Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label 9.9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 9.9. Papar semua catatan

6 September 2018

Perkara Yang Perlu Di Ambil Berat Ketika Membeli Barangan Rumah Baru

 
Semua orang mengidamkan rumah baru yang lebih luas dan juga berhampiran dengan tempat kerja. Almaklumlah kat KL ini memang susah nak mencari rumah yang luas dan murah zaman sekarang ini. Kalau ada pun rumah yang cukup-cukup sahaja luas untuk didiami oleh keluarga yang kecil. Tapi apa boleh buat itu semua cabaran dimasa zaman yang serba moden dan canggih ini.


Namun ada beberapa perkara yang boleh kita titik beratkan dalam menghias rumah baru untuk lebih selesa dan nampak kemas walaupun kecil. Paling penting kita menggunakan barang yang flexible untuk situasi dan juga kegunaan kita. Saya senaraikan beberapa barang yang korang boleh dapatkan secara online tapi moden dan menjadikan rumah anda lebih nampak hebat.

Wardrobe Yang Ada Segalanya


Ini sangat penting kerana sesetengah rumah hanya mempunyai ruang bilik yang kecil dan juga muat untuk barangn yang kecil. Jadi pemilihan almari pakaian yang bersesuai sangat penting demi memberikan ruang yang lebih kepada aktiviti lain dalam bilik seperti ruang solat atau juga ruang untuk senaman.


Solano Space Saving Corner Wardrobe ini sangat berpatutan kerana ia bukan sahaja flexible malah juga tahan air. Lihat sahaja ruang dalamnya yang boleh diubah mengikut keperluan untuk mengisi pelbagai barang peribiadi supaya tidak bersepah didalam bilik tidur anda. Selalu kira akan asingkan antara barang yang dah pakai dan baru jadi dalam almari ini kita boleh buat partition agar semua itu nampak kemas dan menarik


Selain itu juga Ia juga menggunakan kayu yang tahan lasak dan juga berkualiti tinggi. Pastinya kita nak pelaburan biat mahal sikit asal tahan lama dan banyak kegunaannya. Ini adalah salah satu penjimatan ruang yang tidak perlu kepada banyak lagi almari lain untuk satu bilik cukup satu ini sahaja semua ada.

Sofabed Lebih Mudah 


Bagi sesetengah rumah ruang tamu mereka hanya muat untuk satu sofa sahaja dan juga tv. Jadi cadangan terbaik adalah menggunakan sofabed kerana ia adalah 2 dalam 1 yang mampu menjadi sofa dan juga menjadi tempat simpanan barang. Contoh seperti Sofabed Friheten bukan sahaja boleh jadi sofa dan juga katil untuk tetamu yang ramai tapi ia juga ada ruang di bawahnya untuk simpan barang lain agar tidak nampak berselerak.


Jadi ini sangat membantu suri rumah dalam memastikan bahawa kawasan yang menjadi tumpuan tetamu itu nampak bukan sahaja kemas dan cantik tapi mewah. Sofa seperti ini satu yang bagus sangat untuk rumah yang mempunyai ruang tamu yang kecil tapi flexible untuk pelbagai guna.

Kabinet TV Bergantung


Satu lagi bahagian yang kita boleh pertimbangkan untuk membuat ruang tamu kita lebih nampak kemas dan bergaya adalah pembelia kabinet tv. Ramai orang suka kepada kabinet yang klasik dan juga elegen tak salah tapi bagi mereka yang mementingkan ruang nampak lebih flexible ini gunanya kabinet tv bergantung.


Pertama ia sangat memudahkan untuk para suri rumah membersihkan ruag bawah kabinet setiap minggu agak nampak kemas dan tersusun. Juga kabinet anda mesti ada ruang wall yang dapat melindungi pelbagai jenis kabel yang ada supaya tidak berselerak dan juga kadang-kadang merbahayakan kanak-kanak. Jadi ini semua ada keperluan dalam menimbangkan untuk membeli barangan dalam rumah supaya lebih pelbagai guna.

Beli Secara Online


Semua barangan yang saya senaraikan tadi korang boleh beli secara online kat laman web Lazada. Sempena dengan promosi 9.9 Festival Sale yang akan datang ini lagi menguntungkan pembeli yang memang suka membeli secara dalam talian. Di Lazada menyediakan pembelian murah sehingga 90% dan juga flexible hanya dari rumah dan semua barang di hantar terus kepada anda.


Jadi kerja untuk pemindahan rumah baru anda menjadi lebih mudah dan juga lebih senang tak perlu melabur banyak duit. Gunakan peluang yang ada ini kerana ia datang setahun sekali sahaja dan juga mampu memberi penjimatan yang banyak kepada anda. Almaklumlah orang baru beli rumah baru dan nak pindah memang banyak menggunakan duit jadi ini peluang untuk menjimat.








8 Julai 2018

SST Tidak Mempengaruhi Penjualan Dalam Talian ShopBack

 
ShopBack, platform Cashback dalam talian yang menggabungkan lebih daripada 500 kedai dalam talian di Malaysia seperti Malaysia Airlines, Lazada, ZALORA, Taobao, Traveloka dan Booking.com, meramalkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menjejaskan jualan dalam talian secara negatif.


Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dua acara e-dagang akan berlangsung pada bulan September, iaitu MYCYBERSALE dan 9.9 Rewards Day. Pelanggan boleh menjangkakan cashback yang lebih tinggi serta tawaran produk dari ShopBack dan penjual utama e-dagang dari 3 September, hari pertama MYCYBERSALE hingga 9 September, hari terakhir 9.9. Rewards Day.

Beliau juga menyebut bahawa apabila GST dikeluarkan pada April 2015, ramai rakyat Malaysia beralih dalam talian untuk mencari pilihan yang lebih murah dan menggunakan ShopBack untuk penjimatan tambahan untuk menangani kesan GST dalam pembelian harian mereka. SST mungkin mendorong pertumbuhan jualan dalam talian jika peruncit di luar talian meningkatkan harga mereka apabila pelaksanaan.

Walau bagaimanapun, kami tidak fikir pengguna akan tergesa-gesa untuk membeli sebelum bulan September. Kebanyakan mereka menyimpan sentimen 'menunggu-dan-lihat' sehingga acara jualan dalam talian seterusnya. Kerajaan juga memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa SST tidak akan mencetuskan inflasi1 jadi kami yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi e-dagang.

Survay Mendedahkan Rakyat Malaysia Tidak Percaya Iklan Media Sosial


Menurut Alvin, untuk terus menggalakkan perbelanjaan dalam talian, terdapat beberapa titik kesakitan pelanggan yang perlu ditangani sebelum acara jualan besar bermula. ShopBack Malaysia baru-baru ini melakukan tinjauan dengan 300 pelanggan yang membuat pembelian semasa kempen Raya dan mendapati pelanggan mengelakkan membeli:- 

1) Peralatan rumah besar (iaitu TV, mesin basuh)
2) Motor (iaitu minyak enjin, aksesori)
3 ) Insurans dalam talian.

Sejak Februari 2015, ShopBack telah bekerjasama dengan kedai dalam talian untuk menyediakan sehingga 30% cashback kepada pengguna dan membantu mereka menjimatkan lebih daripada RM25 juta. Untuk kempen Raya baru-baru ini, ShopBack mengeluarkan kira-kira RM1 juta tunai dalam tempoh sebulan.

Pada masa ini, lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia menggunakan ShopBack untuk pembelian harian mereka. Penjimatan cashback boleh dipindahkan ke akaun bank pengguna setelah pengesahan. Selain Malaysia, ShopBack juga beroperasi di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Australia. Bagi dapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.shopback.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.





6 September 2017

Murah Dengan Shopee 9.9 Tak Lama Jer Lagi Tak Sabar

 
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara menyasarkan pertumbuhan sehingga lima kali ganda pada Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, yang dianjurkan selama satu hari iaitu 9 September tak lama jer lagi.


Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, Shopee optimis mencapai sasaran itu ekoran sambutan memberangsangkan diterima pada hari membeli-belah yang diperkenalkan tahun lalu, dengan mencatatkan jumlah jualan sehingga lima kali ganda dan tiga kali ganda jumlah trafik.


Katanya, pada tahun ini, Hari Membeli-belah dalam Talian 9.9 menjanjikan tawaran lebih besar dengan sokongan ribuan usahawan di bawah platform itu yang membariskan ribuan produk dipromosikan menerusi kempen Jualan Harga Terendah Shopee.


Juga Shopee memberi jaminan harga paling rendang dimana jika anda mendapati ada jualan lebih murah pada platform lain mereka akan mengembalikan semula 120% daripada perbezaan harga tersebut. Komitmen pihak Shopee dalam memastikan pembeli online puas hati dengan harga mereka tawarkan.


Menurutnya, Shopee turut menawarkan insentif berterusan termasuklah program penghantaran percuma seluruh negara dan bayar waktu terima (COD). Sehingga kini, Shopee merekodkan lebih 50 juta muat turun di rantau ini merentasi tujuh negara melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Taiwan, dengan anggaran nilai dagangan kasar tahunan lebih RM12.87 bilion (AS$3 bilion).









Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter