Jumlah Paparan Halaman

8 Oktober 2024

Castrol EDGE Melancarkan PowerBoost Technology™ untuk Peningkatan Prestasi Enjin 30% Lebih Baik

Posted by   on

Castrol, peneraju global dalam minyak pelincir automotif, melancarkan Castrol EDGE dengan PowerBoost Technology yang menawarkan peningkatan prestasi enjin 30% lebih baik daripada standard industri.



Kejuruteraan untuk Prestasi Unggul

Castrol EDGE dengan PowerBoost Technology direka untuk meningkatkan prestasi komponen enjin utama seperti omboh, valvetrain dan pengecas turbo. Formula canggih ini bukan sahaja meningkatkan kuasa & pecutan, tetapi juga memberikan prestasi yang lebih konsisten dan efisien.

Rasai Perbezaan Kuasa dan Kepantasan 

Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa dan pecutan, sesuai untuk pemandu yang inginkan lebih kuasa daripada kereta mereka. Dengan menggabungkan minyak sintetik premium dengan aditif unik, Castrol EDGE meningkatkan prestasi enjin untuk pemanduan yang lebih responsif.

Diuji untuk Memberikan Hasil Sebenar

Castrol EDGE dengan PowerBoost Technology telah melalui simulasi dunia sebenar yang menyeluruh:   

Peningkatan Kuasa: Minyak ini menunjukkan penghasilan kuasa yang luar biasa, mengatasi minyak biasa dalam penilaian tork dan kecekapan.  

Pecutan Lebih Pantas: Kenderaan yang menggunakan Castrol EDGE mencapai masa pecutan yang lebih pantas berbanding penggunaan minyak biasa.

Mengapa pilin Castrol EDGE dengan Teknologi PowerBoost

Castrol EDGE dengan Teknologi PowerBoost meningkatkan prestasi sehingga 30% lebih baik, menawarkan peningkatan kuasa kuda, pecutan lebih pantas dan perlindungan enjin yang lebih optimum. Ia juga sesuai digunakan untuk enjin hibrid, menjadikannya pilihan versatil untuk kenderaan moden.

Kami teruja untuk memperkenalkan inovasi ini kepada pemandu Malaysia,” kata Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura. “PowerBoost Technology menyerlahkan komitmen Castrol untuk memaksimumkan prestasi kenderaan.

Castrol EDGE dengan PowerBoost Technology tersedia dalam variasi 5W-40 dan kelikatan lain yang lebih nipis. Kunjungi pusat Servis Auto Castrol atau pengedar sah berhampiran anda untuk merasai kelebihannya hari ini.









Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter