Setelah pelbagai ura-ura mengenai telefon lagenda Nokia 3310 tersebar,
Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona baru-baru ini.
Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang baharu (dan moden), mudah dan masih mengekalkan sistem keypad yang sama.
Selain itu, 3310 juga didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori microSD. Menurut laporan, bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mod standby dan 22 jam untuk masa berbual.
Dari segi sistem pengoperasian pula, ura-ura yang dilaporkan oleh portal tempatan Wiser.my sebelum ini ternyata benar apabila Nokia 3310 diumum tidak dikendalikan oleh Android tetapi menggunakan sistem asal yang telah ditambah baik.
Secara ringkasnya, Nokia 3310 adalah telefon backup sempurna buat mereka yang mahu mencari telefon kedua. Telepone ini dijual pada harga $52 (RM230) sahaja.

Tiada ulasan:
Write comments