Jumlah Paparan Halaman

7 September 2020

Majlis Pelancaran Logo Muslim Friendly Accommodation Recognition

Posted by   on

Islamic Tourism Centre (ITC), merupakan salah satu dari 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia telah memperkanalkan Muslim-friendly Accommodation Recognition (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan.



Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetapkan standard akan tetapi memberi peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. Konsep 'mesra Muslim' telah mulai mendapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan halal dan pengalaman rohani yang dapat ditawarkan oleh hotel.




Bagi memastikan inisiatif ini terus memberikan momentum yang berterusan kepada industri perhotelan negara, majlis pelancran logo ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim.



Sehubungan dengan itu, pihak ITC dengan segala takzimnya ingin MENJEMPUT PIHAK TUAN/PUAN UNTUK HADIR DAN JUGA LIPUTAN SEMASA PROGRAM PELANCARAN. Satu siding media akan diadakan selepas pelancaran logo.


ATURCARA PROGRAM


Tarikh : 3 September 2020, Khamis


Masa : 1.30pm (Pendaftaran)


Tempat: Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA



MENGENAI ISLAMIC TOURISM CENTRE


Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat.


ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kepada kementerian, pemegang taruh dan juga penggiat industri.


Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mempromosikan muhibah di kalangan umat manusia.


Issued by


Islamic Tourism Centre


Maklumat lanjut, sila hubungi:


En. Fitra Mohd Ali / En. Muhamad Mazlan Kamaruddin


Islamic Tourism Centre


Tel 03-8891 7177


Emel id@itc.gov.my


www.itc.gov.my


@itc_my di platform sosial media








Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter