Tiada sebab untuk bimbang dengan pergolakan pasaran dalam masa terdekat.
Dengan berita pergolakan pasaran saham terkini - naik turun harga saham - kami faham bahawa ramai pelabur akan risau dengan bagaimana ianya akan memberi kesan kepada pegangan portfolio pelaburan.
Wabak virus COVID-19 sememangnya mengancam rantaian bekalan global dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi-ekonomi utama dunia. Namun, wabak penyakit seperti ini sebenarnya hanya mempunyai kesan seretan sementara kepada pertumbuhan ekonomi dan biasanya tidak berpanjangan.
Seperti yang tertera pada graf prestasi 40 tahun yang lepas MSCI World Index (Indeks yang merangkumi pasaran utama sedunia) di atas, kebanyakan wabak tidak mempunyai kesan ke atas pergerakan jangka panjang pasaran saham global.
Pasaran mungkin merudum dalam jangka masa pendek tetapi bangkit semula untuk tempoh lebih lama
Dalam masa yang terdekat, pergolakan pasaran saham adalah disebabkan oleh penjualan yang dipengaruhi oleh kepanikan. Dalam keadaan ini, adalah lebih mudah untuk pelabur mengalami kerugian yang lebih besar kerana kerugian tersebut direalisasikan dengan penjualan saham di kala harga turun (menyerap impak kejatuhan harga). Biasanya pelabur akan terlepas peluang menikmati pergerakan harga pasaran yang naik semula setelah kepanikan mula hilang.
Adalah lebih berbaloi untuk pelabur kekalkan tahap pelaburan dan menunggu pasaran saham meningkat semula. Kajian telah menunjukkan bahawa purata tempoh bagi ‘pasaran menurun’ (bearish market) adalah kurang daripada satu per lima purata tempoh bagi ‘pasaran menaik’ (bullish market).
Dalam pada itu, purata peratus penurunan bagi bear market adalah -28% manakala purata peratus kenaikan bagi bull market adalah melebihi +128%. Oleh itu, risiko sebenar kepada pelabur bukan dari kerugian -28% (yang mungkin dialami dalam jangka masa pendek) tetapi melepaskan peluang mencapai potensi keuntungan setinggi 128%.
Secara ringkas, tiada tindakan yang diperlukan daripada anda, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian portfolio Wahed anda yang sejajar dengan pelan pelaburan jangka masa panjang.
Apa yang patut anda lakukan?
Elakkan daripada terpengaruh dengan pergolakan pasaran
Pelaburan pasif adalah memfokuskan kepada matlamat pelaburan jangka masa panjang. Kerugian jangka pendek adalah salah satu lumrah bagi pelaburan jangka masa panjang. Justeru, adalah penting untuk anda sentiasa melabur secara konsisten bagi memastikan prestasi kemampanan pertumbuhan portfolio anda.
Dengan ciri deposit berkala yang baru kami lancarkan pada bulan Januari 2020, anda boleh mula membuat deposit secara berterusan dan automatik - sama ada secara mingguan atau bulanan - ia membantu anda merentasi naik turun pasaran selaras dengan prestasi portfolio pilihan anda. Fahami dengan lebih lanjut cara untuk menetapkan deposit berkala.
Tukar kepada portfolio baru yang mengikut profil risiko anda
Sekiranya pergerakan pasaran terlalu tidak menentu untuk anda, anda boleh memilih portfolio yang lebih sesuai dengan profil risiko anda. Kini, Wahed mengeluarkan ciri pengubahan portfolio dimana anda boleh memilih di antara 6 jenis profil risiko yang disediakan atau menjawab semula soalan selidik selaras dengan pilihan risiko anda. Fahami dengan lebih lanjut cara untuk mengubah penetapan portfolio.
*Anda hanya boleh menukar portfolio anda sekali dalam setiap tiga bulan. Tiada caj yang dikenakan untuk penukaran portfolio.
Sekiranya anda tiada akaun pelaburan dengan Wahed Invest daftar di sini sekarang juga >>> https://app.wahedinvest.com/referral kemudian masukkan referral kod 'MAHMOH7' untuk dapat bonus USD5. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Wahed Investment melalui malaysiasupport@wahedinvest.com.
Tiada ulasan:
Write comments