Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label IOI Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IOI Mall. Papar semua catatan

2 September 2025

Village Grocer Mengembangkan Outlet Terbaharunya Di IOI Mall Bandar Putra Kulai

 
Village Grocer secara rasmi membuka pasar rayanya yang ke-34, terletak di IOI Mall, Bandar Putra Kulai, Johor. Ini merupakan cawangan ketiga Village Grocer di Johor.



Kulai menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Village Grocer, selaras dengan usaha jenama ini untuk terus mengembangkan cawangannya serta menawarkan barangan runcit yang premium kepada komuniti di Johor. Village Grocer yang baharu ini akan turut dijadikan destinasi sehenti untuk para pembeli yang mementingkan kualiti, produk-produk yang segar, daging yang berkualiti tinggi, roti dan pastri artisan, serta pelbagai pilihan barangan istimewa dan hidangan gourmet.

“Kami amat mengalu-alukan pembukaan Village Grocer ke IOI Mall Kulai kerana atas kerjasama ini, sebuah pasar raya premium pertama dalam lingkungan 10 kilometer untuk lebih 70,000 populasi penduduk di sekitar Bandar Putra Kulai serta masyarakat di sekitar Kulai dan Senai. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen kami selama 30 tahun untuk membina komuniti yang lebih ceria di samping meningkatkan gaya hidup penduduk di sini. Kami yakin peluang tawaran yang premium ini bukan sahaja dapat menaikkan taraf hidup, malah memberi lebih daya tarikan kepada IOI Mall Kulai sebagai pusat hab utama untuk gaya hidup, tempat menjamu selera dan pusat membeli-belah. Kami ingin memupuk hubungan jangka panjang yang mampu memberi manfaat bernilai kepada rakan niaga, para pengunjung serta komuniti di kawasan kami.” – Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOI Properties – Wilayah Selatan, Encik Lim Beng Yeang.

Pengarah Eksekutif Kumpulan TFP Retail, Encik Ivan Tan, berkongsi kegembiraannya semasa merasmikan pasar raya terbaharu mereka di IOI Mall, Bandar Putra Kulai. Beliau menzahirkan rasa bangga kerana syarikat telah diiktiraf dan diterima oleh IOI Mall. “Walaupun penyertaan kami agak lewat, namun kami menyediakan pengalaman baharu membeli-belah barangan runcit kepada komuniti di sini dengan menawarkan perkhidmatan Village Grocer yang di luar jangkaan serta pilihan produk-produk yang tiada tandingan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFP Retail, Encik Kok Kian Kee, berkata bahawa Kulai merupakan lokasi yang strategik untuk penambahan cawangan Village Grocer dan sentiasa menerima permintaan agar Village Grocer dibuka bagi memenuhi keperluan komuniti di Kulai. “Kami berpegang teguh kepada kepercayaan dalam memberikan pengalaman membeli-belah barangan runcit yang luar biasa, berdekatan dengan rumah, mudah diakses dan berada di dalam jangkauan. Kami turut mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit supaya anda tidak perlu lagi melalui perjalanan yang jauh bagi mendapatkan barangan runcit yang segar dan berkualiti untuk keluarga anda.” 

Sebagai sebuah jenama kelahiran tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang kepada masyarakat tempatan. Ia secara aktif menyokong dan mendapatkan sumber daripada pekebun tempatan, peniaga-peniaga kecil, dan jenama tempatan. Village Grocer turut menyokong kelestarian alam sekitar dan tekad untuk mencapai matlamat membeli-belah tanpa penggunaan plastik. Malah, usaha Village Grocer dalam penjagaan alam sekitar, sosial dan pengurusannya telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Tentang Village Grocer


Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman membeli-belah. Dengan 32 buah lokasi di seluruh negara, Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar.

Village Grocer IOI Mall dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti Kulai serta bersama-sama mencipta pengalaman beli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter