Castrol, syarikat pelincir automotif terkemuka, meraikan pemenang hadiah utama pertandingan Menang Bersama Castrol dan melancarkan kempen “Castrol Rentak Sintetik”. Inisiatif inovatif ini mencerminkan komitmen Castrol untuk menjadi Peneraju Teknologi Sintetik Penuh. Kempen ini bertujuan untuk menarik minat pengguna Malaysia yang lebih muda di samping mengetengahkan prestasi dan perlindungan unggul yang ditawarkan oleh minyak enjin sintetik penuh Castrol, termasuk Castrol EDGE dan Castrol MAGNATEC.
Selaras dengan dedikasi mereka ke arah memajukan prestasi minyak enjin menerusi inovasi, Castrol memperkenalkan kempen “Castrol Rentak Sintetik”, yang direka khusus seiring dengan jiwa pemandu Malaysia yang lebih muda. Kempen ini juga akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan kandungan kreatif yang berinspirasikan Masa Depan Pemanduan menerusi Teknologi Sintetik Penuh untuk menarik minat golongan tersebut seiring dengan tabiat digital mereka. Ia juga akan memaparkan kelebihan prestasi unggul rangkaian minyak enjin sintetik penuh Castrol, memperkasakan pemandu muda untuk membuat pilihan yang bermaklumat tentang kesihatan kenderaan mereka.
Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan, Castrol turut melancarkan kempen “Castrol Rentak Sintetik E-Wallet” yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2024. Inisiatif e-dompet ini menunjukkan komitmen Castrol untuk berhubung dengan para pengguna dan memberikan penekanan tentang manfaat rangkaian minyak enjin sintetik penuh Castrol EDGE.
• Castrol EDGE: Sepanjang tempoh kempen ini, pengguna yang membeli Castrol EDGE 4L akan menerima pulangan tunai RM25 dalam bentuk kredit Touch 'n Go eWallet. Setiap pengguna berpeluang menikmati tawaran pulangan tunai untuk maksimum dua botol, berjumlah RM50 di sepanjang kempen ini.
Castrol juga dengan bangganya mengumumkan Jireh Tay Yi Le, sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Menang Bersama Castrol yang diadakan di seluruh negara dari November 2023 hingga Februari 2024. Pemenang bertuah itu berjaya membawa pulang sebuah Honda HRV serba baharu, membuktikan komitmen Castrol dalam menghargai dan memberikan ganjaran kepada pelanggannya yang setia.
Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Kami teruja kerana dapat meraikan Jireh Tay Yi Le dan melancarkan kempen ‘Castrol Rentak Sintetik’. Kempen ini membuktikan dedikasi kami untuk menjadi Peneraju Teknologi Sintetik Penuh di samping memupuk hubungan yang lebih bermakna dengan pemandu Malaysia yang lebih muda. Kami gembira kerana dapat menawarkan pelbagai ganjaran kepada mereka dan mempamerkan prestasi unggul rangkaian minyak enjin sintetik penuh kami, memperkasakan mereka untuk mencapai potensi sebenar pemanduan mereka.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen ini, sila layari https://www.castrol.com/en_my/malaysia/home/castrol-edge-synthetic-rentak-e-wallet-campaign.html
Tiada ulasan:
Write comments