Jumlah Paparan Halaman

11 Disember 2018

MMSOS Satu Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Dan Memberi Bantuan Sewaktu Kecemasan

Posted by   on

Pernah anda mengalami situasi dimana kenderaan anda rosak atau alami masalah di suatu kawasan yang gelap waktu malam yang sunyi sepi. Juga mungkin anda berjalan seorang diri dan diekori oleh seseorang yang anda tidak kenali. Apa yang anda akan lakukan adakah akan menghubungi polis atau juga menghubungi ahli keluarga terdekat. Tapi secepat mana mereka boleh sampai ke lokasi yang anda ada pada masa itu.

Kini dengan adanya aplikasi mudah MMSOS atau “Panic Button” yang merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness” disaat anda memerlukan. Ia merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan satu butang sahaja iaitu “Panic Button”.


Anda akan diberi bantuan segera sekiranya berdepan dengan kecemasan seperti kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.


Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia adalah kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah untuk diakses.

MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, anda hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.


Sekarang aplikasi ini sudah boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apps Store dengan hanya melayari http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian anda perlu membuat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.

Kelebihan lain yang anda akan perolehi sekiranya melanggan aplikasi MMSOS ini :-
  1. Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000). 
  2. Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365). 
  3. Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’. 
  4. Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining). 
  5. ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta. 
  6. ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta. 
  7. ‘Ambulance fees’. 
  8. Percuma ‘towing’. 
MMSOS juga baru-baru ini bersama dengan rakyat dalam memberi lebih pendekatan pengguna kepada aplikasi ini. Mereka telah menganjurkan aktiviti mendaki Gua Damai Extreme Park di Batu Cave Selangor. Lebih daripada 100 orang menyertai program ini dan mendapat pelbagai pendedahan dalam aplikasi selain beriadah bersama dengan team MMSOS.



Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna. Muat turun sekarang di semua telefon pintar anda. Jadilah pengguna yang bijak.







4 ulasan:
Write comments
  1. Satu aplikasi yang menarik. Membantu ketika kecemasan

    BalasPadam
  2. Applikasi yg sgt menarik dan wajib ada dlm phone untuk sebrag kecemasan..

    BalasPadam
  3. I love your article.you can visit my website: fmovies.se

    BalasPadam

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter