Jumlah Paparan Halaman

13 September 2021

Projek57 Dan Grab Rai Hari Malaysia Dengan Harapan

Posted by   on

Menyambut semangat perpaduan yang telah membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini, perusahaan sosial yang diiktiraf secara nasional, Projek57 berganding bahu bersama Grab Malaysia untuk meraikan keteguhan dan perpaduan rakyat Malaysia yang berterusan sepanjang tempoh yang mencabar ini.



Setelah bekerjasama dengan tujuan mendorong semangat perpaduan dan memperkasakan golongan kurang bernasib baik sepanjang tahun ini, kedua-dua nama tempatan ingin terus membangkitkan semangat rakyat dengan mesej perpaduan dan harapan bersempena dengan Hari Malaysia.

Melambangkan Movement of Hope Projek57, Unity Ribbon direka untuk rakyat Malaysia menggayakan Jalur Gemilang tersemat di dada dengan rasa bangga dan berdiri dalam solidariti, terutama pada masa-masa luar biasa ini. Melalui sumbangan tulus ikhlas Grab Malaysia, 20,000 Unity Ribbon akan diedarkan melalui Grab Malaysia. Rakyat Malaysia akan menerima Unity Ribbon dengan setiap pesanan makanan GrabFood kegemaran mereka dari rakan niaga GrabFood yang mengambil bahagian di sekitar Lembah Klang, sementara stok masih ada.

Syed Sadiq Albar, pengasas bersama Projek57 berkata, “Kami amat berbesar hati dapat sekali lagi bekerjasama dengan Grab Malaysia, yang sememangnya mendokong aspirasi kami, untuk menghubung dan menyatukan masyarakat. Perpaduan dalam kepelbagaian tidak ternilai harganya dan inilah asas di mana tanah air tercinta kita dibina. Melalui kerjasama dengan Grab ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat mendalami kembali bukti kekuatan sebuah harapan, perpaduan dan berganding bahu dalam menempuh masa yang sukar ini,"

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia, berkata, “Malaysia sememangnya telah melalui tahun yang sukar, tetapi dengan semangat perpaduan dan sokongan bersama yang kita miliki membolehkan kita terus cekal untuk menghadapi banyak cabaran. Dengan sambutan Hari Malaysia, kami ingin membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk mendalami semangat perpaduan yang menjadikan kita unik. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Projek57 dalam usaha yang bermakna ini dan kami berharap dapat terus menyokong pelbagai komuniti yang memerlukan."



Pengasas bersama, Collin Swee turut berkata, “Hari Malaysia adalah hari yang kita semua raikan dan ini merupakan peringatan penting bahawa keinginan rakyat Malaysia untuk bersatu padu merupakan titik permulaan yang telah menyatukan kita semua sekarang. Sepanjang tempoh setahun setengah yang kita lalui merupakan tempoh yang sangat sukar buat ramai individu. Namun, berbekalkan semangat sebagai rakyat Malaysia, kita telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi tonggak bagi satu sama lain."

Kerjasama Projek57 dan Grab akan berlangsung selama empat hari menjelang Hari Malaysia, dari 13 September hingga 16 September 2021. Rakan niaga GrabFood yang mengambil bahagian (restoran terpilih di Lembah Klang sahaja) adalah Alibaba & Nyonya, A&W, Boran, Eatomo Food Co, GO Noodle House, Gourmet Kitchen, Hayaki, Hawker Hall, HeyCha, K Fry Urban Korean, KGB Burger, KyoChon, La Juiceria Superfoods, La Juiceria Superfoods Signature, Lim Fried Chicken, Madam Kwan’s, Nando’s, Paradise Dynasty, Secret Recipe, Spades Burger, Super Saigon, The Fish Bowl dan Urban Food Club.

Pada awal tahun ini, Projek57 telah bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk buah tangan korporat khas Tahun Baharu dan Hari Raya. Kerjasama ini telah menyokong komuniti yang kurang bernasib baik dengan mewujudkan peluang pendapatan untuk pencanting batik berbakat, golongan pelarian, dan komuniti B40 yang berkerjasama dengan Projek57 untuk menghasilkan karya seni yang unik kepada Malaysia.

Menampilkan bayangan ikonik wajah Tunku Abdul Rahman, Unity Ribbons Projek57 sedia untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM3.00 setiap satu. Dengan setiap pembelian, rakyat Malaysia dapat memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan komuniti yang kurang berkemampuan.

Rakyat Malaysia juga boleh membeli Unity Ribbons di https://www.projek57.com/unity-ribbon, Village Grocer, Ben's Independent Grocer, BSC Fine Foods dan Pasaraya OTK, serta premis-premis Pos Malaysia di seluruh negara.






Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter