Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Siber Buli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siber Buli. Papar semua catatan

13 Julai 2019

Awas Siber Buli Kini Anda Disekat

 
Aplikasi Instagram baru-baru ini telah memperkenalkan 2 ciri baru yang mana diharap dapat mengatasi masalah buli dalam laman sosial berkenaan. Ciri baru ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan berfungsi dengan memaklumkan kepada penggunanya apabila mereka cuba menghantar komen yang dikesan mengandungi perkataan tidak menyenangkan sebelum dimuat naik di ruangan tersebut.


Pengguna yang dikesan cuba menghantar komen berbaur negatif akan mendapat notifikasi untuk memikirkan semula atau membatalkan hantaran komen mereka itu sebelum ia dihantar kepada penerima. Menurut Instagram, pada peringkat awal percubaan ciri tersebut, mereka mendapati ia berjaya menggalakkan sebahagian penggunanya untuk menyunting semula komen negatif sebelum ia dihantar dan seterusnya menukar semula komen tersebut kepada perkataan yang lebih sesuai.

Selain itu, satu lagi ciri baru Instagram bagi berdepan dengan isu buli ini adalah dengan perkenalkan ciri yang dipanggil Restrict. Jika sebelum ini, pemilik akaun mungkin keberatan untuk menyekat, meng-unfollow atau melaporkan pembuli kerana ia dilihat boleh memburukkan lagi keadaan lebih-lebih lagi jika mereka bertemu secara berdepan. 

Melalui ciri Restrict ini, pemilik akaun boleh menetapkan untuk hanya mereka yang meninggalkan komen kurang menyenangkan (a.k.a pembuli) itu sahaja yang dapat melihat komen tersebut. Ciri Restrict ini juga akan menyekat pembuli itu daripada dapat melihat apabila anda sedang aktif di Instagram atau pada masa bilakah anda telah membaca mesej mereka secara langsung di direct message. 

"It’s our responsibility to create a safe environment on Instagram. This has been an important priority for us for some time, and we are continuing to invest in better understanding and tackling this problem." - Adam Mosseri, Ketua Instagram.


*sumber Instagram SaysSeismik








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter