Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

25 Januari 2022

VIVO Melancarkan 'Shout it Out', Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para

 
VIVO Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet negara. Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam dengan vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.



Diinspirasikan berdasarkan sebuah kisah benar, ‘Shout it Out’ mengikuti kisah Siti, seorang warga Malaysia yang kurang upaya sejak muda yang menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang Karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan Karate antarabangsa. Berlatarkan adegan di mana dia sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan hidup, ditertawakan dan keraguan diri, filem ini menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan dari gurunya yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.



Diarahkan oleh Mallory Lee, kita melihat kehidupan Siti (lakonan Nurizyan Binti Hishammuddin), seorang gadis Melayu muda yang memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang atlet Karate negara. Di bawah bimbingan jurulatih (lakonan Seelan Manoheran) dan kepercayaan terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan hadapi cabaran hidupnya, berusaha untuk mencapai impiannya iaitu bersaing mewakili Malaysia.



Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkata, “Di vivo, kami percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai pencapaian yang hebat, tanpa mengira latar belakang mereka. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk kongsi jalan cerita kehidupan Siti menerusi filem ini, menangkap kisah luar biasa tentang usahanya untuk mencapai impiannya walaupun terhad. Menggunakan teknologi pengimejan canggih vivo X70 Pro, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional."



Penggambaran ‘Shout it Out’ merupakan pengalaman yang hebat untuk saya. Semasa kami merakam video itu, saya ingin menangkap intipati dan emosi sebenar yang dimainkan oleh Siti, menunjukkan perjuangan, kegembiraan, keazaman dan keberaniannya dalam mencapai impiannya tanpa mengira kesusahannya. Menggunakan vivo X70 Pro, saya dapat menangkap semua itu seperti yang dilihat dalam video terakhir. Saya harap rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi semasa menonton filem pendek ini kerana ia memberi inspirasi kepada saya,” kata Mallory, Pengarah filem ‘Shout It Out’.

Filem pendek ‘Shout it Out’ kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube Rasmi vivo Malaysia.








24 Januari 2022

VIVO Bersama Lembaga Pelancongan Sabah Menyokong Pelancongan Tempatan Dengan Filem Pendek 'Visual Xplorer'

 
VIVO Malaysia, dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah, mengeluarkan sebuah filem pendek bertajuk Visual Xplorer untuk mendokumentasikan rakyat, kekayaan budaya mereka dan pemandangan indah negeri Sabah, untuk mempamerkan intipati sebenar Tanah Di Bawah Bayu kepada dunia. Filem berdurasi 1 minit 27 saat didokumentasikan menggunakan vivo X70 Pro, telefon pintar utama fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka-reka bersama dengan ZEISS.

Diarahkan oleh pengarah filem tempatan Brian Christie, filem ini berhasrat membawa penonton menerokai Sabah melalui pelbagai budaya, suku kaum, makanan, perayaan dan alam semula jadi. Menggunakan vivo X70 Pro yang didatangkan dengan lensa kamera yang direka-reka bersama dengan Salutan ZEISS T* dan Kamera Gimbal Penderia Ultra yang Dipertingkatkan, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran peranti, sambil merakam momen dan kenangan yang tidak pernah didengari dari tanah kaya di Sabah.

Di vivo, kami percaya dalam menangkap dan berkongsi kegembiraan manusia melalui detik indah manusia dan alam semula jadi. Saya gembira kami dapat menceritakan kisah Sabah bersama-sama dengan Lembaga Pelancongan Sabah dan menantikan lebih banyak penerokaan pada masa hadapan. Keupayaan fotografi mudah alih vivo X70 Pro boleh menangkap Sabah dengan terperinci untuk mengabadikan landskap dan budaya Sabah yang indah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

Sabah adalah tanah yang kaya dengan biodiversiti dan budayanya yang tersendiri. Daripada pelbagai pilihan pelancongan kepada layanan mesra penduduk tempatan, negeri ini penuh dengan cerita menarik yang menunggu untuk diceritakan. Video tersebut merakamkan beberapa tempat indah Sabah seperti Kampung Budaya, Pulau Mantanani dan Pusat Penemuan hutan hujan Sepilok sambil mengetengahkan aktiviti tempatan.

Kami gembira dapat bekerjasama dengan vivo dalam projek bermakna ini untuk berkongsi keindahan Sabah. Sabah adalah tanah yang indah, penuh dengan kehidupan dan landskap dengan permata tersembunyi yang menunggu untuk diterokai. Melalui perkongsian kami, kami dapat mempamerkan keindahan Sabah kepada dunia. Sungguh mengagumkan untuk melihat bagaimana ia semua ditangkap pada vivo X70 Pro, menunjukkan keindahan dan warisan sebenar Sabah dengan mudah dan profesional. Kami berharap melalui filem itu, orang ramai akan menghargai Sabah dengan lebih baik dan mewujudkan peluang yang lebih besar untuk menyerlahkan kisah Sabah kepada dunia,” kata Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah.

Filem pendek Visual Xplorer boleh ditonton di Halaman Facebook Rasmi vivo Malaysia dan Saluran Youtube Rasmi vivo Malaysia.









12 November 2019

Toys'R'Us Asia Membawakan Pengalaman Eksklusif FROZEN 2 Ke Malaysia

 
Dunia telah jatuh cinta dengan 'FROZEN’ dan kini penantian telah berakhir bagi para peminat apabila francais nyanyian bersama itu kembali untuk memikat hati mereka buat kali kedua! Sebagai persediaan pelancaran tayangan filem terbesar itu pada bulan November ini, Toys“R”Us - peruncit terkemuka di Asia dalam bidang barangan permainan, bayi dan pendidikan dengan fokus terhadap permainan perkembangan dan menyeronokkan, telah mendedahkan rangkaian terkini alat permainan “Frozen 2” di seluruh Malaysia.


Barisan permainan terbaharu itu menjadi hadiah sempurna untuk sambutan Hari Krismas dan hadiah akhir tahun kepada mereka yang menggemari FROZEN. Anda seharusnya TIDAK melepaskannya! Lihat keseluruhan koleksi alat permainan FROZEN 2 di sini.

ALU-ALUKAN KEHADIRAN KELUARGA DIRAJA ARENDELLE KE KEDIAMAN ANDA: HANYA BOLEH DIDAPATI DI TOYS “R” US

Alu-alukan kehadiran sejarah silam Arendelle ke kediaman anda dengan Set Anak Patung Keluarga Diraa Arendelle Frozwn 2 Disney, hanya boleh didapati di Toys “R” Us.

Anak patung klasik yang diilhamkan oleh filem Frozen 2 Disney ini - memaparkan anak patung Anna dan Elsa ketika kecil serta Raja Agnarr dan Ratu Iduna. Ia pasti akan menghiburkan si kecil semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang ini mahupun sebagai hadiah ideal Hari Krismas.

Kanak-kanak pasti akan gembira menghabiskan masa mereka bermain “dress-up” dengan setiap pakaian bergaya anak patung berkenaan, menghidupkan kembali babak-babak keluarga daripada filem berkenaan.

Set Anak Patung Keluarga Diraja Arendelle Frozen 2 Disney boleh didapati di semua rangkaian Toys “R” Us dan melalui gedung dalam taliannya di sini pada harga RM229.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM241.90 (Sabah dan Sarawak).

NYANYI DENGAN SEPUAS HATI!

Anak Patung Nyanyian serba baharu ini merupakan hadiah sempurna bagi peminat muda FROZEN untuk menyanyi bersama lagu-lagu kegemaran mereka daripada filem berkenaan. Set ini merangkumi Anak Patung Elsa yang didatangkan dengan gaun berwarna biru muda yang diilhamkan FROZEN; dan Anak Patung Anna yang memukau dengan pakaian yang diinspirasikan daripada filem kedua itu dengan kasut boot yang boleh dibuka.

Dengan hanya menekan sebuah butang, kanak-kanak berpeluang untuk melihat gaun-gaun tersebut bercahaya dan mendengar sebahagian daripada lagu filem “FROZEN 2”, mengabadikan magis dan melodi daripada filem berkenaan. Toys”R”Us adalah lokasi di mana muzik itu bermula, di sini. Dapatkan Anak Patung anda hari ini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

CAMPUR! PADANKAN! HIMPUN! Kemungkinan tanpa sempadan dengan Anak Patung Fesyen FROZEN 2 baharu

Hidupkan magis silam Arendelle dengan mengumpulkan set penuh anak patung “FROZEN 2” termasuk Elsa, Anna, Kristoff, Sven dan Olaf yang didatangkan dengan pakaian signature mereka, membenarkan peminat untuk mengubah gaya mereka seiring dengan dialog-dialog daripada filem berkenaan.

Kanak-kanak yang suka berdandan dan mewujudkan penampilan baharu pasti gembira dengan Anak Patung Fesyen Adik-Beradik FROZEN, Elsa dan Anna, yang menampilkan aksesori lengkap: rambut panjang yang boleh disikat, enam pasang getah rambut, dua klip rambut dan sebuah sikat yang indah!

Campurkan, padankan dan kumpul dari Toys”R”US di sini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

TIBA MASANYA UNTUK ALAT PERMAINAN POP ADVENTURES!

Dunia “FROZEN” dihidupkan dengan set permainan menyeronokkan alat permainan “FROZEN 2” Pop Adventures! Set permainan tersebut merangkumi Istana Arendelle dengan bilik tidur Elsa dan Anna dan Kampun Arendelle bersama anak patung mini Anna, tiga botol posyen, satu kunci dan sebuah pedati - ideal bagi kanak-kanak untuk membina hasil menyeronokkan bersama Elsa dan Anna.

Waktu bermain Pop Adventures pasti tidak lengkap tanpa Surprise Blind Boxes FROZEN 2 - sebuah permainan meneka yang membenarkan kanak-kanak membuka sebuah bekas kristal bagi mendedahkan karakter FROZEN 2 kegemaran mereka.

Kanak-kanak akan dikejutkan dengan konfeti yang berwarna-warni apabila membuka bekas berkenan buat kali pertama! Dapatkan kejutan anda di Toys”R”Us di sini, daripada harga RM29.90 ke atas.

Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial Toys“R”Us Asia berkata, “Filem FROZEN yang sulung pantas menjadi sebuah fenomena global dan FROZEN 2 dijangka menjadi sepopular dengannya. Menyediakan keluarga di Malaysia dengan pengalaman-pengalaman unik dengan membawakan sebahagian daripada filem berkenaan ke gedung kami merupakan sebahagian daripada komitmen kami kepada para peminat FROZEN 2. Kami amat berbesar hati kerana menawarkannya sekali lagi bagi filem kegemaran Disney ini.”


BINA ISTANA ARENDELLE ANDA SENDIRI

Benarkan anak anda mewujudkan momen-momen magis daripada filem Frozen 2 Disney bersama LEGO®. Elsa’s Wagon Adventure adalah sebuah set mainan binaan wagon yang direka khas dan mudah bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Karakter-karakter dan sebuah model rusa kutub LEGO® menawarkan pengalaman ‘role-play’ yang menyeronokkan, sementara asas Starter Brick istimewa membenarkan pengalaman binaan bangunan, kenderaan dan sebagainya yang membanggakan, walaupun bagi mereka yang baru cuba membina. Dapatkan set binaan anda di Toys”R”US di sini pada harga RM159.90.

Set permainan Kampung Istana Arendelle daripada LEGO® akan memberikan masa bermain penuh kreatif kepada para peminat filem berkenaan. Menyediakan suasana sempurna untuk menghidupkan babak-babak kegemaran daripada filem tersebut, kediaman Anna dan Elsa itu mempunyai tiga tingkat yang boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah bagi akses bermain. Malah, kepingan perabot juga direka agar mudah dipindahkan dan disusun di antara balairung seri, bilik tidur dan aras loteng.

Di luar, gerai-gerai pasar menawarkan barangan terbaik dan terdapat sebuah sampan di bahagian jeti, menunggu untuk pengembaraan seterusnya! Set permainan Arendelle ini merangkumi 3 karakter kegemaran Disney dan 3 patung haiwan LEGO® . Dapatkan ia di Toys”R”US di sini pada harga RM429.90.

NIKMATI HADIAH-HADIAH EKSKLUSIF DAN MENGGEMBIRAKAN

Sebagai kediaman terpilih “FROZEN 2”, Toys”R”US Malaysia menawarkan hadiah-hadiah eksklusif yang menggembirakan dengan pembelian barangan FROZEN 2. Disediakan secara eksklusif kepada ahli-ahli Star Card, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada dua Istana Arendelle FROZEN 2 - bernilai RM1,900 - yang terdapat di Malaysia. Bagi menyertainya, pelanggan perlu membuat pembelian sebarang produk FROZEN 2 Hasbro pada bulan November dan Disember ini dan menjadi pelanggan paling banyak berbelanja pada bulan berkenaan untuk merebut peluang memenangi istana tersebut!

Kumpul hadiah edisi terhad dengan setiap pembelian barangan FROZEN 2. Dapatkan set alat tulis yang memaparkan sebatang pensil, pemadam, kepingan pelekat dan bekas pensil yang indah untuk beg sekolah si kecil! Set hadiah alat tulis berkenaan boleh didapati dengan setiap pembelian item FROZEN 2 Hasbro yang berharga RM120 ke atas di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman beli-belah dalam taliannya dalam satu transaksi. Tersedia sementara stok masih ada, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya segera.

Toys “R”Us Malaysia juga menawarkan LEGO® Disney Elsa’s Winter Throne edisi terhad apabila anda membeli sebarang set mainan LEGO® Disney Princess yang bernilai RM279 dalam satu transaksi di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman onlinenya di sini.

PELANGGAN PALING TINGGI BERBELANJA AKAN DIHADIAHKAN BAUCAR FILEM FROZEN 2

Peminat FROZEN sebenar mengetahui bahawa satu item sahaja tidak mencukupi, malah tidak cukup dengan hanya menonton filem itu hanya sekali.

Oleh itu, berikan penambahan kepada koleksi anda dan anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan satu lagi kunjungan ke panggung wayang untuk menyaksikan filem kegemaran ini, dihadiahkan oleh Toys”R”Us. Dari 1 hingga 20 November 2019, 50 individu yang paling tinggi berbelanja dalam tempoh kumulatif ini akan menerima dua baucar tiket untuk menonton filem FROZEN 2 Disney di panggung wayang.

TOYS “R”US MEMBAWAKAN FROZEN 2 DI LUAR SEMPADAN

Peminat-peminat FROZEN boleh melihat barangan dan tarikan FROZEN 2 dari Toys”R”Us bukan sahaja di gedung permainan tersebut tetapi juga di paparan-paparan offsite istimewa yang disediakan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi paparan offsite FROZEN 2 di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 8 November hingga 1 December 2019 serta di bahagian luar gedung Toys”R”Us Mid Valley Megamall dari 14 hingga 24 November 2019.

RASAI PENGALAMAN DUNIA ARENDELLE

Sebagai persediaan tayangan filem blockbuster tersebut pada 21 November ini, Toys”R”Us Malaysia berganding tenaga dengan Disney untuk mewujudkan ruang hiasan bertemakan FROZEN 2 penuh magis, lengkap dengan patung bersaiz sebenar Elsa dan Anna di gedung utama Toys”R”US di Mid Valley Megamall. Ini adalah peluang anda untuk merasai pengalaman Arendelle dan merakamkan momen-momen indah untuk dikongsikan bersama laman sosial anda.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter