Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label WeChat Pay My. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WeChat Pay My. Papar semua catatan

6 Disember 2019

Bayaran Lebih Mudah Dengan WECHAT PAY MY Muat turun Sekarang

 
WeChat Pay MY, fungsi pembayaran mudah alih WeChat, salah satu platform komunikasi sosial terbesar yang dimiliki Tencent, kini memberi penggunanya kemudahan membuat bayaran, sama ada di stor fizikal atau secara dalam talian.


Direka untuk pasaran golongan belia dan millennia yang terus-menerus berkembang dan berubah, pengguna kini boleh membuat bayaran dengan mudah menerusi WeChat Pay MY mereka, sama ada mengguna dana daripada e-dompet mereka yang sedia ada atau memilih fungsi yang baru diperkenalkan dengan membuat pautan secara terus melalui kad kredit pilihan mereka.

Dengan hanya beberapa langkah yang amat mudah, pengguna WeChat Pay MY sekarang boleh berbelanja dan membayar untuk belian mereka tanpa sebarang kerumitan.

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun WeChat Pay MY, anda boleh klik bahagian “Bank Cards” untuk mendaftarkan kad kredit pilihan mereka ke dalam app. Anda boleh mula melakukan bayaran terus daripada kad pilihan mereka melalui WeChat Pay MY selepas pendaftaran.

Untuk membuat bayaran, tekan ikon ‘Quick Pay’ untuk pergi ke gerbang bayaran. Apabila tertera sahaja kod QR, klik tab ‘Balance’ untuk senarai pilihan bayaran. Pilih kad kredit yang telah dipautkan dan seterusnya imbas kod QR anda. Transaksi akan ditolak secara terus daripada kad anda yag dipaut itu, manakala baki e-dompet kekal tidak berubah.

Ikut panduan langkah demi langkah yang dipaparkan:


Pengguna boleh memilih had bayaran RM250 sehari bagi setiap kad yang anda pautkan Fungsi kad kredit ini adalah antara banyak lagi fungsi baharu yang bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi ini dalam beberapa bulan akan datang.

Dengan bilangan peniaga dan pengguna WeChat Pay MY yang semakin bertambah seperti Sephora, Caring Pharmacy, dan The Alley, WeChat Pay MY kini ingin mempromosi gaya hidup digital yang selamat dan serba mudah di Malaysia.

WeChat Pay MY menghasratkan suatu gaya hidup yang serba mudah dan bermanfaat bagi pengguna dan juga peniaga. Dengan pengalaman, teknologi, dan keupayaan platform bayarannya, syarikat terus akan menawarkan pengguna suatu pengalaman bayaran bergerak yang menyenangkan kehidupan harian.







26 Mac 2019

WeChat Pay MY Masa Depan Digital Di Malaysia

 
WeChat Pay MY, salah satu penyelesaian pembayaran mudah alih yang paling popular di Malaysia, menyaksikan pertumbuhan sejak pelancarannya di Malaysia pada Ogos lalu. WeChat Pay adalah fungsi pembayaran mudah alih WeChat, salah satu aplikasi komunikasi sosial yang terbesar dimiliki oleh Tencent. Setakat Disember 2018, gabungan Weixin dan WeChat mempunyai akaun pengguna aktif bulanan seramai 1,098 juta (Monthly active user accounts, MAUs), manakala WeChat Pay mempunyai lebih daripada 800 juta MAUs (sehingga 2018), menjadikannya salah satu rangkaian sosial yang paling digunakan dan salah satu penyelesaian mudah alih yang paling popular di dunia masing-masing.


WeChat Pay MY menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang bermanfaat kepada pengguna, daripada top-up dalam talian ke pembelian tiket penerbangan dan bas, ke transaksi biasa di kedai-kedai runcit. Pengguna WeChat Pay MY boleh membuat belian di stor-stor runcit, dengan hanya mengimbas kod QR pada telefon bimbit mereka. Dengan bilangan peniaga dan pengguna yang semakin bertambah, WeChat Pay MY kini berusaha untuk memperkasakan gaya hidup digital yang selamat dan serba mudah di Malaysia. 

“Malaysia merupakan antara salah satu ‘emerging markets’ yang menerima pembayaran mudah alih dengan pantas. Misi kami adalah untuk mempermudahkan pembangunan ekonomi digital Malaysia dengan menawarkan pengalaman kami dalam bidang pembayaran mudah alih yang senang dan selamat kepada pengguna dan perniagaan tempatan. Kami juga percaya bahawa jika kami mempertingkatkan kesedaran, penglibatan dan pendedahan berkenaan teknologi, kami dapat memainkan salah satu peranan yang penting dalam memperkembangkan ekosistem digital Malaysia ke peringkat seterusnya,” ujar Poshu Yeung, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Tencent. 

“Pada ketika ini, kami sedang berusaha untuk memperluaskan pangkalan peniaga kami untuk merangkumi lebih lagi kedai-kedai seperti KK Mart dan Starbucks. Ini akan, dengan secara langsungnya, memberi pengguna lebih banyak peluang untuk menggunakan WeChat Pay MY dan menikmati pembayaran yang lebih mudah dan lebih lancar,” kata Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif, WeChat Pay MY.


Sebagai tanda komitmen WeChat Pay MY untuk menerajui arena pembayaran digital Malaysia, WeChat Pay MY telah pun menganjurkan sebuah pameran yang bertujuan untuk menggalak peningkatan dalam pengunaan pembayaran mudah alih, pada masa yang akan datang. Zon pengalaman yang terdiri daripada pelbagai demonstrasi perkhidmatan pembayaran yang inovatif, termasuk di kedai-kedai serbaneka, gerai makanan & minuman, stesen petrol, untuk menunjukkan bagaimana WeChat Pay MY boleh diterapkan dalam kehidupan harian pengguna. Perkhidmatan yang lebih maju telah dilancarkan pada acara itu. WeChat Pay MY memperkenalkan mesin layan diri digital kepada para tetamu dengan bayaran dilakukan menerusi WeChat Pay MY untuk membeli sesuatu benda.

Satu lagi perkhidmatan baru diperkenalkan di majlis itu dan tidak lama lagi akan bakal disediakan di restoran mamak di sekitar Lembah Klang. Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh memilih dan memesan makanan dan minuman menerusi WeChat Pay MY dan membayar serta-merta. Bagi pelanggan setia restoran mamak, perkhidmatan ini menawarkan cara yang lebih lancar untuk pembelian makanan and minimum tanpa perlu menunggu pelayan mengambil pesanan mereka atau beratur untuk membayar bil. Juga disediakan adalah gerai kuih-muih khas untuk menunjukkan kepada bakal peniaga betapa mudahnya membuat urus niaga dengan WeChat Pay MY, kerana rancangan sedang diusahakan untuk peniaga pasar-malam atau penjual tepi jalan tempatan mengguna sistem ini.

Demonstrasi futuristik yang turut diketengahkan ialah bagaimana WeChat Pay MY merancang untuk memudahkan transaksi mengisi petrol. Kios mini yang ditubuhkan menunjukkan suatu penyelesaian pintar di mana pengguna boleh memilih stesen minyak, memasukkan amaun petrol yang ingin diisi dan sebaik sahaja mereka tiba di kiosk itu, sebuah kamera akan mengesan nombor plat kereta untuk mengaktifkan pam petrol. Dengan ini, pengguna boleh mengisi tangki kereta serta-merta dan secepat itu menyambung perjalanan. Berdasarkan pengalaman, teknologi dan keupayaan platform pembayaran WeChat Pay MY, kami bersedia untuk menawarkan pengguna suatu pengalaman pembayaran digital demi mempermudahkan kehidupan seharian.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter