Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label TP-Link. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TP-Link. Papar semua catatan

27 Julai 2018

Neffos Telefon Pintar Harga Paling Murah Dan Berteknologi Tinggi

 
Semalam telah berlangsung Neffos Summer Launch 2018 yang bertempat di Connecxion Conference & Event Centre (CCEC) Bangsar. Pada majlis ini TP Link pengeluar equipment rangkaian dan Wifi telah memperkenalkan 4 model telefon pintar di bawah jenama Neffos iaitu Neffos C7A, Neffos C9A, Neffos C9 dan Neffos X9.


Telefon ini merupakan satu jenama telefon pintar yang sangat murah juga menggunakan teknologi terkini. 

Neffos C7A


Telefon paling murah ini adalah gabungan kesederhanaan dan kemampuan bagi pengguna nak cari telefon pintar hanya pada kegunaan minimal. Bersaiz 72.9x145x9.45 mm dan hanya seberat 138gram sangat ringan dan kecil. Dilengkapi dengan teknologi Arcsoft dan bateri 2330mAh yang mampu bertahan lebih sehari. 

Neffos C9A


Telefon ini mempunya kamera depan 5mp dan juga softlight kamera manakala kamera belakang 13mp. Telefon ini menawarkan paparan FullView 5.45 inci dan HD 18: 9 yang dikelilingi oleh bezel cukur tipis. Gabungan teknologi sel dalam penuh dan kaca melengkung 2.5D menawarkan skrin yang seakan hidup.


Neffos C9


Telefon ini lebih besar sedikit dengan menawarkan paparan FullView 5.99 inci yang dilengkapi dengan kamera depan 8MP. Ia dilengkapi dengan bateri 3840mAh. Telefon ini beroperasi dengan Android OS v8.1 (Oreo). Ia dilengkapi dengan teknologi IPS adalah salah satu teknologi LCD paling terkemuka di dunia.

Neffos X9


Neffos X9 merupakan satu evolusi pergerakan peranti telefon pintar yang lebih baik dari TP Link. Model ini dinaiktaraf dari segi kualiti megapixel kameranya, pemprosesan yang laju dan berpeluang memberikan pengalaman menarik kepada penggunanya.

Neffos X9 dikuasakan dengan CPU MTK MT6750 dengan gandingan 3GB RAM untuk 32GB  atau 4GB RAM untuk 64GB storan. Bagi slot kad mikroSD pula diperluaskan lagi sehingga 128GB dan turut menyokong rangkaian 4G LTE.


Bagi anda yang sudah jatuh hati dengan telefon pintar termurah Neffos ini, bolehlah dapatkan menerusi kedai rasmi Neffos atau secara atas talian di Lazada pada harga:

Neffos C7A - RM359.00
Neffos C9A - RM427.00
Neffos C9 - RM479.00
Neffos X9 - RM599.00 (3GM RAM + 32GB)
Neffos X9 - RM799.00 (4GB RAM + 64GB)

Sangat murah dan mampu milik oleh semua golongan dan pada teknologi terkini. Masa untuk hidup lebih mudah dan lebih teknologi dengan Neffos.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter