Grab telah mengumumkan pengambil-alihan operasi dan perniagaan
Uber di Asia Tenggara, sekaligus membawa kepada beberapa perubahan dalam
kaedah operasi perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi
Selain
itu juga semua pembayaran dan tuntutan perlu dibuat kepada Grab setelah
pengambil alihan ini. Pada masa yang sama Uber telah mula
menghentikan operasi di rantau ini secara berperingkat.
Grab
akan mengembangkan perniagaan GrabFood sedia adanya di Indonesia dan
Thailand kepada dua lagi negara iaitu Singapura dan Malaysia. Ia
berikutan integrasi perniagaan Uber Eats dengan GrabFood yang dijangka
berada di semua negara utama Asean menjelang separuh pertama 2018.
Untuk
segmen pengangkutan, Grab akan mengembangkan tawaran pengangkutannya
dengan membabitkan lebih banyak lagi perkhidmatan pengangkutan tempatan
dan penyelesaian mobiliti baru dengan kerjasama pembekal pengangkutan
dan pembuat kereta lain.
Bagi
meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan
segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan
dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi
Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan
kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats
akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran
dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
Tiada ulasan:
Write comments