, Kecantikan, Pelancongan, Barang Runcit, Makanan, Isi Rumah dan Kehidupan, serta Sukan pada tempoh yang berkenaan.


“Kami yakin bahawa ShopFest akan menghubungkan e-dagang dan pengguna dengan efisyen terutama pada akhir tahun apabila pengguna bersedia untuk berbelanja. Usaha kolektif kami ini pasti akan menggandakan kesedaran dan prestasi e-dagang, malah mengatasi lebih 10 kali peningkatan trafik purata setiap jam yang kami capai semasa 11.11 Single Day tahun lepas,” kata Sharmeen.

Tempoh Paling Sibuk Untuk Pelbagai Industri E-Dagang


Pelancaran ini juga menyaksikan peneraju dari syarikat e-dagang popular berkongsi pandangan berkenaan lanskap dagangan dalam talian menjelang Q4 dan persediaan mereka untuk berhadapan. Judy Wong, Pengurus Besar untuk  Komunikasi dari 11street menyatakan tempoh puncak membeli-belah pada Q4 dijangka mengambil tempat pada hujung tahun terutama sekali semasa jualan 11.11 & 12.12, dengan elektronik menjadi kategori teratas dan fesyen hadir rapat di tempat kedua.


“Kami merancang untuk menaiktaraf aplikasi mudahalih kami dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna bagi mencipta pengalaman pelanggan yang menyeluruh. 11street juga fokus dalam meningkatkan kecepatan, kos dan kualiti sistem logistik di mana beberapa peningkatan termasuk penghantaran percuma dan mampu milik akan dijalankan,” kata Judy.

ZALORA, peneraju platform fesyen dalam talian menekankan bahawa persediaan perlu dibuat lebih awal bagi memastikan pengalaman pengguna tidak terjejas. “Kami bertugas 24 jam hampir setiap masa pada Q4 tahun lepas, di mana hari paling sibuk memiliki lebih 1000 operator di waktu puncak yang dibahagikan kepada tiga syif. Adalah penting juga buat kami untuk memiliki kefahaman yang jelas tentang kualiti tawaran yang disediakan serta tahap kedalaman inventori. Lebih baik sesuatu tawaran, lebih tinggi permintaan,” jelas Pengarah Pemasarannya, Kiriat Argenio.


Beliau menambah, terdapat peningkatan mendadak pada trafik ZALORA setiap hari dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, terutama di web mudah alih dan aplikasi. “Ini adalah tempoh masa terbaik untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memaklumkan mereka tentang pelancaran jenama baru dan lain-lain inisiatif pemasaran.

Lebih Penjimatan dan Pilihan Pelancongan sepanjang ShopFest


Apabila membincang bahawa pengalaman pengguna, Expedia percaya dengan kuasa kerjasama. “Sebagai salah satu peneraju jenama pelancongan dalam talian, Expedia bekerjasama rapat dengan jenama yang memiliki fikiran yang sama untuk meningkatkan dan menaikkan lagi pengalaman beli-belah dalam talian. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan ShopBack dan melalui ShopFest, kami berharap untuk menambah lebih banyak nilai dan penjimatan untuk pelanggan,” kongsi Agnes Eng, Ketua Pemasaran Jenama Asia Tenggara, Expedia.


Halif Hamzah, Pengurus Besar untuk platform tempahan pelancongan Traveloka di Malaysia dan Singapura, mendedahkan berdasarkan pemerhatian mereka, secara purata terdapat peningkatan transaksi sebanyak 50% di Q4 berbanding suku tahunan sebelumnya. “Pengguna lebih cenderung membeli dalam kumpulan pada akhir tahun kerana mereka melancong bersama kawan atau keluarga untuk meluangkan masa cuti bersama. Kami berharap dengan menyertai ShopFest, kami dapat memberikan akses mudah dan mampu milik kepada pelbagai pilihan penerbangan dan hotel,” kata beliau.

Menurut Sharmeen, bermula dari 1 September, aktiviti dalam talian serta di luar talian untuk pengaktifan ShopFest akan dikuasakan oleh ShopBack dan rakan e-dagang. Terdapat hampir RM10 juta cashback dijangka akan diberikan semasa ShopFest.


Sehingga hari ini, Shopback telah memiliki lebih 1 juta pengguna di Malaysia dan jumlah cashback yang telah diberikan sudah melebihi RM25 juta. Malah, pengguna boleh mendapatkan penjimatan ini di samping cashback kad kredit mereka dan memindahkan wang ini ke akaun bank apabila disahkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shopfest.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.






Tiada ulasan:
Write ulasan

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter