Total Pageviews

September 6, 2018

Perkara Yang Perlu Di Ambil Berat Ketika Membeli Barangan Rumah Baru

Posted by   on

Semua orang mengidamkan rumah baru yang lebih luas dan juga berhampiran dengan tempat kerja. Almaklumlah kat KL ini memang susah nak mencari rumah yang luas dan murah zaman sekarang ini. Kalau ada pun rumah yang cukup-cukup sahaja luas untuk didiami oleh keluarga yang kecil. Tapi apa boleh buat itu semua cabaran dimasa zaman yang serba moden dan canggih ini.


Namun ada beberapa perkara yang boleh kita titik beratkan dalam menghias rumah baru untuk lebih selesa dan nampak kemas walaupun kecil. Paling penting kita menggunakan barang yang flexible untuk situasi dan juga kegunaan kita. Saya senaraikan beberapa barang yang korang boleh dapatkan secara online tapi moden dan menjadikan rumah anda lebih nampak hebat.

Wardrobe Yang Ada Segalanya


Ini sangat penting kerana sesetengah rumah hanya mempunyai ruang bilik yang kecil dan juga muat untuk barangn yang kecil. Jadi pemilihan almari pakaian yang bersesuai sangat penting demi memberikan ruang yang lebih kepada aktiviti lain dalam bilik seperti ruang solat atau juga ruang untuk senaman.


Solano Space Saving Corner Wardrobe ini sangat berpatutan kerana ia bukan sahaja flexible malah juga tahan air. Lihat sahaja ruang dalamnya yang boleh diubah mengikut keperluan untuk mengisi pelbagai barang peribiadi supaya tidak bersepah didalam bilik tidur anda. Selalu kira akan asingkan antara barang yang dah pakai dan baru jadi dalam almari ini kita boleh buat partition agar semua itu nampak kemas dan menarik


Selain itu juga Ia juga menggunakan kayu yang tahan lasak dan juga berkualiti tinggi. Pastinya kita nak pelaburan biat mahal sikit asal tahan lama dan banyak kegunaannya. Ini adalah salah satu penjimatan ruang yang tidak perlu kepada banyak lagi almari lain untuk satu bilik cukup satu ini sahaja semua ada.

Sofabed Lebih Mudah 


Bagi sesetengah rumah ruang tamu mereka hanya muat untuk satu sofa sahaja dan juga tv. Jadi cadangan terbaik adalah menggunakan sofabed kerana ia adalah 2 dalam 1 yang mampu menjadi sofa dan juga menjadi tempat simpanan barang. Contoh seperti Sofabed Friheten bukan sahaja boleh jadi sofa dan juga katil untuk tetamu yang ramai tapi ia juga ada ruang di bawahnya untuk simpan barang lain agar tidak nampak berselerak.


Jadi ini sangat membantu suri rumah dalam memastikan bahawa kawasan yang menjadi tumpuan tetamu itu nampak bukan sahaja kemas dan cantik tapi mewah. Sofa seperti ini satu yang bagus sangat untuk rumah yang mempunyai ruang tamu yang kecil tapi flexible untuk pelbagai guna.

Kabinet TV Bergantung


Satu lagi bahagian yang kita boleh pertimbangkan untuk membuat ruang tamu kita lebih nampak kemas dan bergaya adalah pembelia kabinet tv. Ramai orang suka kepada kabinet yang klasik dan juga elegen tak salah tapi bagi mereka yang mementingkan ruang nampak lebih flexible ini gunanya kabinet tv bergantung.


Pertama ia sangat memudahkan untuk para suri rumah membersihkan ruag bawah kabinet setiap minggu agak nampak kemas dan tersusun. Juga kabinet anda mesti ada ruang wall yang dapat melindungi pelbagai jenis kabel yang ada supaya tidak berselerak dan juga kadang-kadang merbahayakan kanak-kanak. Jadi ini semua ada keperluan dalam menimbangkan untuk membeli barangan dalam rumah supaya lebih pelbagai guna.

Beli Secara Online


Semua barangan yang saya senaraikan tadi korang boleh beli secara online kat laman web Lazada. Sempena dengan promosi 9.9 Festival Sale yang akan datang ini lagi menguntungkan pembeli yang memang suka membeli secara dalam talian. Di Lazada menyediakan pembelian murah sehingga 90% dan juga flexible hanya dari rumah dan semua barang di hantar terus kepada anda.


Jadi kerja untuk pemindahan rumah baru anda menjadi lebih mudah dan juga lebih senang tak perlu melabur banyak duit. Gunakan peluang yang ada ini kerana ia datang setahun sekali sahaja dan juga mampu memberi penjimatan yang banyak kepada anda. Almaklumlah orang baru beli rumah baru dan nak pindah memang banyak menggunakan duit jadi ini peluang untuk menjimat.








No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter