Jumlah Paparan Halaman

20 Mei 2019

Kesan Kepada Sekatan Android Dalam Penggunaan Telefon Huawei

Posted by   on

Dunia gajet hari ini digemparkan dengan sekatan Huawei dan Honor ke atas apa-apa akses kepada Android. Kerajaan US pimpinan Donald Trump telah meletakkan Huawei dan Honor sebagai salah satu syarikat dalam Entity List.


Apakah itu Entity List?


Entity List adalah senarai syarikat luar US yang tidak dibenarkan untuk bekerjasama dengan syarikat dari dalam US.

Google adalah sebuah syarikat dari US. Hal ini turut menjejaskan jalinan kerjasama di antara Google sebagai pembekal perisian Android kepada Huawei. Google dilarang sama sekali untuk meneruskan sebarang jenis bisnes bersama Huawei, atau dikenakan tindakan undang-undang.


Kesan terhadap peranti-peranti Huawei yang menggunakan perisian Android.


Sehingga kini, peranti seperti Huawei Mate 20 Pro, P30, P30 Pro yang dijanjikan akan menerima kemaskini Android Q terpaksa dibatalkan. Begitu juga dengan kemaskini tampalan sekuriti bagi peranti-peranti Huawei yang lain.

Pelancaran Honor 20 pada 21 Mei ini juga masih menjadi tanda tanya, sama ada program ini akan diteruskan atau sebaliknya.

Huawei dikatakan akan mencari jalan penyelesaian bagi isu tergempar ini, memandangkan perkara ini memberikan impak yang mendalam terhadap jutaan pengguna Huawei, 10,000 peluang pekerjaan di US, dan perjalanan bisnes Huawei sebagai pembekal perkakasan kepada syarikat-syarikat di dalam US.

Sebelum ini, kerajaan US telah menuduh Huawei sebagai pengintip melalui peranti mereka tanpa bukti. Kini, kerajaan US menjalankan buah catur mereka dengan permainan yang lebih kasar.

Inilah percaturan jahat Trump untuk mengekang kemaraan teknologi dan ekonomi kuasa besar China.


*Sumber Facebook Kamarul Afiq As-Subanji







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter