Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label WCT Malls. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WCT Malls. Papar semua catatan

15 Januari 2020

Paradigm Mall Petaling Jaya Meraikan Tahun Baru Cina dengan Limpahan Kemakmuran dan Tuah

 
Sambut kehadiran Tahun Tikus dengan nikmati limpahan kemakmuran pada Tahun Baru Cina ini! Saksikan bunga peony berkembang mekar di Paradigm Mall Petaling Jaya, menyatukan keluarga untuk menghasilkan kenangan baharu.


Diserikan hiasan bertemakan ‘Garden of Abundance’, pengunjung boleh menyaksikan keindahan bunga ‘peony’, bunga yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan tuah di Paradigm Mall Petaling Jaya. Rekaannya disempurnakan hiasan rama-rama berwarna merah jambu, jingga dan merah serta emas, membawakan suasana perayaan Tahun Baru Cina sepanjang 6 Januari hingga 9 Februari 2020.

Pengunjung pusat membeli-belah boleh menyertai kempen menderma ini dengan menyumbangkan makanan (kering dan dalam tin) kepada yang memerlukan semudah menghantarkannya ke lokasi kutipan derma Food Bank di hadapan Bank RHB, aras CC dari 6 Januari – 31 Disember 2020. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Paradigm Mall PJ akan mendermakan jumlah makanan yang sama dengan yang didermakan oleh pengunjung untuk inisiatif kebajikan ini. 
Paradigm Mall Petaling Jaya akan turut memberikan ganjaran menarik, penebusan eksklusif dan aktiviti menarik untuk dinikmati pengunjung.


Persembahan Tahun Baru Cina  
Tarian Singa Akrobatik: Januari 11, 18, 25, dan 27 & Februari 1 & 9 
Persembahan 8 Dram Kemakmuran: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 8 
Tarian Kebudayaan Cina dan Merak: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9 
Persembahan Seribu Tangan: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8 
Persembahan Kanak-Kanak Tahun Baru Cina: Januari 11 & 18 dan Februari 2 & 9 
Persembahan Aksi Seimbang dan Membaling: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9 
Tarian Bunga Tahun Baru Cina: Januari 25 & 27

Sambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menarik dan makanan yang menyelerakan di Paradigm Mall Petaling Jaya! Saksikan hiasan dan pelbagai persembahan klasik yang diaturkan untuk anda seisi keluarga.


Bengkel Tahun Baru Cina
Bengkel Membuat Biskut DIY: Januari 12 & 19 Bengkel Jeli Ikan Koi: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8 Bengkel Tanglung Kuda Berpusing: Januari 26 & Februari 2 & 9.

Asah daya kreativiti anda sempena Tahun Baru Cina ini dan sertai kami untuk mempelajari cara membuat biskut dan Jeli Ikan Koi daripada pakar masakan. Pengunjung juga boleh mempelajari cara membuat tanglung kuda berpusing daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi ilmu tentang warisan seni Cina di Paradigm Mall Petaling Jaya. 

*Bengkel terhad kepada 20 peserta setiap sesi  

Hadiah dengan Pembelian (GWP) 
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.


Beg Duit Bunga WCT  
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM288 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM238 dalam tiga resit untuk menebus beg duit ini.

Pembelian dengan Pembelian (PWP) 
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian-denganpembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin) Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam tiga resit boleh membeli sebanyak tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

Dapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi layari laman web pusat membeli-belah dan platform media social berikut:
Laman web: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ






5 Disember 2019

Paradigm Mall Petaling Jaya Mencatat Malaysia Book of Records ‘Pokok Krismas Dengan We Bare Bears Terbanyak’

 
Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) menyambut kemeriahan musim percutian dengan mencatatkan rekod baharu. Berkunjunglah ke pusat membeli-belah ini untuk menyaksikan pokok Krismas yang diilhamkan daripada We Bare Bears dari Cartoon Network dan lihatlah sendiri ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’ – yang pertama dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.


Pokok Krismas gergasi yang setinggi 8.3 meter dan selebar 4.5 meter ini terdiri daripada 1,202 patung mini watak We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear, serta dimeriahkan lagi dengan hiasan Krismas untuk menyambut pengunjung di Tingkat Atas (UG) Paradigm Mall PJ. Pengunjung boleh menyaksikan kemeriahan pokok ini dari 29 November. Di WCT Malls, kami sentiasa mementingkan pengalaman unik untuk pengunjung kami. Pokok gergasi yang dihias dengan patung mini We Bare Bears sudah pasti akan menggembirakan pengunjung cilik dan menarik minat ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar bersama, menjadikan kunjungan ke Paradigm Mall Petaling Jaya kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, Grizz, Panda dan Ice Bear dari We Bare Bears akan membuat kemunculan istimewa di semua WCT Malls pada Hari Krismas nanti. 

Bersempena dengan tema Krismas bersama beruang di Paradigm Mall PJ, pengunjung juga boleh mengambil bahagian di dalam kempen ‘Adopt the Bear’ dengan menderma RM50 kepada rumah anakanak yatim. Penderma boleh mengumpul beruang pada 29 Disember 2019. Sambutan perayaan dengan suasana memberi ini sudah pasti mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak dari House of Joy, Yayasan Sunbeams Home dan Shepherd’s Centre Foundation.


Pengunjung juga boleh menantikan aktiviti serba ajaib sepanjang bulan Disember di Paradigm Mall PJ melalui program yang sesuai untuk seisi keluarga, serta berpeluang bergambar di gua hiasan We Bare Bears. Kawasan cenderahati We Bare Bears turut dibuka di Paradigm Mall PJ dari 29 November hingga 29 Disember 2019 agar pengunjung boleh membeli hadiah bertemakan beruang.

Sesi Bertemu We Bare Bears
Tarik: 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019 

Mari bertemu tiga beradik beruang comel, Grizz, Panda dan Ice Bear di Paradigm Mall, Petaling Jaya! Tiga beradik ini akan memakai topi Krismas dan menjemput anda dengan pelukan kuat pada Hari Krismas ini! 

Sesi Bertemu Santa & Ms. Claus
Tarikh: 30 November, 1, 7, 8, 11, 14, 15, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Hari Krismas tidak akan lengkap tanpa Santa Claus. Baik atau nakal, bawalah anak-anak anda ke Paradigm Mall PJ untuk bertemu Santa dan Ms. Claus, serta bawa pulang hadiah Krismas. 


Persembahan Krismas
Persembahan Tarian Akrobatik Krismas: 1, & 8 Disember 2019 Pertunjukan Tarikan Krismas Jingle Bells: 15 & 22 Disember 2019 Persembahan Smart Reader Kids: 7 & 8 Disember 2019 Persembahan Q-Dees: 30 November 2019 Persembahan Drum Connect: 7 & 28 Disember 2019

Tarian dan nyanyian Krismas mungkin biasa bagi anda, tapi pernahkah anda menyaksikan Persembahan Tarian Akrobatik Krismas? Mari saksikan bakat-bakat tempatan yang pasti menghiburkan anda dengan gerakan yang mendebarkan.

Paradigm Mall PJ juga ada pelbagai persembahan lain untuk anda saksikan sempena musim cuti ini!

Karol Krismas
Tarikh: 7, 14, 21, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu perayaan ini amat dikenali ramai, kerana itulah Krismas Karol merupakan sebahagian aktiviti menarik pada perayaan ini. Marilah bersama-sama menyanyikan lagu Krismas bersama keluarga dan rakan.

Bengkel Krismas We Bare Bears  
Bengkel We Bare Bears Shadow Box: 30 November, 7, 11, 15, 22, 24, 28 & 29 Disember 2019
Bengkel Hiasan Tanah Liat We Bare Bears: 1, 8, 14, 21, 25, 28 & 29 Disember 2019 
Membuat Cupcake Fondant We Bare Bears: 7, 8, 22 & 29 Disember 2019 
Melukis Ising Biskut Royal We Bare Bears: 8, 22, 28 & 29 Disember 2019

Masa untuk berikan Krismas sedikit kreativiti melalui bengkel seni dan kraf yang telah diaturkan sepanjang bulan Disember 2019

Peraduan Krismas
Peraduan Mewarna: 8 Disember 2019 
Peraduan Menghias Pokok Krismas: 29 November 2019.

Hadiah dan pokok Krismas adalah perkara yang paling dinantikan pada Hari Krismas. Tunjukkan kebolehan anda untuk menghasilkan hadiah, hasil kerja tangan anda sendiri. Bawalah si kecil untuk menyertai peraduan mewarna Krismas. Hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah!

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan menghias pokok Krismas. Hiasan akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti, penggunaan bahan dan persembahan keseluruhan. Ajaklah ahli keluarga dan rakan untuk menyertai peraduan ini kerana ia pasti merupakan aktiviti yang sesuai untuk diluangkan masa bersama. Terdapat hadiah sehingga RM5000* untuk dimenangi!


Hadiah dengan Pembelian (GWP)

Anda berpeluang menebus cenderahati We Bare Bears apabila berbelanja.

Beg Duffle We Bare Bears
Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam tiga resit berpeluang menebus Bag Duffle We Bare Bears yang disediakan dalam warna coklat, hitam dan putih; setiapnya mewakili watak We Bare Bears: Grizz, Panda dan Ice Bear. Pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy hanya perlu berbelanja RM150 ke atas dalam maksimum tiga resit untuk menebus.

Pengunjung dan peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan siri We Bare Bears bolehlah menyaksikannya di saluran Cartoon Network; Astro Ch. 616 (SD) dan Astro Ch. 636 (HD).

Keterangan lanjut tentang aktiviti dna promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah ini dan platform media social : 
Laman Web: www.paradigmmall.com.my  
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ

*Tertakluk pada Terma & Syarat  








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter