Susulan dengan pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi, HABIB akan beroperasi semula mulai Isnin, 4hb Mei 2020 ikuti waktu perniagaan biasa. Selaras dengan itu, HABIB akan mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung dan staf HABIB.
HABIB akan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan langkah-langkah tambahan akan dilaksanakan seperti berikut:
• PENJARAKKAN SOSIAL – Penyediaan jarak selamat 1 meter di antara para pelanggan dan staf yang perlu dipatuhi.
• SUHU BADAN – Para pelanggan akan diperiksa suhu badan dan perlu mengisi borang maklumat diri di pintu masuk bilik pameran.
• HAND SANITIZERS – Para pelanggan perlu membersihkan tangan sebelum dilayani pegawai jualan. Hand sanitizers akan disediakan di setiap kaunter pameran. Staf jualan juga perlu membersihkan tangan mereka sebelum melayani para pelanggan.
• FACE MASK – Face mask akan diberikan kepada semua pelanggan untuk dipakai semasa membeli-belah. Semua staf jualan juga akan memakai topeng muka untuk memastikan keselamatan semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran.
• KEBERSIHAN – Barang kemas akan dibersihkan setiap 30 minit. Kedai dan tombol pintu pejabat, pemegang, dinding, cermin kaca, bahagian atas meja akan dibersihkan setiap jam.
• Semua barang kemas akan dibersihkan sebelum dan selepas dicuba oleh para pelanggan.
• Kesemua staf HABIB perlu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik sebelum melapor diri ke tempat kerja.
• Kesemua staf akan diperiksa suhu badan sebelum dan selepas waktu bekerja.
• Kesemua staf akan memberikan status kesihatan harian mereka dan harus melaporkan kesihatan mereka.
Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para pelanggan. HABIB akan memastikan pelanggan berasa aman, selesa, selamat dan yakin ketika berbelanja di HABIB. Selain itu, HABIB turut menjamin penyediaan tempat kerja yang bersih untuk kesejahteraan pekerja kami.
Selain itu, kami juga menyediakan alternatif untuk para pelanggan kami yang masih lebih selesa untuk berbelanja dari rumah. HABIB boleh didapati di platform e-dagang; Lazada dan Shopee. Semua barang kemas kami di Lazada dan Shopee adalah tulen dan asli. Platform media sosial kami; Instagram dan Facebook sentiasa dikemas kini dengan koleksi terbaharu dan promosi istimewa. Jadi buatlah pilihan dan pembelian secara dalam talian dengan menghubungi nombor hotline kami seperti yang dilampirkan di lampiran talian khidmat pelanggan. Bilik pameran kami akan menyediakan barang pilihan anda untuk siap diambil.
Selain itu, Habib turut menyediakan perkhidmatan membaik pulih barangan kemas, pembelian balik, pajak gadai, pengubah suaian barangan kemas serta penilaian zakat kepada para pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-42522777 atau berhubung melalui media sosial di Facebook Habib www.facebook.com/habibjewels dan Instagram Habib @Habibjewelsofficial.
Tiada ulasan:
Write comments