Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Malaysia Book of Records. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Book of Records. Papar semua catatan

5 Disember 2019

Paradigm Mall Petaling Jaya Mencatat Malaysia Book of Records ‘Pokok Krismas Dengan We Bare Bears Terbanyak’

 
Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) menyambut kemeriahan musim percutian dengan mencatatkan rekod baharu. Berkunjunglah ke pusat membeli-belah ini untuk menyaksikan pokok Krismas yang diilhamkan daripada We Bare Bears dari Cartoon Network dan lihatlah sendiri ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’ – yang pertama dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.


Pokok Krismas gergasi yang setinggi 8.3 meter dan selebar 4.5 meter ini terdiri daripada 1,202 patung mini watak We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear, serta dimeriahkan lagi dengan hiasan Krismas untuk menyambut pengunjung di Tingkat Atas (UG) Paradigm Mall PJ. Pengunjung boleh menyaksikan kemeriahan pokok ini dari 29 November. Di WCT Malls, kami sentiasa mementingkan pengalaman unik untuk pengunjung kami. Pokok gergasi yang dihias dengan patung mini We Bare Bears sudah pasti akan menggembirakan pengunjung cilik dan menarik minat ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar bersama, menjadikan kunjungan ke Paradigm Mall Petaling Jaya kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, Grizz, Panda dan Ice Bear dari We Bare Bears akan membuat kemunculan istimewa di semua WCT Malls pada Hari Krismas nanti. 

Bersempena dengan tema Krismas bersama beruang di Paradigm Mall PJ, pengunjung juga boleh mengambil bahagian di dalam kempen ‘Adopt the Bear’ dengan menderma RM50 kepada rumah anakanak yatim. Penderma boleh mengumpul beruang pada 29 Disember 2019. Sambutan perayaan dengan suasana memberi ini sudah pasti mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak dari House of Joy, Yayasan Sunbeams Home dan Shepherd’s Centre Foundation.


Pengunjung juga boleh menantikan aktiviti serba ajaib sepanjang bulan Disember di Paradigm Mall PJ melalui program yang sesuai untuk seisi keluarga, serta berpeluang bergambar di gua hiasan We Bare Bears. Kawasan cenderahati We Bare Bears turut dibuka di Paradigm Mall PJ dari 29 November hingga 29 Disember 2019 agar pengunjung boleh membeli hadiah bertemakan beruang.

Sesi Bertemu We Bare Bears
Tarik: 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019 

Mari bertemu tiga beradik beruang comel, Grizz, Panda dan Ice Bear di Paradigm Mall, Petaling Jaya! Tiga beradik ini akan memakai topi Krismas dan menjemput anda dengan pelukan kuat pada Hari Krismas ini! 

Sesi Bertemu Santa & Ms. Claus
Tarikh: 30 November, 1, 7, 8, 11, 14, 15, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Hari Krismas tidak akan lengkap tanpa Santa Claus. Baik atau nakal, bawalah anak-anak anda ke Paradigm Mall PJ untuk bertemu Santa dan Ms. Claus, serta bawa pulang hadiah Krismas. 


Persembahan Krismas
Persembahan Tarian Akrobatik Krismas: 1, & 8 Disember 2019 Pertunjukan Tarikan Krismas Jingle Bells: 15 & 22 Disember 2019 Persembahan Smart Reader Kids: 7 & 8 Disember 2019 Persembahan Q-Dees: 30 November 2019 Persembahan Drum Connect: 7 & 28 Disember 2019

Tarian dan nyanyian Krismas mungkin biasa bagi anda, tapi pernahkah anda menyaksikan Persembahan Tarian Akrobatik Krismas? Mari saksikan bakat-bakat tempatan yang pasti menghiburkan anda dengan gerakan yang mendebarkan.

Paradigm Mall PJ juga ada pelbagai persembahan lain untuk anda saksikan sempena musim cuti ini!

Karol Krismas
Tarikh: 7, 14, 21, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu perayaan ini amat dikenali ramai, kerana itulah Krismas Karol merupakan sebahagian aktiviti menarik pada perayaan ini. Marilah bersama-sama menyanyikan lagu Krismas bersama keluarga dan rakan.

Bengkel Krismas We Bare Bears  
Bengkel We Bare Bears Shadow Box: 30 November, 7, 11, 15, 22, 24, 28 & 29 Disember 2019
Bengkel Hiasan Tanah Liat We Bare Bears: 1, 8, 14, 21, 25, 28 & 29 Disember 2019 
Membuat Cupcake Fondant We Bare Bears: 7, 8, 22 & 29 Disember 2019 
Melukis Ising Biskut Royal We Bare Bears: 8, 22, 28 & 29 Disember 2019

Masa untuk berikan Krismas sedikit kreativiti melalui bengkel seni dan kraf yang telah diaturkan sepanjang bulan Disember 2019

Peraduan Krismas
Peraduan Mewarna: 8 Disember 2019 
Peraduan Menghias Pokok Krismas: 29 November 2019.

Hadiah dan pokok Krismas adalah perkara yang paling dinantikan pada Hari Krismas. Tunjukkan kebolehan anda untuk menghasilkan hadiah, hasil kerja tangan anda sendiri. Bawalah si kecil untuk menyertai peraduan mewarna Krismas. Hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah!

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan menghias pokok Krismas. Hiasan akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti, penggunaan bahan dan persembahan keseluruhan. Ajaklah ahli keluarga dan rakan untuk menyertai peraduan ini kerana ia pasti merupakan aktiviti yang sesuai untuk diluangkan masa bersama. Terdapat hadiah sehingga RM5000* untuk dimenangi!


Hadiah dengan Pembelian (GWP)

Anda berpeluang menebus cenderahati We Bare Bears apabila berbelanja.

Beg Duffle We Bare Bears
Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam tiga resit berpeluang menebus Bag Duffle We Bare Bears yang disediakan dalam warna coklat, hitam dan putih; setiapnya mewakili watak We Bare Bears: Grizz, Panda dan Ice Bear. Pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy hanya perlu berbelanja RM150 ke atas dalam maksimum tiga resit untuk menebus.

Pengunjung dan peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan siri We Bare Bears bolehlah menyaksikannya di saluran Cartoon Network; Astro Ch. 616 (SD) dan Astro Ch. 636 (HD).

Keterangan lanjut tentang aktiviti dna promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah ini dan platform media social : 
Laman Web: www.paradigmmall.com.my  
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ

*Tertakluk pada Terma & Syarat  








27 Jun 2019

Paradigm Mall Johor Bahru Mencipta Rekod Dengan Taman Permainan Kembung Terbesar Di Malaysia

 
Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), pusat beli-belah terbesar di Johor, hari ini meraikan kejayaannya tersenarai di dalam Malaysian Book of Records (MBR) bagi pencapaian taman permainan belon kembung terbesar di Malaysia. Bersempena cuti sekolah di Singapura dan sambutan Hari Bapa, PMJB telah membangunkan Cat’s Meow, taman permainan belon kembung luar biasa sepanjang 2.41 meter dan selebar 15.2 meter serta berketinggian 6.3 meter. Meow, taman berbentuk kucing itu merangkumi pelbagai elemen permainan belon kembung seperti jongkang-jongket, gelongsor gergasi dan kolam bola.


Sijil MBR telah diserahkan kepada Cik Catherina Quek, Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru, oleh Cik Nurul Fatihah – Penganalisa Penyelidikan dan Encik Aaron Bong, Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat daripada Malaysian Book of Records.


Cik Catherina ketika berucap di acara tersebut berkata, “Kami sangat berbangga disenaraikan di dalam Malaysian Book of Records (MBR) untuk kali kedua. Penghargaan oleh MBR ini dapat memberi semangat kepada kami untuk bekerja keras dan menyediakan pengalaman unik kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke pusat beli-belah kami.

Pengalaman membeli-belah kini bertambah meriah di Paradigm Mall JB, dengan adanya pelbagai aktiviti menarik lagi menyeronokkan seperti pencarian tapak kaki Meow Meow, Ring Toss dan permainan menjaringkan bola dari 20 Jun – 30 Jun 2019. Terdapat pelbagai hadiah hebat lagi memikat yang ditaja oleh peniaga-peniaga kami bagi peraduan dan aktiviti yang dijalankan. Pengunjung yang membelanjakan minimum RM50 di butik-butik pakaian atau RM100 di seluruh Paradigm Mall JB dapat menebus satu pas percuma dan memberi peluang kepada si kecil kesayangan mereka menikmati pengalaman menakjubkan di kolam bola Cat’s Meow.


Menurut Quek lagi, “Dengan semua tawaran menarik ini, PMJB menyediakan pengalaman penuh keseronokan untuk para pelanggan setia kami untuk mencipta lebih banyak memori indah bersama.


Jadi apa tunggu lagi? Tandakan kalendar dan serbu Paradigm Mall Johor Bahru! Rasai kegembiraan di taman permainan kembung terbesar bersama keluarga, rakan dan semua insan tercinta. Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti dan promosi.

Layari :-
Website: www.paradigmall.com.my/jb
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: www.instagram.com/paradigm.jb








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter