Jumlah Paparan Halaman

13 Jun 2017

Visa dan ShopBack Anjur Tiga Hari Kempen Buka Puasa Dalam Talian

Posted by   on

Platform pulangan tunai (Cashback) terkemuka ShopBack dan syarikat teknologi pembayaran global Visa hari ini mengumumkan tawaran tiga hari kempen Buka Puasa ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’, yang akan dianjurkan dalam bentuk tempahan makanan dalam talian menerusi Stor Visa di ShopBack Malaysia (https://www.shopback.my/visa) dari 14 - 16 Jun 2017.


Sepanjang tempoh acara ini, orang ramai boleh melawat laman web dan menempah makanan/baucer dari Eatigo, Fave by Groupon, Foodpanda, atau PappaDelivery untuk diri sendiri serta individu yang mahu mereka taja dan nikmati Buka Puasa bersama, di mana Visa dan ShopBack akan memberikan Cashback RM25 ke dalam akaun selepas itu.

Kami sangat gembira dapat bekerjsama dengan Visa menerusi kempen ini dalam semangat Ramadhan. Kami berharap untuk merakamkan penghargaan dan menggalakkan semangat perkongsian antara pengguna dalam talian di Malaysia, bermula dengan menempah dan berkongsi makanan bersama orang di sekeliling. Cashback yang diterima ini akan dipindahkan ke dalam akaun selepas pengesahan, yang juga adalah penjimatan yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang baik.” Alvin Gill, Pengurus bagi ShopBack Malaysia berkata.

ShopBack Malaysia menjelaskan syarikat telah melihat 60% peningkatan dari segi bilangan pengguna di laman web dan aplikasi dalam tempoh enam bulan lalu, menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan sentiasa mencari cara-cara untuk berjimat kerana cabaran ekonomi semasa.


Kini, terdapat lebih dari 650,000 rakyat Malaysia membuat pembelian dalam talian menerusi akaun ShopBack setiap bulan. Syarikat tersebut bekerjasama dengan lebih 500 rakan e-dagang dan antarabangsa seperti Booking.com, Fave by Groupon, Foodpanda, Hermo, Lazada, Zalora dan banyak lagi untuk memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 30% tunai setiap kali mereka berbelanja dalam talian.

ShopBack ialah platform CashBack terkemuka di Asia Tenggara yang telah membantu pembeli dalam talian di Malaysia menjimatkan sehingga RM13.5 juta sehingga kini. Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Taiwan. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web ShopBack Malaysia atau ikut Facebook rasmi mereka.







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter