Jumlah Paparan Halaman

4 Julai 2022

Sun Life Malaysia Memperkenalkan Dana ESG Takaful Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah Yang Pertama

Posted by   on

Komited meneruskan usahanya untuk menggalakkan kelestarian, Sun Life Malaysia Takaful Berhad, syarikat takaful keluarga terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Dana Takaful Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) berkaitan pelaburan, patuh Syariah yang pertama untuk pasaran takaful Malaysia.



Dana baharu ini, Dana Kelestarian Global Islamik Sun Life Malaysia,  yang diuruskan oleh Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd, menyasar untuk menyediakan peluang yang mampu dimiliki dan boleh diakses oleh rakyat Malaysia dengan menerapkan faktor ESG ke dalam pelaburan mereka dan pada masa sama mencapai potensi peningkatan modal jangka panjang dan keuntungan perlindungan. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad), Raymond Lew ketika mengulas mengenai pencapaian signifikan ini  bahawa Dana ESG Takaful yang baru diperkenalkan ini, yang merupakan dana kedua di dalam siri dana kelestarian, menyasarkan untuk memacu cita-cita rakyat untuk menjadikan pelaburan lestari lebih mudah diakses oleh pelanggan. Sebagai rakan Takaful sepanjang hayat yang dipercayai, percaya ia dana baharu ini dapat memenuhi keperluan dan aspirasi para pelanggan untuk mengembangkan kekayaan mereka tanpa menjejaskan kepercayaan serta nilai pegangan mereka.


Para pelanggan boleh memilih untuk melabur dalam Dana Kelestarian Global Islamik Sun Life Malaysia apabila mereka melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan yang terpilih menerusi saluran agensinya iaitu Sun Prime Link-i dan Sun Legacy-i.

Sun Life Malaysia percaya bahawa dengan menambah faktor ESG ke dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan, ianya akan membuka pintu untuk para pelanggan melabur dalam syarikat yang bukan sahaja patuh dengan prinsip-prinsip Islam, tetapi turut menyokong enam matlamat impak yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG). Matlamat impak yang dimaksudkan termasuklah: menangani perubahan iklim dan mengurangkan susut nilai modal semula jadi, menambah baik akses global terhadap perkhidmatan kewangan yang asas dan air minuman yang bersih, menghapuskan penyakit berjangkit dan mengurangkan epidemik obesiti. 

Dana ESG Konvensional pertama, Dana Kelestarian Global Sun Life Malaysia telah dilancarkan pada Julai 2021 dan melepasi RM10.5 juta setakat April 2022. 



Menurut Sun Life Malaysia, dana baharu ini menyasar untuk menawarkan pelanggan muslim dan bukan muslim peluang untuk melabur dalam kedua-dua prestasi fiskal serta impak sosial dan alam sekitar yang positif. Oleh itu, Sun Life Malaysia yakin bahawa dana ESG Takaful baharu ini berupaya menarik minat pelanggan yang sedia ada dan yang berpotensi. 

Sun Life Malaysia merupakan ahli Sun Life, sebuah organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka. Pada 2022, untuk tempoh 13 tahun berturut-turut, Sun Life telah sekali lagi meraih tempat dalam senarai 100 Syarikat Paling Lestari Global di Dunia oleh Corporate Knights. Senarai ini mewakili 1% syarikat terbaik di dunia dari segi prestasi kelestarian. Ia menjadi bukti jelas kepada amalan kelestarian yang ketat oleh Kumpulan ini, terutamanya dari segi produktiviti karbon, pendapatan bersih dan kepelbagaian gender Lembaga Pengarah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia, layari www.sunlifemalaysia.com







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter