Jumlah Paparan Halaman

23 September 2016

ShopBack Sertai MDEC #MYCYBERSALE Sebagai Rakan Rasmi Cashback

Posted by   on

ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE yang dinanti ramai, sebagai rakan Cashback dengan memberikan wang tunai sebenar kepada pembeli online.


Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), #MYCYBERSALE, acara jualan online tahunan terbesar, akan diadakan dari 26-30 September tahun ini. Acara seluruh negara selama 5-hari ini akan menyaksikan laman e-dagang seperti Hermo, Lazada, Zalora, Qoo10, Photobook Malaysia, dan banyak lagi akan bersama-sama merancang produk dan servis bagi memberi kejutan kepada pembeli, dengan tawaran nilai terbaik serta diskaun sehingga 90%.

ShopBack membawakan model Cashback tiga-penjuru yang memberi manfaat kepada semua pihak - pembeli, e-dagang dan penyedia Cashback - ke Malaysia pada Februari 2015. Ia telah membolehkan pembeli di Malaysia untuk menerima wang tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, di mana seorang pembeli tertinggi telah menerima lebih dari RM17,000 di dalam akaunnya.


Syarikat tersebut mengambil inisiatif sebagai menaikkan tawaran Cashback sejak awal tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia menerima lebih penjimatan dalam pembelian seharian, di mana lebih kurang 300,000 pembeli telah menerima insentif Cashback dari ShopBack pada setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman ShopBack di https://www.shopback.my atau Facebook page https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.





Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter