Jumlah Paparan Halaman

23 Januari 2020

Rancangan Assalamualaikum TV ALHijrah Bersiaran Secara Langsung Di CHINA TOWN

Posted by   on

TV AlHijrah sememangnya telah mempunyai tempat tersendiri di hati penonton setianya. Ini kerana, bukan hanya terkenal sebagai pendidik di kaca televisyen, malahan kebelakangan ini, TV AlHijrah turut berani bereksperimentasi dengan pelbagai corak, gaya serta konsep baru yang trending dan releven di dalam penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangannya.


Terbaru, lari dari kebiasaan, TV AlHijrah bakal bersiaran langsung menerusi rancangan Assalamualaikum di sebuah lokasi istimewa iaitu di Lorong Panggung atau turut dikenali sebagai Kwai Chai Hong, China Town, Petaling Street bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2020 bersama masyarakat sekitar.

Siaran Istimewa Assalamualaikum Tahun Baru Cina ini akan disiarkan pada Sabtu, 25 Januari 2020, jam 7 pagi hingga 10 pagi. Sepanjang tiga jam berlintas langsung, hos Assalamualaikum iaitu Hanan Abdul Rahman dan Raja Sofie Raja Arif ditemani barisan panel hebat yang dijemput khas bagi membicarakan tajuk Asam Garam Perpaduan.


Antara panel-panelnya adalah Cikgu Brian Cheong, seorang guru berbangsa cina yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu disebabkan kebolehan beliau menguasai sembilan bahasa. Cikgu Brian akan ditemani Kaushalia Kolanthavelu (sahabat kpd Atlet Dogeball Negara, Awatif).

Mereka akan berkongsi pengalaman serta kemeriahan sambutan perayaan ini. Antara yang akan dikongsi adalah amalan makan besar, pantang larang tahun baru, mercun, tradisi memberi wang ringgit dan banyak lagi.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan Assalamualaikum Istimewa Tahun Baru Cina hanya di TV AlHijrah.









1 ulasan:
Write comments
  1. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    BalasPadam

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter