Jumlah Paparan Halaman

15 Januari 2020

Paradigm Mall Petaling Jaya Meraikan Tahun Baru Cina dengan Limpahan Kemakmuran dan Tuah

 
Sambut kehadiran Tahun Tikus dengan nikmati limpahan kemakmuran pada Tahun Baru Cina ini! Saksikan bunga peony berkembang mekar di Paradigm Mall Petaling Jaya, menyatukan keluarga untuk menghasilkan kenangan baharu.


Diserikan hiasan bertemakan ‘Garden of Abundance’, pengunjung boleh menyaksikan keindahan bunga ‘peony’, bunga yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan tuah di Paradigm Mall Petaling Jaya. Rekaannya disempurnakan hiasan rama-rama berwarna merah jambu, jingga dan merah serta emas, membawakan suasana perayaan Tahun Baru Cina sepanjang 6 Januari hingga 9 Februari 2020.

Pengunjung pusat membeli-belah boleh menyertai kempen menderma ini dengan menyumbangkan makanan (kering dan dalam tin) kepada yang memerlukan semudah menghantarkannya ke lokasi kutipan derma Food Bank di hadapan Bank RHB, aras CC dari 6 Januari – 31 Disember 2020. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Paradigm Mall PJ akan mendermakan jumlah makanan yang sama dengan yang didermakan oleh pengunjung untuk inisiatif kebajikan ini. 
Paradigm Mall Petaling Jaya akan turut memberikan ganjaran menarik, penebusan eksklusif dan aktiviti menarik untuk dinikmati pengunjung.


Persembahan Tahun Baru Cina  
Tarian Singa Akrobatik: Januari 11, 18, 25, dan 27 & Februari 1 & 9 
Persembahan 8 Dram Kemakmuran: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 8 
Tarian Kebudayaan Cina dan Merak: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9 
Persembahan Seribu Tangan: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8 
Persembahan Kanak-Kanak Tahun Baru Cina: Januari 11 & 18 dan Februari 2 & 9 
Persembahan Aksi Seimbang dan Membaling: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9 
Tarian Bunga Tahun Baru Cina: Januari 25 & 27

Sambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menarik dan makanan yang menyelerakan di Paradigm Mall Petaling Jaya! Saksikan hiasan dan pelbagai persembahan klasik yang diaturkan untuk anda seisi keluarga.


Bengkel Tahun Baru Cina
Bengkel Membuat Biskut DIY: Januari 12 & 19 Bengkel Jeli Ikan Koi: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8 Bengkel Tanglung Kuda Berpusing: Januari 26 & Februari 2 & 9.

Asah daya kreativiti anda sempena Tahun Baru Cina ini dan sertai kami untuk mempelajari cara membuat biskut dan Jeli Ikan Koi daripada pakar masakan. Pengunjung juga boleh mempelajari cara membuat tanglung kuda berpusing daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi ilmu tentang warisan seni Cina di Paradigm Mall Petaling Jaya. 

*Bengkel terhad kepada 20 peserta setiap sesi  

Hadiah dengan Pembelian (GWP) 
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.


Beg Duit Bunga WCT  
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM288 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM238 dalam tiga resit untuk menebus beg duit ini.

Pembelian dengan Pembelian (PWP) 
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian-denganpembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin) Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam tiga resit boleh membeli sebanyak tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

Dapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi layari laman web pusat membeli-belah dan platform media social berikut:
Laman web: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ






28 Disember 2019

TV ALHIJRAH Menerokai Batasan Perluas Dakwah Melalui Platform Digital

 
Seiring dengan era ledakan Revolusi Industri Keempat (4IR), TV AlHijrah menggalas peranan dan tanggungjawab yang amat penting di dalam memastikan masyarakat terus maju berlandaskan panduan agama dan nilai murni yang sebenar.


Untuk terus kekal releven, keberadaan TV AlHijrah di dalam persada penyiaran tanah air bukan sahaja tertumpu kepada platform penyiaram televisyen, malahan stesen ini turut mengekalkan momentum siaran dengan memantapkan kandungan-kandungan programnya di platform digital.

Menurut Ketua Unit Digital dan Media Baharu, Encik Mohd Fairos Ibrahim, “TV AlHijrah kini memperkenalkan beberapa segmen baru di platform media sosial iaitu di laman Facebook dan Instagram. Penambahbaikan ini dilaksanakan sejurus trend terkini membuktikan bahawa golongan Gen-Y adalah merupakan penonton aktif yang menggunakan platform digital bagi mendalami ilmu-ilmu agama yang bermanfaat”. Jelas Fairos.


“Kami turut menerima banyak permintaan untuk memperkasakan kandungan rancangan-rancangan TV AlHijrah di platform digital. Oleh yang demikian, beberapa kajian telah dilaksanakan baru-baru ini bagi mengkaji kesesuaian durasi setiap rancangan, bentuk dan variasi kandungan yang menepati kehendak penonton TV AlHijrah”. Ulas Fairos panjang lebar.

Sebagai permulaan, TV AlHijrah melancarkan empat segmen baru di platform Facebook bagi memenuhi kehendak penonton setianya. Segmen-segmen tersebut adalah Segmen CubaTry, Segmen Ini Cerita Saya, Segmen Med101 dan Segmen Jalan Mana Tu. Kesemua kandungan segmen-segmen ini mensasarkan misi mendidik, menghibur dan menyatupadukan seluruh ummah.


CubaTry adalah segmen ‘’Food Review’’ bersama hos terkenal Hanan Abdul Rahman yang juga merupakan pengacara rancangan pagi Assalamualaikum di TV AlHijrah. Secara santai, Hanan akan memperkenalkan pelbagai variati makanan dan minuman yang disediakan oleh restoran-restoran yang diterjah beliau sekitar lembah Klang.


Manakala kapsul Ini Cerita Saya memaparkan temubual kisah menarik figura-figura terkenal yang memberi nilai tambah kepada kehidupan penonton. Antara kisah yang memberi inspirasi dan dekat di hati masyarakat adalah kisah Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang menabur budi dan bakti buat masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama anutan.

Selain itu, TV AlHijrah turut memilih untuk menyiarkan Rancangan Med101 di platform Facebook. Med101 adalah kapsul yang memberi tips-tips kesihatan yang bermanfaat dan terkini sebagai panduan kepada ibubapa moden di era teknologi ini.


Jalan Mana Tu pula membawa penonton menerokai dunia dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan sahabat handai. Banyak tips-tips dan perkongsian menarik yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penonton untuk membuat pilihan percutian.


Apa yang penting, kesemua kandungan tersebut dipastikan selamat dan autentik, sahih dan tidak mengaibkan mana-mana pihak. Selain disuntik ilmu, pemikiran kritis dan bermanfaat untuk dihadam oleh pengunjung laman sosial, ia juga sentiasa terkini sesuai dengan sifat media sosial yang perlu sentiasa pantas dan segar.

Sebagai tambahan, TV AlHijrah turut giat memuatnaik rancangan berbentuk klip ceramah, berita dan isu semasa padat berdurasi kurang lima minit, poster nasihat, serta pelbagai rancangan yang disesuaikan dengan platform media digital.

Jadi, untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembangan semasa dunia dan tanah air, jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah. Juga jangan lupa, hebahkan kedua-dua laman sosial kepada mereka yang anda sayang. Benda baik perlu ditularkan, betul tak?









23 Disember 2019

CEO Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

 
Presiden dan CEO Vietjet, Ms Nguyen Thi Phuong Thao telah disenaraikan di antara 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia oleh Forbes, susulan daripada senarai wanita paling berkuasa di Asia. Ms Nguyen Thi Phuong Thao merupakan satu-satunya wanita yang mewakili Vietnam dalam tiga tahun berturut-turut.


Setakat 13 Disember 2019, Forbes menganggarkan jumlah aset jutawan swajaya ini adalah di sekitar USD2.7 billion, menjadikan beliau satu-satunya wanita Vietnam di dalam senarai Forbes’ Dollar Billionaire. Ms Nguyen Thi Phuong Thao juga mempengerusikan syarikat pelbagai bidang Sovico Group, HDBank dan banyak lagi perniagaan hartanah.

Vietjet adalah peneraju syarikat penerbangan di Vietnam yang sedang mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan peluasan rangkaian pernerbangan dari Vietnam ke Malaysia, India, Jepun, Korea (selatan), China, Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Cambodia, Hong Kong dan Taiwan.


Senarai Wanita Paling Berkuasa Di Dunia Forbes, menampilkan wanita di dalam bidang perniagaan, kewangan, media, politik, sosial / dermawan / NGO dan teknologi. Senarai tahunan ini disusun berdasarkan pelbagai kategori seperti kualiti aset, dedahan media, pengaruh bidang dan antarabangsa.

No.1 di dalam senarai Forbes 2019 adalah Canselor Jerman – Angela Merkel, diikuti oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) - Christine Lagarde, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) - Nancy Pelosi and Melinda Gates.

20 Disember 2019

Resorts World Genting Lebarkan Kuasa Realiti Maya Dengan SkyVR

 
Kehebatan realiti maya adalah keupayaannya membawa seseorang ke dalam satu dunia baharu; yang dapat dilihat, dirasai dan didengari seperti suatu yang nyata. Sebagai salah satu hiburan pada tahap seterusnya, Resorts World Genting tampil dengan tawaran baharu untuk memberi peluang para tetamu merasai pengalaman penggembaraan terhebat seumur hidup dengan pengenalan permainan SkyVR – iaitu satu bahagian taman tema yang dikhaskan untuk permainan realiti maya yang paling menarik dan menyeronokkan di dunia.


Kami mahu menjadi destinasi pilihan untuk pengalaman Realiti Maya di Malaysia dan di Asia. Permainan realiti maya SkyVR adalah penawaran terbaharu selepas THE VOID yang diperkenal sebelum ini. Apa yang ingin kami tawarkan di SkyVR adalah pengalaman VR terkini di Asia. Ia adalah tarikan wajib dicuba untuk semua pengunjung yang datang ke sini,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Hospitaliti Resorts World Genting. Tambah beliau, “Dengan SkyVR, kami secara dramatik melebarkan sayap dalam penawaran  VR dan ia adalah satu kemungkinan yang menakjubkan dimana para tetamu kami boleh melihat, mencuba dan meneroka ke dalam satu perjalanan yang melangkaui imiginasi. Di SkyVR setiap permainan adalah satu perjalanan, dan setiap perjalanan di sini adalah menakjubkan,

Permainan SkyVR menawarkan lima pengalaman menakjubkan dalam VirtuGlobe, XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR. Ia meliputi penggembaraan antara galaksi sehinggalah permainan yang mesra seisi keluarga.


XD Theatre adalah permainan berasaskan simulator pelbagai sensor yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia mampu menampung 32 pengunjung untuk merasai pengalaman interaktif yang membawa mereka ke satu dunia baru. Sebagai contoh alam lanun penuh dengan raksasa ganas dimana semua orang perlu bekerjasama menangkis serangan dan menewaskan penjahat. Had ketinggian minimum permainan ini adalah 90 sentimeter. Permainan ini dibangunkan oleh TrioTech dari Kanada dan adalah tarikan terbesar seumpamanya di Malaysia.

Sementara itu, VirtuGlobe pula adalah hasil ciptaan VirtuGlobe Inc, dimana para pengunjung boleh melangkah masuk dalam persekitaraan VR yang bebas pergerakan. Pengunjung bebas menentukan pengalaman yang diingini mengikut citarasa masing-masing. Dicipta oleh Ray Latypov di Amerika Syarikat, VirtuGlobe yang asalnya dikenali Virtusphere adalah teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai persekitaran.


Vortex pula adalah permainan berasaskan pergerakan platform, dimana pengunjung akan dipasang tali ikat pada konsol tengah dan dibekalkan senapang laser. Dibangunkan oleh syarikat Brogent dari Taiwan, Vortex mampu menampung 12 penumpang untuk menaiki roller-coaster yang mencabar dengan persembahan grafik ultra-realistik sambil merasai getaran pada platfom dan aksi di skrin. Merupakan yang pertama di Asia, Vortex dibuka untuk semua pengunjung yang memiliki ketinggian 100-195 sentimeter.

RoboCoaster, yang dicipta oleh syarikat Sangwha di Korea Selatan. Mampu memuatkan sehingga 4 orang pengunjung, mereka akan mengembara menaiki VR roller-coaster ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini. Ia penuh dengan struktur-struktur menakjubkan dan makhluk-makhluk aneh yang boleh dilihat secara 360 darjah. Para pengunjung perlu memiliki ketinggian 130-190 sentimeter untuk merasai pengalaman menaiki RoboCoaster, manakala untuk VirtuGlobe, ia terhad untuk ketinggian 130-200 sentimeter dan mempunyai berat antara 35-130 kilogram.


Akhir sekali, buat mereka yang ingin terbang melayang seperti seekor burung helang, maka SkyGlider VR adalah jawapannya. Menggunakan kerusi yang boleh diikat, rasai kehebatan meluncur menggunakan para-peluncur sambil melihat dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter di udara. Terdapat tiga tahap kemahiran – Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan – dengan begitu banyak boleh dilihat, pengalaman menaikinya kedua-dua luncur VR adalah sama. Merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, SkyGlider dibangunkan oleh FrontGrid. Pengunjung perlu memiliki ketinggian 110-190 sentimeter dan tidak melebihi berat 150 kilogram.


Permainan SkyVR terletak di Aras 2, Taman Tema Tertutup Skytropolis di Resorts World Genting. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10pg-10mlm dan bayaran dikenakan untuk setiap kali naik. Terdapat juga Kombo Penjimatan Luar Biasa A disediakan dimana anda boleh membeli kombinasi pas masuk sehari Taman Tema Tertutup Skytropolis beserta kredit Tap & Play untuk bermain SkyVr. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.








6 Disember 2019

Bayaran Lebih Mudah Dengan WECHAT PAY MY Muat turun Sekarang

 
WeChat Pay MY, fungsi pembayaran mudah alih WeChat, salah satu platform komunikasi sosial terbesar yang dimiliki Tencent, kini memberi penggunanya kemudahan membuat bayaran, sama ada di stor fizikal atau secara dalam talian.


Direka untuk pasaran golongan belia dan millennia yang terus-menerus berkembang dan berubah, pengguna kini boleh membuat bayaran dengan mudah menerusi WeChat Pay MY mereka, sama ada mengguna dana daripada e-dompet mereka yang sedia ada atau memilih fungsi yang baru diperkenalkan dengan membuat pautan secara terus melalui kad kredit pilihan mereka.

Dengan hanya beberapa langkah yang amat mudah, pengguna WeChat Pay MY sekarang boleh berbelanja dan membayar untuk belian mereka tanpa sebarang kerumitan.

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun WeChat Pay MY, anda boleh klik bahagian “Bank Cards” untuk mendaftarkan kad kredit pilihan mereka ke dalam app. Anda boleh mula melakukan bayaran terus daripada kad pilihan mereka melalui WeChat Pay MY selepas pendaftaran.

Untuk membuat bayaran, tekan ikon ‘Quick Pay’ untuk pergi ke gerbang bayaran. Apabila tertera sahaja kod QR, klik tab ‘Balance’ untuk senarai pilihan bayaran. Pilih kad kredit yang telah dipautkan dan seterusnya imbas kod QR anda. Transaksi akan ditolak secara terus daripada kad anda yag dipaut itu, manakala baki e-dompet kekal tidak berubah.

Ikut panduan langkah demi langkah yang dipaparkan:


Pengguna boleh memilih had bayaran RM250 sehari bagi setiap kad yang anda pautkan Fungsi kad kredit ini adalah antara banyak lagi fungsi baharu yang bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi ini dalam beberapa bulan akan datang.

Dengan bilangan peniaga dan pengguna WeChat Pay MY yang semakin bertambah seperti Sephora, Caring Pharmacy, dan The Alley, WeChat Pay MY kini ingin mempromosi gaya hidup digital yang selamat dan serba mudah di Malaysia.

WeChat Pay MY menghasratkan suatu gaya hidup yang serba mudah dan bermanfaat bagi pengguna dan juga peniaga. Dengan pengalaman, teknologi, dan keupayaan platform bayarannya, syarikat terus akan menawarkan pengguna suatu pengalaman bayaran bergerak yang menyenangkan kehidupan harian.







5 Disember 2019

Paradigm Mall Petaling Jaya Mencatat Malaysia Book of Records ‘Pokok Krismas Dengan We Bare Bears Terbanyak’

 
Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) menyambut kemeriahan musim percutian dengan mencatatkan rekod baharu. Berkunjunglah ke pusat membeli-belah ini untuk menyaksikan pokok Krismas yang diilhamkan daripada We Bare Bears dari Cartoon Network dan lihatlah sendiri ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’ – yang pertama dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.


Pokok Krismas gergasi yang setinggi 8.3 meter dan selebar 4.5 meter ini terdiri daripada 1,202 patung mini watak We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear, serta dimeriahkan lagi dengan hiasan Krismas untuk menyambut pengunjung di Tingkat Atas (UG) Paradigm Mall PJ. Pengunjung boleh menyaksikan kemeriahan pokok ini dari 29 November. Di WCT Malls, kami sentiasa mementingkan pengalaman unik untuk pengunjung kami. Pokok gergasi yang dihias dengan patung mini We Bare Bears sudah pasti akan menggembirakan pengunjung cilik dan menarik minat ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar bersama, menjadikan kunjungan ke Paradigm Mall Petaling Jaya kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, Grizz, Panda dan Ice Bear dari We Bare Bears akan membuat kemunculan istimewa di semua WCT Malls pada Hari Krismas nanti. 

Bersempena dengan tema Krismas bersama beruang di Paradigm Mall PJ, pengunjung juga boleh mengambil bahagian di dalam kempen ‘Adopt the Bear’ dengan menderma RM50 kepada rumah anakanak yatim. Penderma boleh mengumpul beruang pada 29 Disember 2019. Sambutan perayaan dengan suasana memberi ini sudah pasti mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak dari House of Joy, Yayasan Sunbeams Home dan Shepherd’s Centre Foundation.


Pengunjung juga boleh menantikan aktiviti serba ajaib sepanjang bulan Disember di Paradigm Mall PJ melalui program yang sesuai untuk seisi keluarga, serta berpeluang bergambar di gua hiasan We Bare Bears. Kawasan cenderahati We Bare Bears turut dibuka di Paradigm Mall PJ dari 29 November hingga 29 Disember 2019 agar pengunjung boleh membeli hadiah bertemakan beruang.

Sesi Bertemu We Bare Bears
Tarik: 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019 

Mari bertemu tiga beradik beruang comel, Grizz, Panda dan Ice Bear di Paradigm Mall, Petaling Jaya! Tiga beradik ini akan memakai topi Krismas dan menjemput anda dengan pelukan kuat pada Hari Krismas ini! 

Sesi Bertemu Santa & Ms. Claus
Tarikh: 30 November, 1, 7, 8, 11, 14, 15, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Hari Krismas tidak akan lengkap tanpa Santa Claus. Baik atau nakal, bawalah anak-anak anda ke Paradigm Mall PJ untuk bertemu Santa dan Ms. Claus, serta bawa pulang hadiah Krismas. 


Persembahan Krismas
Persembahan Tarian Akrobatik Krismas: 1, & 8 Disember 2019 Pertunjukan Tarikan Krismas Jingle Bells: 15 & 22 Disember 2019 Persembahan Smart Reader Kids: 7 & 8 Disember 2019 Persembahan Q-Dees: 30 November 2019 Persembahan Drum Connect: 7 & 28 Disember 2019

Tarian dan nyanyian Krismas mungkin biasa bagi anda, tapi pernahkah anda menyaksikan Persembahan Tarian Akrobatik Krismas? Mari saksikan bakat-bakat tempatan yang pasti menghiburkan anda dengan gerakan yang mendebarkan.

Paradigm Mall PJ juga ada pelbagai persembahan lain untuk anda saksikan sempena musim cuti ini!

Karol Krismas
Tarikh: 7, 14, 21, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu perayaan ini amat dikenali ramai, kerana itulah Krismas Karol merupakan sebahagian aktiviti menarik pada perayaan ini. Marilah bersama-sama menyanyikan lagu Krismas bersama keluarga dan rakan.

Bengkel Krismas We Bare Bears  
Bengkel We Bare Bears Shadow Box: 30 November, 7, 11, 15, 22, 24, 28 & 29 Disember 2019
Bengkel Hiasan Tanah Liat We Bare Bears: 1, 8, 14, 21, 25, 28 & 29 Disember 2019 
Membuat Cupcake Fondant We Bare Bears: 7, 8, 22 & 29 Disember 2019 
Melukis Ising Biskut Royal We Bare Bears: 8, 22, 28 & 29 Disember 2019

Masa untuk berikan Krismas sedikit kreativiti melalui bengkel seni dan kraf yang telah diaturkan sepanjang bulan Disember 2019

Peraduan Krismas
Peraduan Mewarna: 8 Disember 2019 
Peraduan Menghias Pokok Krismas: 29 November 2019.

Hadiah dan pokok Krismas adalah perkara yang paling dinantikan pada Hari Krismas. Tunjukkan kebolehan anda untuk menghasilkan hadiah, hasil kerja tangan anda sendiri. Bawalah si kecil untuk menyertai peraduan mewarna Krismas. Hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah!

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan menghias pokok Krismas. Hiasan akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti, penggunaan bahan dan persembahan keseluruhan. Ajaklah ahli keluarga dan rakan untuk menyertai peraduan ini kerana ia pasti merupakan aktiviti yang sesuai untuk diluangkan masa bersama. Terdapat hadiah sehingga RM5000* untuk dimenangi!


Hadiah dengan Pembelian (GWP)

Anda berpeluang menebus cenderahati We Bare Bears apabila berbelanja.

Beg Duffle We Bare Bears
Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam tiga resit berpeluang menebus Bag Duffle We Bare Bears yang disediakan dalam warna coklat, hitam dan putih; setiapnya mewakili watak We Bare Bears: Grizz, Panda dan Ice Bear. Pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy hanya perlu berbelanja RM150 ke atas dalam maksimum tiga resit untuk menebus.

Pengunjung dan peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan siri We Bare Bears bolehlah menyaksikannya di saluran Cartoon Network; Astro Ch. 616 (SD) dan Astro Ch. 636 (HD).

Keterangan lanjut tentang aktiviti dna promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah ini dan platform media social : 
Laman Web: www.paradigmmall.com.my  
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ

*Tertakluk pada Terma & Syarat  








4 Disember 2019

Sembilan Daripada Sepuluh Rakyat Malaysia Setuju Dengan 'BARANGAN TERPAKAI'

 
Carousell, salah satu daripada pasaran jual-beli antara pengguna dan pengiklanan barangan terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menyeru para netizen untuk mempertimbangkan idea untuk menjual-beli “barangan terpakai” di kala ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli belah pada jualan akhir tahun. Hasilnya menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia sebenarnya A-OK dengan hadiah dari barangan terpakai, malah boleh menjadi satu pilihan dalam menguruskan pemberian hadiah yang berpatutan serta mesra alam.


Kaji selidik Power Of Secondhand Gifts dari Carousell telah dijalankan secara atas talian pada November 2019 dengan seramai 2,419 responden di Malaysia.

Secara keseluruhannya, jelas sekali idea pemberian hadiah dari barangan terpakai ini semakin diterima ramai - 88.9 peratus berkata mereka akan berasa gembira menerima hadiah dari barangan terpakai, sementara 84.8 peratus mengatakan mereka memilih barangan terpakai yang mereka benar-benar mahu berbanding barangan baru yang tidak diperlukan.


Ini semestinya berita baik buat mereka yang sering kali keliru dalam mempertimbangkan keperluan untuk mencari hadiah yang bersesuaian dan juga yang menepati bajet. Ini disebabkan barangan terpakai itu mampu menawarkan harga mampu milik bagi pengguna, berkualiti dan terdapat pelbagai pilihan.

Dua pertiga daripada responden memperakui nilai-untuk-wang sebagai insentif utama, kerana kini mereka dapat mencari barangan berkualiti dari jenama yang baik dengan harga yang berpatutan. Lebih separuh mengatakan ia adalah alternatif penjimatan kos yang baik, dan juga cara terbaik untuk mengesan barangan yang jarang ditemui.

Selain keseronokan dalam proses tawar menawar atau penantian dalam menyempurnakan sebuah koleksi item yang jarang dimiliki, 33 peratus daripada responden juga melihat ini sebagai cara yang lebih mampan dan mudah untuk membeli belah, dengan ramai yang bersetuju bahawa ia mampu untuk mengurangkan pembaziran.


“Hasil kaji selidik dari Power Of Secondhand Gifts adalah sangat menggalakkan, kerana ia menunjukkan lebih ramai orang menghargai nilai dan sentimen di sebalik pemberian hadiah, yang bebas daripada nilai materialnya,” kata Tang Siew Wai, Ketua Negara, Carousell Malaysia. “Di Carousell, kami ingin memberi peluang kedua bagi barangan terpakai supaya ia memberi manfaat kepada penjual dan juga pembeli. Pada masa yang sama, barangan terpakai sebagai hadiah bukan sahaja  praktikal dan kosnya efektif, malah dan ada kalanya lebih bermakna buat penerima; respon positif ini memperkuatkan lagi misi kami dalam mengimaginasi semula pasaran iklan kecil dan menjadikan urusan jual beli barangan terpakai sebagai pilihan utama.”

Pada hujung spektrum ini, sesetengah golongan berpendapat bahawa hadiah mestilah baharu; satu pertiga mengakui alasan utama untuk membeli barangan yang baharu adalah atas sebab kebimbangan bahawa pembeli akan dilihat sebagai seorang yang ‘kedekut’, dan penerima pula mungkin akan berasa tersinggung.

Walau bagaimanapun, apabila menjelang penghujung tahun, pembelanjaan untuk musim percutian pula semakin meningkat. Justeru itu, membeli belah barangan terpakai memainkan peranan yang penting dalam penjimatan masa dan wang, dan mungkin menjadi suatu norma satu hari nanti. Berikut adalah senarai pilihan barangan terpakai yang terbaik dari hasil kajian tersebut: 
item antik dan vintaj, 57.2 peratus
barangan koleksi, 39.4 peratus
pakaian, 33 peratus
berangan elektrik dan mudah alih, 27.8 peratus
buku, 27.7 peratus


Bagi meraikan musim cuti ini, Carousell mengumumkan kempen “’Tis the Season to Carousell”! Miliki barangan bertemakan perayaan khas istimewa termasuk barangan buatan tangan, barangan fesyen dan kecantikan, barangan yang sukar untuk ditemui seperti plat Krismas yang klasik, cawan HRH Queen Elizabeth II Silver Jubilee, buku muzikal yang klasik, koleksi kad rekod vinil dan banyak lagi tanpa perlu berhadapan dengan masalah mencari tempat letak kereta, kesesakan orang ramai dan beratur panjang.

Carikan barangan-barangan ini dan ribuan lagi sempena jualan akhir tahun ini di https://my.carousell.com/ atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, ikutilah Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau di Instagram @carousell.my.








12 November 2019

Toys'R'Us Asia Membawakan Pengalaman Eksklusif FROZEN 2 Ke Malaysia

 
Dunia telah jatuh cinta dengan 'FROZEN’ dan kini penantian telah berakhir bagi para peminat apabila francais nyanyian bersama itu kembali untuk memikat hati mereka buat kali kedua! Sebagai persediaan pelancaran tayangan filem terbesar itu pada bulan November ini, Toys“R”Us - peruncit terkemuka di Asia dalam bidang barangan permainan, bayi dan pendidikan dengan fokus terhadap permainan perkembangan dan menyeronokkan, telah mendedahkan rangkaian terkini alat permainan “Frozen 2” di seluruh Malaysia.


Barisan permainan terbaharu itu menjadi hadiah sempurna untuk sambutan Hari Krismas dan hadiah akhir tahun kepada mereka yang menggemari FROZEN. Anda seharusnya TIDAK melepaskannya! Lihat keseluruhan koleksi alat permainan FROZEN 2 di sini.

ALU-ALUKAN KEHADIRAN KELUARGA DIRAJA ARENDELLE KE KEDIAMAN ANDA: HANYA BOLEH DIDAPATI DI TOYS “R” US

Alu-alukan kehadiran sejarah silam Arendelle ke kediaman anda dengan Set Anak Patung Keluarga Diraa Arendelle Frozwn 2 Disney, hanya boleh didapati di Toys “R” Us.

Anak patung klasik yang diilhamkan oleh filem Frozen 2 Disney ini - memaparkan anak patung Anna dan Elsa ketika kecil serta Raja Agnarr dan Ratu Iduna. Ia pasti akan menghiburkan si kecil semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang ini mahupun sebagai hadiah ideal Hari Krismas.

Kanak-kanak pasti akan gembira menghabiskan masa mereka bermain “dress-up” dengan setiap pakaian bergaya anak patung berkenaan, menghidupkan kembali babak-babak keluarga daripada filem berkenaan.

Set Anak Patung Keluarga Diraja Arendelle Frozen 2 Disney boleh didapati di semua rangkaian Toys “R” Us dan melalui gedung dalam taliannya di sini pada harga RM229.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM241.90 (Sabah dan Sarawak).

NYANYI DENGAN SEPUAS HATI!

Anak Patung Nyanyian serba baharu ini merupakan hadiah sempurna bagi peminat muda FROZEN untuk menyanyi bersama lagu-lagu kegemaran mereka daripada filem berkenaan. Set ini merangkumi Anak Patung Elsa yang didatangkan dengan gaun berwarna biru muda yang diilhamkan FROZEN; dan Anak Patung Anna yang memukau dengan pakaian yang diinspirasikan daripada filem kedua itu dengan kasut boot yang boleh dibuka.

Dengan hanya menekan sebuah butang, kanak-kanak berpeluang untuk melihat gaun-gaun tersebut bercahaya dan mendengar sebahagian daripada lagu filem “FROZEN 2”, mengabadikan magis dan melodi daripada filem berkenaan. Toys”R”Us adalah lokasi di mana muzik itu bermula, di sini. Dapatkan Anak Patung anda hari ini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

CAMPUR! PADANKAN! HIMPUN! Kemungkinan tanpa sempadan dengan Anak Patung Fesyen FROZEN 2 baharu

Hidupkan magis silam Arendelle dengan mengumpulkan set penuh anak patung “FROZEN 2” termasuk Elsa, Anna, Kristoff, Sven dan Olaf yang didatangkan dengan pakaian signature mereka, membenarkan peminat untuk mengubah gaya mereka seiring dengan dialog-dialog daripada filem berkenaan.

Kanak-kanak yang suka berdandan dan mewujudkan penampilan baharu pasti gembira dengan Anak Patung Fesyen Adik-Beradik FROZEN, Elsa dan Anna, yang menampilkan aksesori lengkap: rambut panjang yang boleh disikat, enam pasang getah rambut, dua klip rambut dan sebuah sikat yang indah!

Campurkan, padankan dan kumpul dari Toys”R”US di sini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

TIBA MASANYA UNTUK ALAT PERMAINAN POP ADVENTURES!

Dunia “FROZEN” dihidupkan dengan set permainan menyeronokkan alat permainan “FROZEN 2” Pop Adventures! Set permainan tersebut merangkumi Istana Arendelle dengan bilik tidur Elsa dan Anna dan Kampun Arendelle bersama anak patung mini Anna, tiga botol posyen, satu kunci dan sebuah pedati - ideal bagi kanak-kanak untuk membina hasil menyeronokkan bersama Elsa dan Anna.

Waktu bermain Pop Adventures pasti tidak lengkap tanpa Surprise Blind Boxes FROZEN 2 - sebuah permainan meneka yang membenarkan kanak-kanak membuka sebuah bekas kristal bagi mendedahkan karakter FROZEN 2 kegemaran mereka.

Kanak-kanak akan dikejutkan dengan konfeti yang berwarna-warni apabila membuka bekas berkenan buat kali pertama! Dapatkan kejutan anda di Toys”R”Us di sini, daripada harga RM29.90 ke atas.

Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial Toys“R”Us Asia berkata, “Filem FROZEN yang sulung pantas menjadi sebuah fenomena global dan FROZEN 2 dijangka menjadi sepopular dengannya. Menyediakan keluarga di Malaysia dengan pengalaman-pengalaman unik dengan membawakan sebahagian daripada filem berkenaan ke gedung kami merupakan sebahagian daripada komitmen kami kepada para peminat FROZEN 2. Kami amat berbesar hati kerana menawarkannya sekali lagi bagi filem kegemaran Disney ini.”


BINA ISTANA ARENDELLE ANDA SENDIRI

Benarkan anak anda mewujudkan momen-momen magis daripada filem Frozen 2 Disney bersama LEGO®. Elsa’s Wagon Adventure adalah sebuah set mainan binaan wagon yang direka khas dan mudah bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Karakter-karakter dan sebuah model rusa kutub LEGO® menawarkan pengalaman ‘role-play’ yang menyeronokkan, sementara asas Starter Brick istimewa membenarkan pengalaman binaan bangunan, kenderaan dan sebagainya yang membanggakan, walaupun bagi mereka yang baru cuba membina. Dapatkan set binaan anda di Toys”R”US di sini pada harga RM159.90.

Set permainan Kampung Istana Arendelle daripada LEGO® akan memberikan masa bermain penuh kreatif kepada para peminat filem berkenaan. Menyediakan suasana sempurna untuk menghidupkan babak-babak kegemaran daripada filem tersebut, kediaman Anna dan Elsa itu mempunyai tiga tingkat yang boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah bagi akses bermain. Malah, kepingan perabot juga direka agar mudah dipindahkan dan disusun di antara balairung seri, bilik tidur dan aras loteng.

Di luar, gerai-gerai pasar menawarkan barangan terbaik dan terdapat sebuah sampan di bahagian jeti, menunggu untuk pengembaraan seterusnya! Set permainan Arendelle ini merangkumi 3 karakter kegemaran Disney dan 3 patung haiwan LEGO® . Dapatkan ia di Toys”R”US di sini pada harga RM429.90.

NIKMATI HADIAH-HADIAH EKSKLUSIF DAN MENGGEMBIRAKAN

Sebagai kediaman terpilih “FROZEN 2”, Toys”R”US Malaysia menawarkan hadiah-hadiah eksklusif yang menggembirakan dengan pembelian barangan FROZEN 2. Disediakan secara eksklusif kepada ahli-ahli Star Card, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada dua Istana Arendelle FROZEN 2 - bernilai RM1,900 - yang terdapat di Malaysia. Bagi menyertainya, pelanggan perlu membuat pembelian sebarang produk FROZEN 2 Hasbro pada bulan November dan Disember ini dan menjadi pelanggan paling banyak berbelanja pada bulan berkenaan untuk merebut peluang memenangi istana tersebut!

Kumpul hadiah edisi terhad dengan setiap pembelian barangan FROZEN 2. Dapatkan set alat tulis yang memaparkan sebatang pensil, pemadam, kepingan pelekat dan bekas pensil yang indah untuk beg sekolah si kecil! Set hadiah alat tulis berkenaan boleh didapati dengan setiap pembelian item FROZEN 2 Hasbro yang berharga RM120 ke atas di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman beli-belah dalam taliannya dalam satu transaksi. Tersedia sementara stok masih ada, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya segera.

Toys “R”Us Malaysia juga menawarkan LEGO® Disney Elsa’s Winter Throne edisi terhad apabila anda membeli sebarang set mainan LEGO® Disney Princess yang bernilai RM279 dalam satu transaksi di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman onlinenya di sini.

PELANGGAN PALING TINGGI BERBELANJA AKAN DIHADIAHKAN BAUCAR FILEM FROZEN 2

Peminat FROZEN sebenar mengetahui bahawa satu item sahaja tidak mencukupi, malah tidak cukup dengan hanya menonton filem itu hanya sekali.

Oleh itu, berikan penambahan kepada koleksi anda dan anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan satu lagi kunjungan ke panggung wayang untuk menyaksikan filem kegemaran ini, dihadiahkan oleh Toys”R”Us. Dari 1 hingga 20 November 2019, 50 individu yang paling tinggi berbelanja dalam tempoh kumulatif ini akan menerima dua baucar tiket untuk menonton filem FROZEN 2 Disney di panggung wayang.

TOYS “R”US MEMBAWAKAN FROZEN 2 DI LUAR SEMPADAN

Peminat-peminat FROZEN boleh melihat barangan dan tarikan FROZEN 2 dari Toys”R”Us bukan sahaja di gedung permainan tersebut tetapi juga di paparan-paparan offsite istimewa yang disediakan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi paparan offsite FROZEN 2 di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 8 November hingga 1 December 2019 serta di bahagian luar gedung Toys”R”Us Mid Valley Megamall dari 14 hingga 24 November 2019.

RASAI PENGALAMAN DUNIA ARENDELLE

Sebagai persediaan tayangan filem blockbuster tersebut pada 21 November ini, Toys”R”Us Malaysia berganding tenaga dengan Disney untuk mewujudkan ruang hiasan bertemakan FROZEN 2 penuh magis, lengkap dengan patung bersaiz sebenar Elsa dan Anna di gedung utama Toys”R”US di Mid Valley Megamall. Ini adalah peluang anda untuk merasai pengalaman Arendelle dan merakamkan momen-momen indah untuk dikongsikan bersama laman sosial anda.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter