Jumlah Paparan Halaman

21 Januari 2016

6 Laman Membeli-Belah Online Pilihan Rakyat Malaysia Yang Ada Kurangnya

Posted by   on

Kecepatan dan kepantasan teknologi kini Malaysia telah melangkah satu era lagi apabila membuat pembelian secara dalam talian terbanyak sekali. Pada tahun 2015 sahaja seramai lebih daripada 70% rakyat Malaysia suka membeli belah secara dalam talian. 

Ini kerana ia memudahkan dan sungguh efektif dengan cara penyediaan laman yang lebih mesra pengguna dan juga kualiti barang dan penghataran menjadi penilaian pembeli. Mari kita saksikan senarai 6 laman membeli-belah pilihan kali ini. 

Lazada.com.my


Seperti semua sedia maklum bahawa Lazada adalah pembekal pembelian secara online yang terbesar dan paling banyak barang2 pilihan. Daripada keperluan peribadi hingga kepada keperluan dapur rumah dan sebagainya. Daripada sekecil2 item kepada yang paling mahal semuanya ada. Malah laman web lebih interaktif dan lebih tersusun walaupun kadang2 agak menglirukan. Namun carian pada laman ini masih lemah kerana hanya bergantung kepada keyword sahaja dan tiada perbezaan item.

GoShop.com.my

 

Walaupun lama ini baru sahaja berusia 3 tahun tetapi GoShop telah jauh meninggalkan banyak lagi laman web pembelian secara dalam talian. Masih mengekalkan konsep demontrasi di studio tetapi visual dan juga gambaran yang diberikan lebih memberi minat kepada penonton untuk membeli secara dalam talian. Namun masih terdapat kelemahan dari segi hibungan dengan pembeli di laman tersebut banyak soalan yang tidak dijawab dan review yang diberikan kurang memuaskan.

Zalora.com.my


Zalora adalah pelopor kepada pembelian barangan keperluan peribadi di Malaysia dengan bermulanya pada tahun 2012. Zalora selari dengan trending dan juga gaya persembahan dalam laman web lebih kemas dan lebih nampak eligent. Namun masih kurang dari segi item2 yang dijual kadang2 tiada seperti mana yang dikehendaki pembeli.

Lelong.my 

Bermula sebagi sebuah forum Lelong sekarang lebih efisyen dan lebih egresif dalam memnyediakan platform jualan barang lebih laju dan lebih mudah. Namun kepadatan kepada muka depan laman ini kadang2 mengelirukan pengguna dan kadang2 system yang disediakan agar kelam-kabut bagi pengguna baru. Namun seronoknya shopping di sini lebih banyak barang dan harga lebih berpatutan.

11street.my


Lebih kepada konsep kerjasama Malaysia dan Korea laman ini banyak mengutamakan produk daripada negara tersebut. Ini mungkin kerana pengaruh pada masa kini lebih kepada produk jualan dari negara Korea itu. Namun laman ini seperti memanipulasi banyak laman pembelian lain dan seakan sama dengan yang lain. Tapi bestnya shopping kat sini banyak diskaun hehehe.

Mudah.my


Mudah sapa tak kenal bermula dengan kecil kini Mudah sudah menjadi entiti yang mampu berdiri sendiri untuk menyediakan service jual beli barang. Cara pengguna untuk membeli dan menjual barang juga agak mudah. Tetapi awas ada yang sudah pandai memanipulate jual dalam Mudah dengan menggunakan teknik mengelirukan pembeli. Tapi kadang2 laman web ini susah untuk diakses dan selalu down tak faham.

Itu sahaja rujukan dan panduan kepada semua kaki shopping online di Malaysia yang kadang2 keliru mana satu yang terbaik untuk mereka. Ada yang menawarkan harga murah dan potongan yang banyak tapi adakah benar? Ada juga yang bagus cuma kurang dari segi khidmat sokongan kepada pelanggan dan juga penghantaran. Cuma yang pengalaman lebih mengetahui ini adalah pendapat peribadi dan tiada kena mengena dengan mana2 pihak. Selamat membeli.






Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter