Jumlah Paparan Halaman

6 November 2018

Kisah Pari-pari Dan Mat Top Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival

Posted by   on

Seharian Mat Top berfikir dan mencari idea bagaimana untuk mencantikkan ruang rumahnya yang kosong dan nampak suram. Bagaimana perlu dilakukan agar dia mampu menjadi ruang rumahnya bagaikan istana yang sangat indah dan begitu menarik. Jenuh Mat Top mencari idea dan tidak tahu untuk dapatkan bantuan siapa lagi. 


Namun tanpa sengaja selepas termenung melangut langit mencari idea tiba-tiba muncul sekumpulan pari-pari Istana Kayangan yang membantu Mat Top untuk mencari barang hiasan rumahnya. Pari-pari memberikan idea kepada Mat Top untuk membeli sempena dengan 11.11 Shopping Festival yang berlangsung pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia.


Pari pertama terbang mengelilingi ruang dalam rumah Mat Top dan terpandang satu ruang dinding yang kosong dan luas. Maka pari tu mencadangkan kepada Mat Top agar dapat diserikan dengan Gold Flower Hand Painted Oil agar ruang yang kosong tu nampak lebih cantik. Katanya kat Lazada ada promosi harga sangat murah untuk membeli hiasa ini.


Maka pari ini pun melafazakan jampi rahsinya Laz Laz Lazadaaa.... 


Dengan sekelip mata sahaja hiasan dinding ini muncul di laman web Lazada dengan harga yang sangat murah. Mat Top sangat gembira dan tak terkata dan terus ambil laptopnya untuk membeli hiasan dinding ini tanpa rasa ragu lagi.

Tiba pula giliran pari kedua juga berlegar-legar kat ruang tamu rumah Mat Top dan ternampak sebiji kerusi kecil yang sangat tidak sesuai dengan saiz rumah tu. Maka pari tu bagi cadangan kepada Mat Top untuk membeli Lydia Lather Chair ini untuk menggantikan kerusi kecil ini. 


Juga terus pari ini menyanyikan jampinya Laz Laz Lazadaaaa.... 



Maka terus muncul promosi kerusi ini kat laman web Lazada dan Mat Top tanpa rasa ragu lagi terus membeli kerusi ini nak gantikan dengan kerusi yang kecil tu.

Akhir sekali pari ketiga juga pusing kat dalam rumah Mat Top nak melihat apa lagi yang boleh dihadiahkan kepadanya untuk menghiaskan rumah agar lebih cantik seperti istana. Maka nampak satu ruang yang luas dan perlu kepada Divider Cabinet


Tanpa rasa ragu lagi pari ketiga ini pun terus membacakan jampinya Laz Laz Lazadaaaa.... 


Maka muncul terus kat laman web Lazada divider cabinet dengan promosi sangat murah. Mat Top pun mengeluarkan kad kreditnya untuk membeli secara dalam talian kerana memang sangat murah.

Selepas itu tiba-tiba sahaja pari-pari tadi menghilangkan diri kerana telah berjaya menunaikan hajat Mat Top untuk menghias rumah seperti istana. Mat Top rasa sangat gembira dan terus melayari laman web Lazada sempena dengan 11.11 Shopping Festival. Banyak lagi rupanya barang yang sangat murah dan dia juga turut bagi tahu kepada keluarganya yang lain tentang promosi ini.










16 ulasan:
Write comments
  1. Terbaikklah cerita si pari-pari ni...hehe

    BalasPadam
  2. Gila kaww punya harga sale! Masalah nye ni dah tengah bulan ni duit manaa duitttt

    BalasPadam
  3. 11.11 belum tiba. Duit dah habis bayar bil dan hutang. Hahahaha. Selamat shopping sakan korang. Ruby tengok dari kejauhan. Peluk bantal. Pasrah.

    BalasPadam
  4. Kelas Mat Top ada pari-pari pembantu. Boleh tak minta pari-pari bantu menghias rumah Rawlins pula. Thanks Maha

    BalasPadam
  5. Ingat cerita Cinderella tadi. Mintak kat fairy godmother Cinderella mesti dapat punya. Eh eh mintak kat Lazada lah. Sale best tu.

    BalasPadam
  6. super cool! 1111.. let's shop.. let's buy.. let's spend, let's save.. hahahahahah~~~ look out for great deal!

    BalasPadam
  7. wah cantik juga pilihan lukisan dinding tu..sesuai! Btw, kita tak de apa nak beli rasanya. Cuci mata je lah sebab duit dah habis! ngengenge. Tapi rasa rugi pulak tak join 11/11 ni. Doubtful!

    BalasPadam
  8. Lazada & shopee mmg bahaya la nak buka lagi2 masa sale gila2 ni. Nanti shopping mcm kne curse. Tak boleh nak berhenti. Hjung bulan nyesal. Haha.

    BalasPadam
  9. KIta nak juga pari-pari tu..hahaa..nak dia ping lazz lazza lzada rumah kita jadi cntik..hehee..banyak sale uii..cantik kabinet dinding tu..

    BalasPadam
  10. betul la. kalau ada rak tu akan nampak lebih tersusun dan ranggi. beli je.. kat perabot di lazada memang murah2.

    BalasPadam
  11. Pari2 tu nakal nk habiskan duit si mat top. Hahaha. Tak sabar nak tunggu sale 11.11 ni. Mahaaaaa belanje kite taw. heheheh

    BalasPadam
  12. Hahaha.. Kemain pari pari mengoyakkan poket Mat Top. Sale 11.11 ni confirm murah kurah dna boleh jadi rambang mata tengok. Esok kan.. Hehehe.. Bertabahlah tunggu

    BalasPadam
  13. amboiii, kreatifnya maha bercerita. haha. siap ada pari2 bagai. sale 11.11 tahun ni emi berpuasa dari shopping.

    BalasPadam
  14. Gigih kita baca sampai habis, menarik cerita ni. Kita pun excited dgn cara mat top dapat idea tu. Ok la harap2 pari2 tu singgah dalam angan kita plak.

    BalasPadam
  15. oh yeah time for shopping! I love all the deals we can buy so many things with cheaper price now woohoo!

    BalasPadam
  16. Ya Allah menariknya idea macam ni, cerita pun unik ala-ala fairy gitu. Good luck!

    BalasPadam

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter