Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Food Market Hub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Market Hub. Papar semua catatan

1 Oktober 2021

Saladplate dan Food Market Hub Bekerjasama Strategik untuk Membantu Pengusaha F&B Tempatan

 
Saladplate dan Food Market Hub (FMH) telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menawarkan sebuah platform yang akan membolehkan syarikat makanan & minuman (F&B) di Malaysia meneroka peluang-peluang baharu melalui sebuah pangkalan data global yang melibatkan lebih 90 buah negara. Platform ini dapat membantu mereka dalam membeli produk yang diperlukan serta membolehkan mereka menjual barangan mereka ke sebuah rangkaian global melalui sebuah pasaran digital.  



Membantu Perniagaan Mengharungi Pandemik 

Dalam usaha Malaysia melawan pandemik, para pengusaha F&B di Malaysia kekal terjejas oleh sekatan pergerakan yang berterusan dan bilangan pelanggan yang berkurangan. Menurut sebuah laporan oleh Bank Pembangunan Asia, rantaian bekalan makanan telah terjejas disebabkan sekatan pergerakan domestik serta penutupan pelabuhan antarabangsa. Bukan itu sahaja, harga makanan juga telah didapati meningkat sebanyak 7.5% pada bulan Disember 2020, menurut Indeks Harga Makanan FAO. 
 
Tujuan utama kerjasama antara Saladplate dan FMH ini adalah untuk menyokong pengusaha F&B tempatan dalam usaha mereka untuk kembali normal dan menerima digitalisasi sebagai salah satu cara untuk menaiktaraf sumber mata pencarian mereka. Kerjasama industri yang unik di pasaran Malaysia ini menampilkan sebuah platform yang khas untuk membantu industri F&B melalui masa yang sukar ini, sama ada dengan mengambil manfaat daripada sistem pengurusan kos yang bijak dan cekap, atau melalui peluang aliran pendapatan baharu.
Syarikat tempatan kini boleh mendapatkan barangan secara digital melalui satu platform yang memaparkan pelbagai pilihan yang tersedia daripada seluruh dunia. Platform ini mempunyai proses pemilihan yang ketat, dengan hanya menampilkan jenama-jenama yang disahkan dan berada di Malaysia. Hal ini bagi mencipta sebuah persekitaran digital yang selamat, agar pembekal dan pembeli dapat dilindungi.

Dikuasakan dengan ciri berlandaskan kecerdasan buatan (AI) yang menganalisa perbelanjaan serta membuka peluang untuk berkembang ke pasaran baharu melalui komunikasi selamat, platform ini akan memperkasa pengusaha F&B untuk menguruskan inventori perniagaan mereka dengan lebih cekap. Antara ciri yang ditawarkan oleh platform ini adalah:

1. Sebuah sistem pengurusan kos dan inventori automatik 
Syarikat akan mendapat akses ke Cloud-Based Procurement Solution yang dikuasakan oleh AI, sebuah alat yang dilengkapi ciri pembelajaran kendiri bagi membantu mereka menguruskan inventori dan perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan. Ciri ini membolehkan para pemilik syarikat menjimatkan kos dan membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak bagi mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

2. Platform komunikasi semua dalam satu 
Platform ini menyelaraskan proses komunikasi antara syarikat dan pembekal, di mana semua jenis komunikasi, sama ada pesanan pembelian, penghantaran, serta pembayaran, boleh dilakukan melaluinya. Hal ini menyelarikan proses-proses pentadbiran untuk syarikat, menjadikan ia lebih mudah untuk mereka memantau urusan-urusan perniagaan mereka.

3. Sumber global untuk dimanfaatkan 
Dengan jejak digital global platform ini, pembekal syarikat F&B tempatan boleh mengakses sebuah pangkalan data yang merangkumi lebih 3,000 pengendali dan penjual daripada seluruh dunia, dan memberikan mereka peluang untuk mendapatkan produk-produk unik dan menarik yang tiada di pasaran tempatan. 

Menyokong Pameran Perdagangan Makanan dan Hospitaliti Terbesar di Malaysia 
Platform ini juga akan digunakan semasa Pameran Makanan & Hotel Malaysia yang akan datang, iaitu pameran perdagangan dwitahunan terulung di Malaysia. Selaras dengan perancangan untuk mengadakan pameran yang akan datang dalam format hibrid, platform ini akan digunakan untuk menyokong para penjual dan pembeli yang akan menghadiri Pesta Virtual FHM, untuk berhubung serta penjadualan janji temu.

Masa Hadapan F&B Terletak di Transformasi Digital 

Digitalisasi merupakan langkah ke hadapan untuk kebanyakan syarikat di Malaysia, termasuklah untuk industri  F&B. Menurut sebuah kajian oleh Forrester Research, walaupun hanya 46% syarikat di Malaysia yang memulakan transformasi digital mereka pada tahun 2020, 34% lagi syarikat berhasrat untuk memulakan perjalanan mereka pada tahun 2021. Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mendorong digitalisasi dalam kalangan syarikat di Malaysia, antaranya pelancaran inisiatif MyDIGITAL yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang dipacu secara digital.

Sehingga kini, platform yang dipacu oleh Saladplate dan Food Market Hub itu telah membolehkan pelbagai jenama dan syarikat terkemuka, sama ada dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, seperti Kentucky Fried Chicken, Din Tai Fung, The Fish Bowl, Salad Atelier, dan lain-lain untuk berkembang dengan lebih cekap dan dengan kos yang lebih jimat. Melalui platform tersebut, Din Tai Fung telah mampu mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan antara dapur pusat dan outlet, membolehkan jenama tersebut berkembang 21% tahun ke tahun.
Kerjasama untuk Rantau Ini 

Platform ini kini tersedia untuk pengusaha F&B di Malaysia yang ingin membawa jenama mereka ke arena digital. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform tersebut, pengusaha yang berminat boleh mendaftar dengan percuma dengan mencipta akaun melalui pautan ini - Saladplate Register as a buyer.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter