Bolavaganza adalah kempen untuk peminat bola sepak menguji kemahiran minda mengenai sejarah Bola Sepak Dunia. Kempen ini berlansung selama 6 minggu bermula 15 Nov 2016 – 26 Dis 2016 dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sebanyak 6033 muat turun telah direkodkan sepanjang 6 minggu.
Seramai 2066 orang menyertai kempen kami sepanjang 6minggu. Kempen ini adalah kerjasama diantara INIKAN BOLA dan SEMUANYA BOLA. Kami hanya menggunakan platform media sosial INIKAN BOLA dan SEMUANYA BOLA untuk mempromosikan Bolavaganza ini.
Yuran penyertaaan Bolavaganza hanya RM 1 dan perlu menjawab 5 soalan. Pemilihan pemenang berdasarkan markah tertinggi dan kepantasan peserta menjawab soalan yang diberikan
Inikan Bola pula merupakan aplikasi percuma yang ditawarkan untuk semua peminat-peminat bola sepak Malaysia. Boleh muat turun melalui telephone Android anda sekarang. Terdapat beberapa fungsi utama dalam applikasi mobile ini seperti di bawah.
Aksi Hari Ini
Halaman utama memaparkan berita terkini serta sedutan aksi perlawanan melalui ulasan Anak Tempatan. Pengguna digalakkan untuk berinteraksi dengan kami melalui butang, “LIKE”, “DISLIKE” serta memberikan komen dipenghujung setiap olahan.
90minit
Statistik, Jadual, Keputusan dan Kedudukan perlawanan yang akan datang dan yang sudah lepas.
GOL!!!
Ruangan interaktif dimana pengguna berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai pertandingan dari masa ke semasa.
Layari laman sesawang rasmi www.inikanbola.my atau Facebook www.facebook.com/inikanbolamy dan berkongsi hastag di laman twitter mereka iaitu www.twitter.com/inikanbola.
Tiada ulasan:
Write comments