Tinggal kurang dari 150 hari tirai temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara – Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, atau Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan dibuka. Dari detik bendera Malaysia dikibarkan diupacara penutupan Sukan SEA Singapura pada Jun 2015, sehinggalah kini, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017 yang dipengerusikan telah bertungkus lumus dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar. Bukan itu sahaja, azam untuk membawa kelainan dalam penganjuran KL2017 agar seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak, selaras dengan tema Bangkit Bersama.
Sasaran penglibatan masyarakat yang terbesar ialah melalui program sukarelawan iaitu seramai 20,000 orang. Latihan bagi mereka yang terpilih, iaitu mereka yang mempunyai WAU Faktor – bersikap positif, dedikasi, tabah dan berani, telah pun bermula pada akhir bulan Disember 2016. Latihan fasa pertama akan selesai pada akhir bulan ini. Setakat ini, sebanyak 19 sesi telah dijalankan. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan Mei dimana MASOC akan memperkenalkan modul khusus bagi sukarelawan berdasarkan bidang yang mereka pilih.
Tiada had umur untuk turut serta dalam program ini dan amat berbangga dengan adanya penglibatan warga emas yang amat bersemangat untuk menyumbang tenaga kepada negara dengan penuh dedikasi. Penyertaan mereka ini amat dihargai, tambahan lagi ada diantara mereka yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang kesukarelawanan. Diharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia, tanpa mengira umur atau latar belakang akan tampil ke hadapan menjadi keluarga KL2017. Kepada mereka yang masih ingin mendaftar, masih tidak terlambat untuk berbuat demikian. Pendaftaran masih dibuka di www.kualalumpur2017.com.my.
Satu lagi perkara menarik yang ingin duperkenalkan buat kali pertamanya di Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ialah larian baton di semua 10 negara yang terlibat di luar Malaysia. Acara penuh makna dan bertujuan membangkitkan semangat kekeluargaan serantau ini yang telah bermula di Brunei hari ini dan berakhir di Singapura pada 13 Mei 2017. Acara ini seterusnya akan kembali ke Malaysia untuk larian obor di seluruh tanah air pula. Perlaksanaan MASOC diarahkan bagi memastikan larian obor ini juga lain dari biasa, agar ia berjaya menyentuh hati dan minda rakyat Malaysia untuk turut merasa bangga dan ingin menjadi sebahagian dari temasya sukan ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai larian obor ini di laman web kami juga.
Selain dari inisiatif yang telah disebutkan tadi, kebanyakan kerja-kerja penganjuran lain yang sama pentingnya sedang berjalan dengan lancar. Antaranya ialah persediaaan venue pertandingan. Seperti yang telah diumumkan, ada tiga kluster utama, iaitu KL Sports City di Bukit Jalil, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kerja-kerja naik taraf KL Sports City sedang berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada bulan Julai 2017. MITEC pula sudah siap pembinaannya dan kini di peringkat akhir perincian. Bagi venue lain pula, kesemua persiapan juga berjalan dengan lancar. Antaranya, velodrom dan trek BMX di Nilai untuk acara berbasikal dijangka siap pada bulan April. Begitu juga dengan venue untuk sukan ais di Empire City, Damansara Perdana, dijangka siap pada bulan yang sama.
Pendek kata, pertarungan para atlet sama ada di gelanggang dan padang akan menjadi lebih sengit di venue kelas pertama yang kita sediakan. Bagi orang ramai pula, KL2017 menjanjikan pengalaman menonton yang menarik ketika mereka menyokong pasukan masing-masing dengan penuh semangat kesukanan.
Semestinya, usaha yang sedang dilaksanakan akan dipergiatkan lagi dalam memastikan 38 sukan dan 405 acara yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos untuk Sukan SEA; dan 16 sukan yang akan dipertandingakan bagi Sukan Para bermula 17 hingga 23 September 2017 bukan sahaja akan berjalan dengan lancar, tetapi bakal meninggalkan kenangan manis buat semua. Berkat sokongan dan kerjasama dari semua pihak, KL2017 bakal menempah sejarahnya yang tersendiri di hati semua rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara.

Tiada ulasan:
Write comments