Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Minyak Enjin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak Enjin. Papar semua catatan

28 Januari 2019

60 Peratus Pemandu Tidak Menyelenggara Minyak Enjin Mengikut Jadual

 
Menurut satu kaji selidik mengenai minyak pelincir enjin yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), ke atas 1,036 pemandu, 99 peratus menyedari kepentingan minyak enjin untuk memastikan kereta berfungsi dengan baik, namun 60 peratus didapati gagal mengikuti jadual penyelenggaraan ditetapkan untk menukar minyak enjin.

Minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi. Ia melincinkan pergerakan bahagian dalaman enjin dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan serta kerosakan pada bahagian enjin kereta.


Selain itu, minyak enjin juga melindungi enjin daripada kakisan dan karat, menyejukkan suhu operasi enjin dan membantu mengeyah bahan cemar seperti kotoran daripada bahan bakar dan jelaga yang terhasil daripada pembakaran tidak sempurna. Minyak enjin berkualiti tinggi dan sesuai akan memastikan kelancaran serta memanjangkan usia enjin.

“Menukar minyak enjin secara berjadual adalah penting untuk memastikan prestasi dan kesihatan kereta anda terpelihara. Jika ia tidak ditukar secara berjadual, anda akan mula melihat pelbagai masalah mula timbul terutama enjin menjadi panas dan perkara paling tidak dingini berlaku ialah penggantian enjin yang pasti mahal.

Selang standard untuk penukaran minyak hitam adalah setiap 8,000km atau enam bulan atau mana-mana lebih dulu untuk minyak jenis sintetik penuh dan 5,000km atau enam bulan untuk semua jenis minyak serta kenderaan lama. Kami menasihati supaya selang servis kenderaan dan spesifikasi minyak enjin yang ditetapkan pengilang kenderaan dipatuhi”, tegas Mr. Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch AA Malaysia.


Empat tip penyelenggaraan minyak enjin untuk pemilik kereta:-

·       Periksa batang celup untuk tanda aras dan warna minyak enjin sebulan sekali

·       Periksa tempat parkir kenderaan anda untuk sebarang tanda kebocoran di atas lantai

·       Sentiasa ikut cadangan pengilang kenderaan untuk jenis minyak enjin yang dicadangkan sesuai dan tempoh selang servis

·       Prihatin dengan bunyi enjin yang luar biasa, penggunaan minyak tinggi dan prestasi kereta menurun

“Jika anda dapati terdapat bunyi enjin yang bising, pengunaan minyak lebih tinggi daripada biasa atau warna minyak enjin telah bertukar hitam semasa pemeriksaan batang celup meskipun aras minyak enjin masih tinggi, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan segera. Ini semua adalah tanda-tanda masalah enjin yang mungkin disebabkan beberapa faktor selain gasket bocor”, kata Mr. Pang.

Terdapat tiga jenis minyak enjin – mineral, semi sintetik dan sintetik penuh. Minyak mineral kebiasaan dihasilkan daripada minyak mentah yang ditapis, manakala minyak sintetik penuh dibuat dalam makmal; semi sentitik pula terhasil daripada gabungan kedua-dua minyak tersebut. Setiap enjin adalah berbeza dan amat penting untuk menggunakan gred minyak enjin mengikut ketetapan spesifikasi enjin yang disyorkan oleh pengilang kenderaan.


Bosch, sebuah syarikat automotif yang mempunyai pengalaman luas lebih dari 130 tahun, menggesa semua pemandu negara ini untuk melakukan pemeriksaan minyak enjin secara berkala dan servis kenderaan mengikut jadual bagi mengelak sebarang gangguan perjalanan terutama ketika musim perayaan. Proses ini adalah mudah, murah dan akan memanjangkan usia enjin kereta, pemanduan lebih lancar dan mengurangkan kos membaiki.

Bosch AA menawarkan pelbagai jenis minyak enjin untuk semua kenderaan penumpang yang direka khas memberikan perlindungan optimum pada enjin untuk semua tahap suhu dan tinggi dalam kestabilan pengoksidaan yang sesuai untuk iklim seperti Malaysia. Pilihan minyak enjin keluaran Bosch boleh didapati di Lazada di https://bit.ly/2TBTGPo.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter