Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label R9s Plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label R9s Plus. Papar semua catatan

2 Mac 2017

Min Chen dan Ayda Jebat Memperkenalkan OPPO R9s Plus Di Malaysia

 
OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO R9s Plus di sebuah majlis yang dibintangi selebriti OPPO yang merupakan artis tempatan iaitu Min Chen dan Ayda Jebat. R9s Plus yang telah lama dinanti-nantikan ini dikuasakan dengan kamera belakang 16MP IMX398 yang dibangun bersama oleh OPPO dan SONY, f1.7 apertur dengan teknologi fokus dwi-PDAF. 


Bagaimanapun, pakar telefon pintar kamera tersebut kini memperkenalkan beberapa fungsi yang baru, iaitu Penstabilan Imej Optik (OIS) dengan kawasan anti-ketar yang lebih luas berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran. Para pengguna juga boleh menikmati prosesor Qualcomm Snapdragon 653 yang baru dilancarkan, di samping kapasiti bateri yang dinaiktarafkan, membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman fotografi bertaraf profesional sepanjang hari.

Direka untuk cara hidup pengguna Malaysia yang aktif seperti Min Chen, OPPO R9s Plus dikuasakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar supaya pengguna boleh menikmati kesemua fungsi telefon pintar tersebut secara menyeluruh, tanpa perlu bimbang akan hayat bateri.


Satu lagi penaiktarafan yang ketara dilihat pada OPPO R9s Plus adalah RAM 6GB, ColorOS 3.0 bersama skrin paparan 6inci, menjadikannya sebuah peranti yang sesuai untuk Ayda Jebat. OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini telah membawakan kejayaan yang tinggi di pasaran Malaysia, dengan jualan pra-tempahan dan jualan kedai yang memberangsangkan dan melebihi jualan OPPO F1s sebelum ini. 

Baru-baru ini, edisi Merah Valentine telah habis dijual di atas talian di dalam masa 48 jam sahaja selepas pra-tempahan bermula, dan telahpun habis dijual kedai OPPO sebelum ianya dijual secara rasminya. Suatu lagi pencapaian OPPO yang berjaya melonjakkan reputasi syarikat tersebut adalah telefon pintar OPPO edisi selebriti – F1s edisi Ayda Jebat dan R9s edisi Min Chen habis dijual dalam hanya masa beberapa hari, membuktikan populariti selebriti tersebut di kalangan rakyat Malaysia.


Penstabilan Imej Optik (OIS), Sensor IMX 398 Terbaharu dan Teknologi Dwi-PDAF
OPPO R9s Plus membawa ke hadapan teknologi yang julung kalinya diperkenalkan pada OPPO R9s, di samping penambahan fungsi kamera yang lain. Yang kekal pada telefon pintar ini adalah kamera belakang 16MP, dilengkapi sensor 1./2.8inci SONY IMX398 yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh SONY dan OPPO. 

Turut membuat kemunculan semula dalam R9s Plus adalah apertur f/1.7 ekstra-lebar yang berkebolehan memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya. Satu tambahan baru pada R9s Plus adalah ciri OIS yang direka dengan kawasan anti-ketar yang lebih besar sebanyak 40%. Ini bermakna R9s Plus mampu mengendalikan lebih ketar, ditambah dengan lebih masa pendedahan yang menjanjikan gambar pemandangan malam yang amat jelas dan menawan. 

Sama seperti R9s, kamera belakang R9s Plus menggunakan teknologi Dwi-PDAF, satu peningkatan generasi akan datang dari penyelesaian standard PDAF. Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah pixel untuk memfokus, sebaliknya Dwi-PDAF meningkatkan sehingga 100% pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi dengan fotodiod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan autofokus, membolehkan pemfokusan sepantas kilat, walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilkan imej yang sangat jelas.

Prestasi lebih hebat untuk pengalaman fotografi yang menyeluruh
R9s Plus dikuasakan dengan pemproses 1.95GHz Snapdragon 653, dan dilengkapi RAM 6GB dan 64 GB ROM yang boleh dikembangkan dengan tambahan 128 GB bagi memastikan pengguna mempunyai ruang yang secukupnya untuk menyimpan detik-detik bermakna yang ditangkap dengan kamera belakang R9s Plus. Telefon pintar tersebut turut dinaik taraf dari segi bateri. Ia kini disokong oleh bateri berkapasiti 4,000mAh. Kini, penggemar fotografi boleh menangkap gambar yang jelas dan menarik sepanjang hari!

Makin besar, makin baik
Satu lagi penaiktarafan yang wajar diberi perhatian adalah paparan sebesar 6inci yang terdapat pada R9s Plus, dengan resolusi HD penuh, berbanding dengan R9s yang hanya mempunyai paparan sebesar 5.5inci. Ia menggunakan Color OS 3.0 daripada OPPO, berdasarkan Android 6.0.1.. Kini, pencinta fotografi boleh mengagumi karya-karya mereka dengan selesa di atas skrin yang lebih besar. Bukan itu sahaja, aktiviti harian seperti bermain permainan dan menonton drama dengan telefon pintar pastinya lebih mudah dengan paparan 1920 x 1080 piksel yang terdapat pada R9s Plus.

OPPO R9s Plus akan dijual secara rasmi pada harga RM2,498 di atas talian dan kedai OPPO, serta laman web e-dagang dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO bermula 1 Mac 2017. OPPO turut menawarkan insuran OPPO CARE untuk OPPO R9s Plus ini.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter