Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Happiness. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Happiness. Papar semua catatan

3 Ogos 2017

Jom Kita Mengundi Rekaan Happiness Trak Simen Lafarge Kegemaran Anda Sekarang

 
Rakyat Malaysia kini boleh turut serta dalam memilih pemenang Pertandingan Rekaan Trak #happinessinthecity Lafarge Malaysia dengan mengundi rekaan pilihan mereka dari kalangan 14 rekaan yang disenarai pendek. Terbuka kepada pelajar daripada semua kolej dan universiti tempatan, pertandingan rekaan pertama kali diadakan bagi lori tangki simen dan trak konkrit di Malaysia ini adalah sebahagian daripada kempen “Happiness in the City” Lafarge Malaysia . Dalam tempoh penyerahan rekaan daripada 5 Jun sehingga 1 Julai 2017, pelajar daripada 16 universiti dan kolej telah menghantar sejumlah 42 rekaan.


“Kami menganjurkan Pertandingan Rekaan Trak #happinessinthecity sejajar dengan matlamat kami untuk menjadikan bandaraya lebih gembira dan tampak lebih cantik. Kami percaya apabila trak Happiness kelihatan, ia akan mengukir senyuman dan menyemarak mood positif, kerana kebanyakan daripada kita tidak menjangka akan dapat melihat lori tangki simen dan trak konkrit yang berwarna-warni dan cantik. Oleh kerana bakat muda amat penting dalam usaha merealisasikan bandaraya lebih gembira, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan para pelajar dalam pertandingan ini, bagi menyokong bakat muda ini dengan menawarkan permukaan trak kami sebagai platform untuk hasil kerja mereka yang hebat,” kata Thierry Legrand, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia.


Pelajar yang menyertai pertandingan perlu mengambil inspirasi daripada bandaraya dan pengalaman hidup urban di Malaysia sebagai asas rekaan mereka. Panel lapan juri menyenarai pendek 14 rekaan daripada 42 penyertaan berdasarkan kreativiti, cara rekaan memaparkan tema “Happiness in the City” dan penggunaan warna yang paling menarik. Kesemua 14 pasukan melukis rekaan mereka pada lori tangki simen dan trak konkrit dalam tempoh dua minggu daripada 24 Julai sehingga 4 Ogos 2017, menggunakan cat berasaskan air daripada Dulux.


Orang awam boleh melihat foto lori tangki dan trak yang telah dicat di laman Facebook Lafarge Malaysia, selain melihat trak itu di atas jalan raya melakukan tugasan harian di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Tiga rekaan paling popular berdasarkan undian awam berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM6,000. Dulux, rakan cat rasmi bagi kempen ini, juga akan menyampaikan anugerah khas “Penggunaan Warna Paling Kreatif.”


Undian orang ramai bagi rekaan trak bermula 1 Ogos dan berakhir 15 Ogos 2017, dan pemenangnya akan diumumkan seminggu kemudian. Untuk mengundi, layari https://www.opinionstage.com/polls/2453443. Setiap orang hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk rekaan kegemaran mereka. Selamat mengundi.








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter