Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Forbes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Forbes. Papar semua catatan

23 Disember 2019

CEO Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

 
Presiden dan CEO Vietjet, Ms Nguyen Thi Phuong Thao telah disenaraikan di antara 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia oleh Forbes, susulan daripada senarai wanita paling berkuasa di Asia. Ms Nguyen Thi Phuong Thao merupakan satu-satunya wanita yang mewakili Vietnam dalam tiga tahun berturut-turut.


Setakat 13 Disember 2019, Forbes menganggarkan jumlah aset jutawan swajaya ini adalah di sekitar USD2.7 billion, menjadikan beliau satu-satunya wanita Vietnam di dalam senarai Forbes’ Dollar Billionaire. Ms Nguyen Thi Phuong Thao juga mempengerusikan syarikat pelbagai bidang Sovico Group, HDBank dan banyak lagi perniagaan hartanah.

Vietjet adalah peneraju syarikat penerbangan di Vietnam yang sedang mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan peluasan rangkaian pernerbangan dari Vietnam ke Malaysia, India, Jepun, Korea (selatan), China, Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Cambodia, Hong Kong dan Taiwan.


Senarai Wanita Paling Berkuasa Di Dunia Forbes, menampilkan wanita di dalam bidang perniagaan, kewangan, media, politik, sosial / dermawan / NGO dan teknologi. Senarai tahunan ini disusun berdasarkan pelbagai kategori seperti kualiti aset, dedahan media, pengaruh bidang dan antarabangsa.

No.1 di dalam senarai Forbes 2019 adalah Canselor Jerman – Angela Merkel, diikuti oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) - Christine Lagarde, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) - Nancy Pelosi and Melinda Gates.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter