Infinix, jenama telefon pintar yang berkembang pesat dan bergaya, dengan bangganya mengumumkan perkongsiannya dengan Moonton dan IO Esports untuk dua musim Mobile Legends Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY). Fokus utama perkongsian ini adalah untuk menyokong kejohanan MAL MY yang akan datang dan memberi inspirasi kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka dalam industri e-sukan. Pemain akan dilengkapi dengan peranti berprestasi tinggi, khususnya Infinix GT 10 Pro, untuk memastikan permainan lancar semasa kejohanan.
“Kami amat berbesar hati dengan hasil kerjasama ini. Inisiatif ini akan menawarkan belia platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemain esport profesional. Melalui perkongsian kami, kami bercita-cita untuk memberikan sokongan padu dalam menyampaikan peranti termaju yang akan memacu industri e-sukan di negara kami ke tahap yang lebih tinggi,” kata Abia Wang, Pengarah Pemasaran Serantau Infinix.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Infinix akan mempamerkan Siri GT terbaharunya, telefon pintar yang direka khusus untuk memenuhi keperluan peminat permainan mudah alih yang ingin meningkatkan potensi permainan mereka. Anjuran Moonton dan IO Esports, MAL MY mewakili liga divisyen kedua profesional Malaysia, mengikuti Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL). Dalam MAL MY, pasukan MPL semasa mempunyai peluang untuk menubuhkan pasukan menengah, memupuk pertumbuhan pemain baharu dan menyediakan mereka laluan untuk melayakkan mereka ke slot MPL akan datang dan mewujudkan diri mereka sebagai pasukan profesional.
“IO Esports sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama MAL MY dengan Infinix, menandakan satu langkah penting ke arah memupuk bakat akar umbi dalam sukan. Melalui sokongan Infinix, kami teruja untuk menyaksikan pertumbuhan calon pemain semasa mereka bersaing di MAL. Bersama-sama, kami memperkasakan generasi juara sukan yang akan datang.” kata IO Esports.
Selain itu, Infinix Malaysia telah melanjutkan kerjasama dengan Homebois, sebuah pasukan esport Malaysia yang popular. Ini menandakan tahun kedua jenama itu bekerjasama dengan pasukan untuk terus memberi inspirasi kepada belia Malaysia dalam mengubah minat mereka kepada kerjaya profesional dalam industri e-sukan.
"Perkongsian kami dengan Infinix membawa janji yang besar kepada komuniti permainan Malaysia. Visi strategik dan tumpuan mereka dalam industri permainan sejajar dengan matlamat kami. Dengan menyelaraskan dengan Infinix dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi, matlamat kami adalah untuk memperjuangkan senario esport Malaysia, menjiwai semangat slogan kita bersama, #JuaraBersama,” kata Daddyhood, Pengasas Homebois.
Industri e-sukan telah menunjukkan pertumbuhan dan kejayaan yang ketara sejak beberapa tahun lalu di Malaysia. Perkongsian antara Infinix, IO Esports, Montoon dan Homebois merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam industri dan memberi inspirasi kepada lebih banyak pertumbuhan dalam esport Malaysia. Dengan bergabung tenaga dan bekerjasama, organisasi ini membantu esport di Malaysia untuk berkembang dengan lebih baik lagi, mewujudkan peluang baharu untuk berjaya di sepanjang perjalanan.
Nantikan maklumat lanjut dan kemas kini terkini daripada Infinix di laman web rasmi Infinix Malaysia, halaman Facebook, halaman Instagram dan saluran TikTok.
Tiada ulasan:
Write comments