Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label TM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TM. Papar semua catatan

22 November 2018

Kenapa Anda Perlu Sertai Petisyen Tukar Menteri Komunikasi Dan Multimedia

 
Isu ini semakin kuat dan semakin menjadi hangat diperkatakan setelah tampok kepimpinan negara berubah. Bukan tidak boleh terima perubahan tapi biarlah perubahan kepada arah kebaikan dan bukan memusnahkan kerana benci dan marah kepada kepimpinan terdahulu.


Jika anda rasa anda adalah rakyat yang yakin kepada syarikat milik penuh kerajaan ini boleh log masuk untuk sokong petisyen ini. Menyasarkan lebih 50,000 orang menyokong petisyen ini. Anda boleh log masuk di laman ini sekarang https://www.change.org/p/prime-minister-of-malaysia-replace-our-minister-of-communications-and-multimedia

Translate tentang petisyen ini dari laman tersebut :

"Kami menuntut Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang untuk meletak jawatan kerana beliau telah menunjukkan dengan jelas kepada kami bahawa dia sedang berat sebelah dan tidak melakukan kerja untuk memperbaiki Malaysia.

Telekom Malaysia Berhad (TM) adalah syarikat GLC yang harus membawa pulang ke Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas Gobind Singh dipilih sebagai menteri, harga saham TM turun daripada RM6 + kepada RM2.27, kehilangan hampir permodalan pasaran hampir RM12 bilion. Secara mengejutkan, saham Maxis (Pembekal Perkhidmatan Internet yang lain) tetap kukuh, RM5.40 dan ia secara tidak langsung diketahui setiap keputusan yang telah dibuat faedah Maxis dan bukannya situasi menang menang.

Kami sebagai rakyat Malaysia membangkitkan kebimbangan sama ada menteri ini mempunyai perancangan dan pemahaman yang betul tentang industri telekomunikasi Malaysia. Setiap isu yang telah dibangkitkan, dan bukannya melakukan pekerjaan yang sewajarnya, dia menimbulkan kesalahan kepada TM tanpa menjelaskan apa-apa yang perlu dilakukan oleh Menteri Telekomunikasi. Dia sepatutnya mengetahui sebab mengapa penyerapan seluruh Malaysia adalah proses yang sukar tetapi sekali lagi dia menyalahkan TM. Beliau juga telah berat sebelah dengan tidak menangani apa-apa isu yang ditimbulkan oleh rakyat mengenai maxis atau astro.

Terdapat khabar angin atau spekulasi bahawa ia adalah rancangan supaya Maxis dapat membeli TM dengan harga semasa dan dengan itu, Malaysia akan kehilangan salah satu daripada GLC itu. Oleh itu, kami merasakan bahawa ini perlu berhenti untuk menyelamatkan Malaysia sebelum terlambat.

Oleh itu, kami meminta menteri yang tidak adil dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai industri telekomunikasi yang akan menjadi lebih baik bagi warganegara Malaysia."

Bukan bantah kepada pentadbiran dan perubahan baru tapi biar pada yang betul-betul tahu dalam dunia IT ini. Adakah semua tindakan ini untuk meraih populariti bagi menarik sokongan rakyat yang tidak tahu akan kebenaran disebalik segalanya. Adakah ini hanya mahu menunjukkan kelemahan orang lain dan menaikkan namanya sahaja. Terdapat juga beberapa pihak yang cuba "Menangguk Di Air Keruh" terhadap isu ini. Sepeti mana yang ditulis dalam keratan akhbar ini.


Kami bukan pakar dalam dunia politik dan tidak tahu apa niat mereka untuk semua ini, tapi bagi memastikan kelancaran dan keadaan sebenar tentang kedudukan TM boleh baca di dalam penulisan blog ini dan juga beberapa pendapat orang yang berada dalam syarikat GLC itu sendiri. 



Baca penulisan blog ini: 

Tahu memang banyak yang kurang dalam pengurusan TM dan semua itu boleh diatasi dengan baik dan dari hari demi hari TM membaiki perkhidmatan mereka. Tiada apa yang sempuna di dunia ini. Moga dikembalikan keadaan lebih baik demi kesejahteraan semua dan ini bukan kerana kemarahan emosi yang menguasai diri. Sama-sama kita kembalikan keamanan Malaysia yang pernah kita alami satu masa dahulu.







15 November 2018

Tingkatkan Jualan Melalui Lima Pemasaran Digital Sesuai Untuk Semua Usahawan Dalam Harga Murah

 
Fakta yang ramai terlepas pandang bahawasanya 24 Juta pengguna internet hanya di Malaysia dan ia adalah satu peluang yang sangat terang lagi bersuluh. Kenapa usahawan dan juga para peniaga luar sana tidak mengambil kesempatan ini untuk menarik pengguna internet ini menjadi pelanggan mereka. Jangan biarkan persaing anda menguasai halaman teratas dalam carian Google. Apa perlua anda lakukan.


Bagi membantu dan memudahkan usahawan ini untuk memahami konsep Pemasaran Digital, Telekom Malaysia menyediakan penyelesaian istimewa untuk usahawan SME atau juga yang telah berkembang untuk meningkatkan jualan dan pendapatan dengan mempromosikan kepada segmen pelanggan yang disasarkan. 

Lima platform yang merangkumi semua penggunaan internet yang meluas dan mendapat perhatian digunakan dalam promosi yang diperkenal ini. 

1) Pemasaran Laman Web
2) Pemasaran Enjin Carian
3) Pemasaran Sosial Media
4) Pemasaran Direktori Perniagaan Digital
5) Pemasaran Display

PEMASARAN LAMAN WEB


TM Membuat iklan untuk anda dalam laman web terpilih seperti laman berita dan banyak lagi. Pihak TM akan buatkan iklan ini dan meletakkan pada waktu dan tempat yang sesuai. Juga terdapat kontent dalam bentuk video untuk pengguna laman youtube yang popular sekarang ini. 

PEMASARAN ENJIN CARIAN



Menggunakan teknik Search Engine Marketing (SEM) untuk meletakkan Laman Web anda pada halaman teratas dicarian Google. Walaupun tidak pada mendapat target untuk letak pada page pertama tapi top searching apabila pengguna diluar sana mencari perkara yang berkaitan dengan business anda. Walaupun dengan satu perkataan sahaja ia akan memberi kesan terus kepada laman web dan disitu ramai pengguna akan tahu lebih tentang produk atau syarikat anda.

PEMASARAN MEDIA SOSIAL



Tahukah anda bahawa 20 Juta pengguna internet di Malaysia mengguankan Facebook dan Instagram setiap hari. Bagi menarik pengguna tegar sosial media ini TM akan membantu anda dengan menyediakan Pereka Grafik Profesional, Copywriter dan Pengurus Kempen bagi memudahkan kerja anda. TM juga akan memberi jaminan terhadap jangkauan, kekerapan dan teraan iklan anda di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

PEMASARAN DIREKTORI PERNIAGAAN DIGITAL



Telekom adalah penyedia kepada aplikasi Yellow Pages dan juga pengurus kepada laman web Yellow Pages di Malaysia. Bayangkan pelanggan berpotensi yang telah menggunakan aplikasi ini adalah 3.9 Juta setiap tahun. Jadi di situ sahaja mereka akan providekan kepada anda banner pengiklanan interaktif agar pengguna tertarik untuk terus ke laman web anda atau service yang anda tawarkan.

PEMASARAN DISPLAY



Ketahui bahawa pelanggan rangkaian jaluar lebar Unifi telah mencecah 1.2 juta sekarang ini di seluruh Malaysia. Jadi dari pelanggan internet ini mereka akan sediakan page daripada kesilapan seperti Typo Search, Domain Expired dan Non Existence Domain yang dipaparkan pada laptop atau desktop anda. Di situ sahaja pengguna akan nampak iklan syarikat anda dan terus klik bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk dan syarikat anda. 

Semua pakej ini boleh dilanggan mengikut kehendak yang dimahukan atau boleh buat semua sekali dalam satu harga yang sangat istimewa. Ini adalah peluang meningkatkan jualan dan produktiviti syarikat anda. Jangan lepas tawaran hebat dan menyeluruh ini kerana ia diuruskan oleh satu badan sahaja bagi memudahkan anda mendapatkan ROI daripada pelaburan yang sikit tapi untung berganda.

Hubungi info di bawah untuk ketahui harga dan mendapatkan keterangan lanjut :
Tel : 011 2667 6657 (En Areez)
        013 341 7777 (Raja Zainal)
Email : mohdareezsalleh@tm.com.my
             rzainal@tm.com.my






12 Julai 2018

TM Umumkan Unifi New Plans Harga Serendah RM79 Dan Kelajuan Sehingga 800Mbps

 
Setelah sekian lama bermain dimedia tentang rumos bahawa harga jalur lebar seluruh Malaysia akan diturunkan sehingga 25% atas arahan daripada kementerian baru-baru ini. TM mengambil inisiatif untuk terus merealisasikan aspirasi kerajaan dan kemahuan rakyat dalam masa sama mengimbangkan kos kepada syartikat.


Hari ini TM melalui Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Bazlan Osman telah mengumumkan UniFi New Plans bagi memberi kepuasa kepada semua pihak terutama golongan sasaran. Golongan sasaran adalah bagi mereka yang berada pada tahap B40 atau lebih senang dikenali dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,500 sebulan. 


Golongan ini boleh melanggan UniFi Basic Plan dengan harga serendah RM79 sebulan pada kelajuan  internet 30Mbps. Namun bagi mengimbangi dengan kos yang makin meningkat plan ini hanya untuk langganan internet sahaja tanpa telefon dan juga data (unifi TV). Juga ia hanya terhad kepada penggunaan kuota sehingga 60Gb sahaja.


TM juga mengambil peluang kepada pengguna yang menyewa rumah dan tidak dapat membuat pendawaian kepada rumah yang disewa dengan menawarkan UniFi Wireless Broadband. Plan ini juga pada harga yang sama dengan plan basic tadi dan jada kuota yang boleh ditambah dari masa ke semasa.


Juga tidak dilupakan kepada 800ribu pengguna sedia ada UniFi diseluruh Malaysia. TM menawarkan kepada mereka adalah UniFi Turbo dimana bermula 15 Ogos 2018 semua pengguna akan menikmati kenaikan kelajuan daripada 20Mbps akan diupgrade kepada 100Mbps, pengguna 30Mbps diupgrade kepada 300Mbps, pengguna 50Mbps akan upgrade kepada 500Mbps dan pengguna 100Mbps akan upgrade sehingga 800Mbps.


TM juga mengambil kira kepada pengguna Streamyx yang ada diseluruh Malaysia tetapi tiada talian UniFi dikawasan mereka. TM akan menaikkan 2 kali ganda kelajuan dengan harga sedia ada. Jadi hasrat kerajaan untuk internet yang lebih murah bakal tercapai hujung tahun ini. Ini kerana internet adakan keperluan untiliti seperti mana air dan elektrik. 

Info lanjut di TM.com.my atau hubungi 100 sekarang.








30 September 2016

Internet, SMS dan Call Tanpa Had Dengan RM79 dari WEBE

 
Satu lagi pemain industri jalur lebar negara bakal memberi saingan kepada pembekal sedia ada. WEBE atau dahulunya dikenali sebagai Packet One Network yang dahulunya pengeluar produk P1. Kini dengan pengurusan baru dan wajah baru bakal memberi satu lagi altenatif kepada pengguna tegar internet di Malaysia.


Dengan tawaran harga gila semua tanpa had internet, SMS dan call serendah RM79 sahaja. Tapi ingat WEBE 4G terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan sesetengah kawasan tertentu ia hanya menyediakan 2G/3G sahaja.


Tapi kalau anda gunakan sekarang bagi pendapat sesetengah orang memang ia sangat-sangat laju dan berpuas hati. Ini kerana tiada ramai lagi pengguna jadi internet memang laju. Bila dah ramai pengguna pada sesuatu kawasan tu akan mula jadi perlahan sedikit demi sedikit dan pada masa itu kita akan lihat ramai mula komplen. Semak kawasan yang ada coverage 4G WEBE di sini.


Walaubagaimanapun WEBE juga menyediakan pakej telephone. 3 model telephone yang disediakan setakat ini iaitu Huawei P9 Plus, Samsung Galaxy J7 dan ZTE Blade V7 Lite. Semua device ini akan datang dengan line intenet dan ianya tiada kontrak. Lihat harga promosi yang ditawarkan WEBE di sini.


Kalau anda nak beli atau langgan semua service dari WEBE ia hanya boleh dibuat secara dalam talian. Layari www.webe.com.my dan semua pembelian dan service boleh dilaksanakan di sana termasuk membayar bill. 







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter