Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Cat's Meow. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cat's Meow. Papar semua catatan

27 Jun 2019

Paradigm Mall Johor Bahru Mencipta Rekod Dengan Taman Permainan Kembung Terbesar Di Malaysia

 
Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), pusat beli-belah terbesar di Johor, hari ini meraikan kejayaannya tersenarai di dalam Malaysian Book of Records (MBR) bagi pencapaian taman permainan belon kembung terbesar di Malaysia. Bersempena cuti sekolah di Singapura dan sambutan Hari Bapa, PMJB telah membangunkan Cat’s Meow, taman permainan belon kembung luar biasa sepanjang 2.41 meter dan selebar 15.2 meter serta berketinggian 6.3 meter. Meow, taman berbentuk kucing itu merangkumi pelbagai elemen permainan belon kembung seperti jongkang-jongket, gelongsor gergasi dan kolam bola.


Sijil MBR telah diserahkan kepada Cik Catherina Quek, Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru, oleh Cik Nurul Fatihah – Penganalisa Penyelidikan dan Encik Aaron Bong, Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat daripada Malaysian Book of Records.


Cik Catherina ketika berucap di acara tersebut berkata, “Kami sangat berbangga disenaraikan di dalam Malaysian Book of Records (MBR) untuk kali kedua. Penghargaan oleh MBR ini dapat memberi semangat kepada kami untuk bekerja keras dan menyediakan pengalaman unik kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke pusat beli-belah kami.

Pengalaman membeli-belah kini bertambah meriah di Paradigm Mall JB, dengan adanya pelbagai aktiviti menarik lagi menyeronokkan seperti pencarian tapak kaki Meow Meow, Ring Toss dan permainan menjaringkan bola dari 20 Jun – 30 Jun 2019. Terdapat pelbagai hadiah hebat lagi memikat yang ditaja oleh peniaga-peniaga kami bagi peraduan dan aktiviti yang dijalankan. Pengunjung yang membelanjakan minimum RM50 di butik-butik pakaian atau RM100 di seluruh Paradigm Mall JB dapat menebus satu pas percuma dan memberi peluang kepada si kecil kesayangan mereka menikmati pengalaman menakjubkan di kolam bola Cat’s Meow.


Menurut Quek lagi, “Dengan semua tawaran menarik ini, PMJB menyediakan pengalaman penuh keseronokan untuk para pelanggan setia kami untuk mencipta lebih banyak memori indah bersama.


Jadi apa tunggu lagi? Tandakan kalendar dan serbu Paradigm Mall Johor Bahru! Rasai kegembiraan di taman permainan kembung terbesar bersama keluarga, rakan dan semua insan tercinta. Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti dan promosi.

Layari :-
Website: www.paradigmall.com.my/jb
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: www.instagram.com/paradigm.jb








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter