Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label #MYCYBERSALE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #MYCYBERSALE. Papar semua catatan

23 Ogos 2018

Shopfest Hentian Pertaman Untuk Online Shopping Hujung Tahun Dari Shopback

 
ShopBack, peneraju platform Cashback dalam talian hari ini mengumumkan ShopFest, satu gerakan dagangan serantau yang direka untuk membantu pengguna Asia Pasifik melayari jualan akhir tahun yang rumit dan memperkasa mereka untuk membuat pilihan membeli yang bijak sepanjang festival beli-belah selama empat-bulan. ShopFest akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia menjadi hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, dan Australia.


Di Malaysia, festival beli-belah perdana ini merangkumi enam acara beli-belah utama dari September hingga Disember, iaitu #MYCYBERSALE, 9.9 Rewards Day (sebelum ini dikenali sebagai 9.9 Cashback Day), 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online Fever, serta Jualan Akhir Tahun Krismas dan Tahun Baru. Pengguna boleh mendapatkan maklumat semua acara beli-belah utama ini dengan mudah dan mengetahui tentang siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana untuk membeli-belah dengan bijak melalui portal maklumat informatif www.shopfest.my.

“Selama tiga setengah tahun, ShopBack telah berkembang dari 5000 pengguna ke lebih 1 juta pengguna di Malaysia (lebih 6 juta di APAC). Ini membuktikan pengguna sangat teruja untuk mencari cara bagi mendapatkan lebih nilai bagi setiap ringgit, dan kami perlu lebih proaktif untuk membentuk cara mereka membeli-belah dengan bijak. Apabila kami cuba meletakkan diri kami ke dalam diri pengguna, kami menyedari bahawa jualan terbaik biasanya datang sekitar akhir tahun tetapi amat sukar untuk mengikuti timbunan acara dan tawaran yang ada.

Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia

ShopFest menyediakan kefahaman yang mudah serta menjadi gerbang untuk pengguna menemui tawaran beli-belah dan mendapatkan bonus menarik semasa mereka membuat belian dalam tempoh empat bulan ini. Buat masa ini, kami bekerjasama dengan lebih 500 e-dagang untuk menyediakan sehingga 30% cashback untuk pengguna. Selepas ShopFest dilancarkan, lebih kurang 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, Booking.com, dll. akan menambah tawaran menjadi super cashback (sehingga 90%) dan akan menyedia hadiah bernilai lebih dari RM14 juta untuk dimenangi menerusi ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience,” kata Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia.

Apabila pengguna melawat laman ShopFest, sebuah kalendar yang merangkumi enam jualan utama akan dipaparkan dan setiap satu darinya akan membawa pengguna kepada kompilasi promosi dan cashback istimewa yang disediakan oleh e-dagang termasuk kategori Elektronik, Fesyen, Kecantikan, Pelancongan, Barang Runcit, Makanan, Isi Rumah dan Kehidupan, serta Sukan pada tempoh yang berkenaan.


“Kami yakin bahawa ShopFest akan menghubungkan e-dagang dan pengguna dengan efisyen terutama pada akhir tahun apabila pengguna bersedia untuk berbelanja. Usaha kolektif kami ini pasti akan menggandakan kesedaran dan prestasi e-dagang, malah mengatasi lebih 10 kali peningkatan trafik purata setiap jam yang kami capai semasa 11.11 Single Day tahun lepas,” kata Sharmeen.

Tempoh Paling Sibuk Untuk Pelbagai Industri E-Dagang


Pelancaran ini juga menyaksikan peneraju dari syarikat e-dagang popular berkongsi pandangan berkenaan lanskap dagangan dalam talian menjelang Q4 dan persediaan mereka untuk berhadapan. Judy Wong, Pengurus Besar untuk  Komunikasi dari 11street menyatakan tempoh puncak membeli-belah pada Q4 dijangka mengambil tempat pada hujung tahun terutama sekali semasa jualan 11.11 & 12.12, dengan elektronik menjadi kategori teratas dan fesyen hadir rapat di tempat kedua.


“Kami merancang untuk menaiktaraf aplikasi mudahalih kami dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna bagi mencipta pengalaman pelanggan yang menyeluruh. 11street juga fokus dalam meningkatkan kecepatan, kos dan kualiti sistem logistik di mana beberapa peningkatan termasuk penghantaran percuma dan mampu milik akan dijalankan,” kata Judy.

ZALORA, peneraju platform fesyen dalam talian menekankan bahawa persediaan perlu dibuat lebih awal bagi memastikan pengalaman pengguna tidak terjejas. “Kami bertugas 24 jam hampir setiap masa pada Q4 tahun lepas, di mana hari paling sibuk memiliki lebih 1000 operator di waktu puncak yang dibahagikan kepada tiga syif. Adalah penting juga buat kami untuk memiliki kefahaman yang jelas tentang kualiti tawaran yang disediakan serta tahap kedalaman inventori. Lebih baik sesuatu tawaran, lebih tinggi permintaan,” jelas Pengarah Pemasarannya, Kiriat Argenio.


Beliau menambah, terdapat peningkatan mendadak pada trafik ZALORA setiap hari dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, terutama di web mudah alih dan aplikasi. “Ini adalah tempoh masa terbaik untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memaklumkan mereka tentang pelancaran jenama baru dan lain-lain inisiatif pemasaran.

Lebih Penjimatan dan Pilihan Pelancongan sepanjang ShopFest


Apabila membincang bahawa pengalaman pengguna, Expedia percaya dengan kuasa kerjasama. “Sebagai salah satu peneraju jenama pelancongan dalam talian, Expedia bekerjasama rapat dengan jenama yang memiliki fikiran yang sama untuk meningkatkan dan menaikkan lagi pengalaman beli-belah dalam talian. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan ShopBack dan melalui ShopFest, kami berharap untuk menambah lebih banyak nilai dan penjimatan untuk pelanggan,” kongsi Agnes Eng, Ketua Pemasaran Jenama Asia Tenggara, Expedia.


Halif Hamzah, Pengurus Besar untuk platform tempahan pelancongan Traveloka di Malaysia dan Singapura, mendedahkan berdasarkan pemerhatian mereka, secara purata terdapat peningkatan transaksi sebanyak 50% di Q4 berbanding suku tahunan sebelumnya. “Pengguna lebih cenderung membeli dalam kumpulan pada akhir tahun kerana mereka melancong bersama kawan atau keluarga untuk meluangkan masa cuti bersama. Kami berharap dengan menyertai ShopFest, kami dapat memberikan akses mudah dan mampu milik kepada pelbagai pilihan penerbangan dan hotel,” kata beliau.

Menurut Sharmeen, bermula dari 1 September, aktiviti dalam talian serta di luar talian untuk pengaktifan ShopFest akan dikuasakan oleh ShopBack dan rakan e-dagang. Terdapat hampir RM10 juta cashback dijangka akan diberikan semasa ShopFest.


Sehingga hari ini, Shopback telah memiliki lebih 1 juta pengguna di Malaysia dan jumlah cashback yang telah diberikan sudah melebihi RM25 juta. Malah, pengguna boleh mendapatkan penjimatan ini di samping cashback kad kredit mereka dan memindahkan wang ini ke akaun bank apabila disahkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shopfest.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.






24 September 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

 
Time dah gaji ni rasa nak beli phone baru nak gantikan yang dah lama ni.


Nak cari phone murah dan canggih tapi jenama apa yer? 

Nak beli kat mana pulak yek?

Yerrr! Boleh beli online kat Lazada ala 'Effortless Shopping' online paling banyak barang dan promosi hebat-hebat. Dengar kata Lazada akan mengadakan Lazada's My Cybersale tak lama lagi. Tapi tu nanti saya cite kat last sekali macam mana korang boleh beli macam-macam dengan promosi gila-gila. Kat Lazada juga ada jual phone jenama Honor 8, macam best tapi apa yang menariknya phone ni.


Kenapa mesti Honor 8?


Jom selongkar apa yang boleh buatkan korang rasa nak dapatkan telepon Honor 8 ini sekarang juga.

1) Penampilan elegant dan maskulin


Bagi seorang lelaki yang mengutamakan penampilan bukan sahaja diri tapi juga aksesori yang dibawa setiap hari termasuklah phone. Jadi dengan Honor 8 ini gaya dan rekabentu yang licin, elegen dan ergonomik memukau sesiapa yang memandangnya.


So kalau bawa phone ni kemana-mana sahaja rasa yakin dan lebih nampak penampilan diri seorang yang modern. Suka tengok warna baru phone ni terutama warna biru atau gold lebih menonjol.

2) Rakam dan videokan memori terindah


Bagi saya yang memang suka ambil gambar pemandangan terutama yang cantik dan menarik dan simpankan dalam telepone. Itu menjadi perkara utama yang dititik beratkan bila nak beli phone mestilah kameranya. Kamera depan dan juga belakang mesti lebih tajam dan lebih cantik bila gambar diambil.



Sebab tu phone Honor 8 ini dicipta dengan 12MP kamera belakang dan 8MP kamera depan untuk selfie bagaikan seorang bintang. Kalau lelaki mereka lebih suka untuk ambil video jadi bila kamera ada auto-focus dan juga profesional mode lagi video lebih cantik dan kemas. 

3) Rasa Selamat dan rasa yakin 



Keselamatan data dan juga apa sahaja yang disimpan dalam phone juga kena dilindungi. Dengan fungsi fingerprint 0.4 second unlock dibelakang phone ia akan memberi keselamatan lebih kepada phone dan segala isi dalamnya. Tak perlu nak ingat-ingat password lagi hehehe. 

4) Lebih pantas lebih banyak boleh buka


Dunia bergerak pantas dan segala kerja mesti dilakukan dengan pantas dan cepat. Termasuklan untuk mengakses file atau internet. Jadi dengan Honor 8 ini mereka menggunakan 2.3 GHz octa-core CPU dan juga 4GB RAM yang lebih hebat seperti bermain game.


Kelajuan dalam membuka file dan menggunakan banyak apps dalam satu masa kini bukan halangan untuk tidak bertindak lebih daripada biasa. Jadi hidup lebih mudah kerja lebih cepat dengan phone ini.


5) Kuasa bertahan lebih lama 


Kalau laju pun tapi cepat kaput tak guna juga bukan. Biar phone kita boleh digunakan dalam masa yang maksimum tertutama dalam waktu kecemasan. Kalau phone beteri asyik habis jer susah juga tambahan pula bateri meletop lagi bahaya.


Dengar cite bateri Honor 8 ini boleh tahan sehingga 1.22 hari untuk penggunaan yang kerap.  Kerana masa mencemburui kita setiap hari fungsi fast-charge boleh cecah 47% kuasa dalam pengecasan selama 30minit sahaja cepat bukan.

6) Kepintaran menguasai diri 


Lagi penting adalah akses internet yang tiada batasan bila-bila masa. Dalam phone ni bila korang tengok betul-betul manualnya ada tambahan Smart dual-band WiFi Support yang ia boleh switch pada frekuensi 2,4 GHz atau 5 GH.


Juga fungsi Smart Control 4.0 bagaikan ada seorang pembantu rumah yang memudahkan kerja korang. Dimana korang boleh kawal lebih daripada 5000 jenama barangan elektrik dirumah hanya dengan melalui kawalan phone. Seperti mengawal tv dan juga aircond, jadi kalau hilang remote boleh guna phone Honor 8 untuk remote semua barangan di rumah anda. 

7) Kemerduan dan ketajaman menghiburkan 


Tak seronoklah kalau tidak dapat mendengar dan menonton movie di phone dengan sound yang hebat, betul tak. Phone ini ada high-quality speaker untuk aktiviti yang paling disukai oleh orang lelaki.


Satu lagi kalau kita gunakan fungsi hand-free ketika bercakap sambil memandu tiada sebarang gangguan bising atau suara yang putus kerana mereka menggunakan high-gain microphone yang memastikan perbualan terus lancar walau apa sahaja yang korang buat.

8) Pandangan lebih sihat 


Kita hari-hari mesti pandang phone tak kisah la walaupun tiada apa-apa kerja sekali pun mesti nak mengadap phone lebih dari mengadap isteri sendiri. Jadi kesihatan mata akan terganggu dengan pandangan yang kerap terhadap skrin phone betul tak.



Tapi dengan teknologi eye-care mereka mempunyai kuasa mengeluarkan cahaya biru yang mengurangkan ketegangan mata bagi mereka yang setiap masa mengahadap telepone terutama kaki game dan juga kaki movie seperti saya. 

Kat mana nak beli phone ni?


So rasanya 8 sebab ini dapat membantu saya dan juga memberi pengetahuan kepada korang untuk membuat pilihan membeli telepone Honor 8. Cuma sekarang harga lah pula menjadi penilaian bukan. Sekali lagi diingatkan ada promosi sempena dengan :-

Lazada's My Cybersale 

Berlangsung pada 26-30 September 2016




Dapatkan cepat sementara stok masih ada.






23 September 2016

ShopBack Sertai MDEC #MYCYBERSALE Sebagai Rakan Rasmi Cashback

 
ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE yang dinanti ramai, sebagai rakan Cashback dengan memberikan wang tunai sebenar kepada pembeli online.


Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), #MYCYBERSALE, acara jualan online tahunan terbesar, akan diadakan dari 26-30 September tahun ini. Acara seluruh negara selama 5-hari ini akan menyaksikan laman e-dagang seperti Hermo, Lazada, Zalora, Qoo10, Photobook Malaysia, dan banyak lagi akan bersama-sama merancang produk dan servis bagi memberi kejutan kepada pembeli, dengan tawaran nilai terbaik serta diskaun sehingga 90%.

ShopBack membawakan model Cashback tiga-penjuru yang memberi manfaat kepada semua pihak - pembeli, e-dagang dan penyedia Cashback - ke Malaysia pada Februari 2015. Ia telah membolehkan pembeli di Malaysia untuk menerima wang tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, di mana seorang pembeli tertinggi telah menerima lebih dari RM17,000 di dalam akaunnya.


Syarikat tersebut mengambil inisiatif sebagai menaikkan tawaran Cashback sejak awal tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia menerima lebih penjimatan dalam pembelian seharian, di mana lebih kurang 300,000 pembeli telah menerima insentif Cashback dari ShopBack pada setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman ShopBack di https://www.shopback.my atau Facebook page https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.





Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter