Jumlah Paparan Halaman

9 Jun 2017

MyFreeview Siaran Digital Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Posted by   on

Pada tanggal 7 Jun 2017 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan myFreeview untuk seluruh rakyat Malaysia. myFreeview adalah jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan.


Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder MYTV (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).

Dekoder MYTV


Dekoder MYTV (Jenis DVB-T2) membolehkan TV anda untuk menerima siaran digital dan menikmati perkhidmatan siaran myFreeview. Selain itu, anda juga akan memerlukan UHF aerial (luaran atau dalam) dan kabel HDMI atau AV.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli IDTV (Integrated Digital Television) yang telah sedia dibina bersama penala digital membolehkan anda untuk menerima siaran digital secara langsung tanpa dekoder. Antara siaran yang akan berubah kepada myFreeview ini adalah TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah, TVi dan BNC.







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter