Hari Raya Haji merupakan perayaan istimewa untuk umat Islam menzahirkan sifat kesyukuran dan simpati terhadap orang lain. Sempena perayaan ini, Boustead Properties Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu the Curve, eCurve dan One Cochrane Residences, bersama-sama berkongsi rezeki dengan lebih dari 60 keluarga yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat sekitar.
Dalam usaha meringankan beban mereka, Boustead Properties Berhad dan anak-anak syarikatnya telah mengedarkan bahan makanan asas kepada penduduk-penduduk flat Pelangi Damansara di Petaling Jaya sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Besar bahagian pusat membeli-belah berkata, "the Curve dan eCurve berbesar hati kerana berpeluang untuk membantu mereka yang memerlukan dalam komuniti kita, terutama keluarga yang telah terkesan akibat wabak Covid-19 dan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menjadi lebih bermakna menjelang Hari Raya Haji kerana ia akan dapat menceriakan lagi perayaan tersebut. Melalui usaha CSR yang berterusan, iltizam kami adalah untuk terus memberi dan membantu mereka yang kurang bernasib baik terutamanya mereka yang berada dalam komuniti berdekatan."
Ezwan Zainal, Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan Boustead Properties Berhad menambahkan, “Usaha-usaha seperti ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban mereka pada musim perayaan ini. Kami berharap perkara ini dapat memberi kegembiraan kepada keluarga dalam komuniti ini semasa perayaan Hari Raya Haji."
Mohd Saidi bin Mat Jail, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), flat Pelangi Damansara menambahkan, “Masyarakat Pelangi Damansara amat bersyukur atas sumbangan daripada Boustead Properties Berhad dan anak-anak syarikatnya atas sumbangan yang mulia ini. Sumbangan ini amat bermakna, terutama pada waktu sukar yang dihadapi oleh penduduk komuniti yang terjejas."
Tiada ulasan:
Write comments