Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label MDEC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MDEC. Papar semua catatan

23 September 2016

ShopBack Sertai MDEC #MYCYBERSALE Sebagai Rakan Rasmi Cashback

 
ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE yang dinanti ramai, sebagai rakan Cashback dengan memberikan wang tunai sebenar kepada pembeli online.


Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), #MYCYBERSALE, acara jualan online tahunan terbesar, akan diadakan dari 26-30 September tahun ini. Acara seluruh negara selama 5-hari ini akan menyaksikan laman e-dagang seperti Hermo, Lazada, Zalora, Qoo10, Photobook Malaysia, dan banyak lagi akan bersama-sama merancang produk dan servis bagi memberi kejutan kepada pembeli, dengan tawaran nilai terbaik serta diskaun sehingga 90%.

ShopBack membawakan model Cashback tiga-penjuru yang memberi manfaat kepada semua pihak - pembeli, e-dagang dan penyedia Cashback - ke Malaysia pada Februari 2015. Ia telah membolehkan pembeli di Malaysia untuk menerima wang tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, di mana seorang pembeli tertinggi telah menerima lebih dari RM17,000 di dalam akaunnya.


Syarikat tersebut mengambil inisiatif sebagai menaikkan tawaran Cashback sejak awal tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia menerima lebih penjimatan dalam pembelian seharian, di mana lebih kurang 300,000 pembeli telah menerima insentif Cashback dari ShopBack pada setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman ShopBack di https://www.shopback.my atau Facebook page https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.





2 Ogos 2016

APA ITU #YOUCANDUIT ?

 
Apa itu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ?

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah diperbadankan pada tahun 1996 untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia dan menasihati kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, dan juga untuk menetapkan piawaian kejayaan bagi operasi multimedia.



APA ITU #YOUCANDUIT ?

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

APA ITU eREZEKI ?

eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

APA ITU eUSAHAWAN ?

eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.


Untuk lebih dekat dan lebih lanjut tentang semua kempen ini boleh datang beramai2 ker Karnival #YOUCANDUIT yang akan belangsung pada:-

12 hingga 14 Ogos 2016
INOVASI DIGITAL JOHOR Persada Johor
9.00 pagi hingga 8.00 malam






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter