Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Touch N Go eWallet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Touch N Go eWallet. Papar semua catatan

30 April 2024

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung AI TV 2024 Hari Ini

 
Kira detik dimulakan untuk prapesan Samsung AI TV impian anda dan membuka kunci dunia pengalaman menonton yang mengasyikkan. Tetapi tunggu, ada lagi! Prapesan antara 17 April – 2 Mei 2024, dan anda bukan sahaja akan meningkatkan hiburan rumah anda tetapi juga mendapat ganjaran dengan kredit Touch ‘n Go eWallet dan peluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM140,000!


Berikut ialah imbasan tawaran prapesanan yang menanti anda:

• Samsung Neo QLED 8K: Alami kemuncak kualiti gambar dengan Neo QLED 8K dan nikmati sehingga RM2,500 Touch ‘n Go eWallet kredit!
• Samsung Neo QLED 4K: Selami visual yang menakjubkan dengan Neo QLED 4K dan terima sehingga RM2,900 Touch ‘n Go eWallet kredit!
• TV OLED Samsung: Saksikan kontras yang tiada tandingan dan warna-warna cerah dengan teknologi OLED, serta dapatkan kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM1,600!



Jangan lupa untuk melengkapkan persediaan hiburan rumah anda dengan Samsung Soundbar! Semasa tempoh prapesanan, anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif pada siri Soundbar kami :

• Bingkai Muzik: Tingkatkan ruang anda dengan Bingkai Muzik yang bergaya, kini dengan penjimatan sehingga RM500!
• The Frame: Campurkan teknologi dengan seni dengan lancar dengan The Frame, dan terima sehingga RM800 Touch ‘n Go eWallet kredit!
• Bar Bunyi Siri-Q: Alami audio yang berkuasa dan mengasyikkan dengan Bar Bunyi Q-Series terkini, dengan penjimatan sehingga RM1,500!
 

Tawaran prapesanan yang luar biasa ini tamat pada 2 Mei 2024. Lawati pautan di bawah untuk menyemak imbas pilihan TV dan Bar Bunyi Samsung AI kami, dan selamatkan prapesanan anda sekarang!


Untuk meneroka rangkaian penuh TV dan Bar Bunyi Samsung, sila lawati:









16 Januari 2020

Ramai Masih Tidak Mengetahui Cara Hendak Menebus e-Tunai Rakyat RM30 dalam e-dompet

 
Tarikh 15 Jan 2020 adalah hari yang dinantikan oleh hampir 15Juta rakyat Malaysia yang layak untuk menebus enesiatif e-Tunai Rakyat yang diumumkan dalam belanjawan negara 2020 tahun lepas. Ini dalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi e-dompet dan menyahut seruan kerajaan untuk kearah negara cashless.


Namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang peluang ini dan tidak mengetahui cara untuk menebus e-Tunai ini. Sebelum anda boleh mendapatkan kredit anda pada RM30, terdapat tiga syarat untuk syang perlu dipenuhi melayakkan anda menebus wang ini
1) Berusia 18 tahun keatas 
2) Jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM100k 
3) Mestilah warganegara Malaysia yang sahih


Sekiranya anda memenuhi tiga kateria ini maka anda layak untuk membuat penebusan dengan hanya menggunakan tiga aplikasi e-dompet yang disenaraikan sahaja. Anda mesti memuat turun aplikasi GrabPay, Boost atau Touch 'n Go eWallet. Anda perlu tahu hanya boleh melakukan sekali sahaja penebusan pada salah satu daripada aplikasi yang disebutkan, jadi pilih dengan bijak.


Ada juga yang masih tidak tahu macam mana nak menebus e-Tunai Rakyat ini. Setelah anda memuat turun salah satu aplikasi yang disenaraikan itu. Anda perlu mendaftar dan membuat pengesahan identiti iaitu dengan mengambil gambar kad pengenalan anda yang sah. Kemudian anda perlu juga mengambil gambar anda bersama dengan kad pengenalan warga negara Malaysia untuk pengesahan kedua.

Setelah anda membuat langkah-langkah ini barulah akaun anda akan diaktifkan dan anda layak untuk memohon e-tunai tersebut. Pastikan gambar anda jelas dan juga tidak menggunakan kad pengenalan orang lain. Tapi pastikan juga anda membaca terma dan syarat yang diletakkan kerana segala maklumat dan detail yang anda maksukkan itu akan menjadi hak e-dompet tersebut. Setiap penebusan akan mengambl tempoh masa jadi mungkin akan lewat tapi kebanyakkan orang sehari sudah dapat duit tu akan terus ditunai dalam aplikasi anda.


Tapi ingat setelah anda berjaya membuat penebusan e-tunai rakyat itu anda perlu menggunakan duit tersebut sehingga atau sebelum 14 Mac 2020 sahaja. Sekiranya tidak wang tersebut akan luput dan tidak boleh digunakan lagi. Jadi buat pilihan bijak dan guna dengan baik walaupun sikit ia dapat membantu juga. Ini kerana kebanyakan e-dompet ini telah boleh digunakan selain untuk membeli barang di kedai atau pasaraya, ia juga boleh digunakan untuk membeli secara online. Juga ada sesetengah orang menggunakannya untuk membayar bill dan juga membuat pembayaran tol. Banyak kebaikannya.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter