Jumlah Paparan Halaman

12 Oktober 2016

Pixel Telefon Pertama Keluaran Google Jauh Lebih Mahal Dari iPhone Baru

Posted by   on

Google melancarkan telefon pintar baru Pixel ketika ia cuba menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri.


Telefon pintar Pixel boleh didapati dengan paparan 5 inci atau 5.5 inci, bermula dari AS$649 untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS), harga yang lebih kurang sama dengan model iPhone terbaru.

Pra-pesanan telah bermula pada Selasa di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS.

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat.


Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu.

Pixel juga mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android, dengan hanya memindahkan kenalan, kandungan dan juga iMessages.






Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter