Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Minyak Enjin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak Enjin. Papar semua catatan

17 Mei 2024

Castrol Meraikan Pembukaan Rasmi Bengkel Peneraju Utama (Flagship Store) Castrol Auto Service Yang Pertama Di Malaysia

 
Castrol, peneraju global dalam pelincir, meraikan detik penting dengan pembukaan rasmi  bengkel peneraju utama (flagship store) Castrol Auto Service (CAS) di Malaysia. Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru, telah dikenal pasti untuk pengikitirafan ini kerana perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, sekaligus mencerminkan komitmen bersama untuk memberikan penjagaan automotif berkualiti tertinggi.




Peningkatan Pengalaman Bengkel dengan Perkhidmatan Terbaik

Era Maju Automobil memiliki empat cawangan di Johor Bahru, dengan cawangan Rosmerah berfungsi sebagai ibu pejabat mereka. Bengkel (flagship store) yang baru ditetapkan kini menggabungkan penjenamaan baharu Castrol dan kini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh. Bengkel (flagship store) yang telah dinaiktaraf ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna, membolehkan mereka memanfaatkan kepakaran Castrol dalam persekitaran yang moden dan inovatif. Upacara pembukaan rasmi telah pun diadakan pada hari Selasa, 19 Mac 2024, bagi meraikan pencapaian ini.



Warisan Perkhidmatan Berkualiti

Era Maju Automobil berbangga dengan sejarahnya berkhidmat untuk masyarakat Johor Bahru selama hampir tiga dekad. Ditubuhkan pada tahun 1996, perniagaan keluarga ini telah berkembang dari satu cawangan sehingga menjadi empat - membuktikan dedikasi mereka yang teguh demi menjamin kepuasan pelanggan. Seperti yang dijelaskan oleh Joshua Wong, pengurus bengkel bersama bapanya, "Kepuasan pelanggan merupakan suatu pencapaian yang membanggakan buat kami." Semangat mereka terhadap motorkar jelas terlihat dalam pelbagai perkhidmatan yang mereka tawarkan, merangkumi segala-galanya dari penyelenggaraan kereta biasa – pertukaran minyak, pusingan tayar, dan penyelarasan – hingga pengubahsuaian untuk kedua-dua kenderaan harian dan kereta jenis “supercar”. Mereka mempunyai pengalaman dalam menyelenggara pelbagai jenama dan model kereta.

Membangun atas Rangkaian yang Kuat dengan Lebih 600 Lokasi CAS

Pelancaran bengkel (flagship store) CAS menandakan satu langkah penting bagi Castrol di Malaysia, menetapkan standard untuk pembangunan masa depan CAS. Dengan lebih dari 600 outlet CAS di seluruh negara, Castrol komited untuk menyediakan akses yang mudah kepada perkhidmatan automotif berkualiti tinggi di seluruh negara. Bengkel (flagship store) ini mewakili tahap pengalaman pengguna yang baru, mempamerkan komitmen jenama terhadap inovasi dan kecemerlangan.


"Castrol dengan gembiranya mengumumkan Era Maju Automobil sebagai bengkel (flagship store) CAS pertama," kata Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura. "Komitmen mereka terhadap perkhidmatan yang berkualiti dan kepuasan pelanggan - sejajar dengan nilai-nilai jenama kami. Kami berharap lokasi flagship baharu ini akan memberikan pengalaman yang luar biasa bagi pengguna di Johor Bahru dan seluruhnya.









28 Januari 2019

60 Peratus Pemandu Tidak Menyelenggara Minyak Enjin Mengikut Jadual

 
Menurut satu kaji selidik mengenai minyak pelincir enjin yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), ke atas 1,036 pemandu, 99 peratus menyedari kepentingan minyak enjin untuk memastikan kereta berfungsi dengan baik, namun 60 peratus didapati gagal mengikuti jadual penyelenggaraan ditetapkan untk menukar minyak enjin.

Minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi. Ia melincinkan pergerakan bahagian dalaman enjin dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan serta kerosakan pada bahagian enjin kereta.


Selain itu, minyak enjin juga melindungi enjin daripada kakisan dan karat, menyejukkan suhu operasi enjin dan membantu mengeyah bahan cemar seperti kotoran daripada bahan bakar dan jelaga yang terhasil daripada pembakaran tidak sempurna. Minyak enjin berkualiti tinggi dan sesuai akan memastikan kelancaran serta memanjangkan usia enjin.

“Menukar minyak enjin secara berjadual adalah penting untuk memastikan prestasi dan kesihatan kereta anda terpelihara. Jika ia tidak ditukar secara berjadual, anda akan mula melihat pelbagai masalah mula timbul terutama enjin menjadi panas dan perkara paling tidak dingini berlaku ialah penggantian enjin yang pasti mahal.

Selang standard untuk penukaran minyak hitam adalah setiap 8,000km atau enam bulan atau mana-mana lebih dulu untuk minyak jenis sintetik penuh dan 5,000km atau enam bulan untuk semua jenis minyak serta kenderaan lama. Kami menasihati supaya selang servis kenderaan dan spesifikasi minyak enjin yang ditetapkan pengilang kenderaan dipatuhi”, tegas Mr. Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch AA Malaysia.


Empat tip penyelenggaraan minyak enjin untuk pemilik kereta:-

·       Periksa batang celup untuk tanda aras dan warna minyak enjin sebulan sekali

·       Periksa tempat parkir kenderaan anda untuk sebarang tanda kebocoran di atas lantai

·       Sentiasa ikut cadangan pengilang kenderaan untuk jenis minyak enjin yang dicadangkan sesuai dan tempoh selang servis

·       Prihatin dengan bunyi enjin yang luar biasa, penggunaan minyak tinggi dan prestasi kereta menurun

“Jika anda dapati terdapat bunyi enjin yang bising, pengunaan minyak lebih tinggi daripada biasa atau warna minyak enjin telah bertukar hitam semasa pemeriksaan batang celup meskipun aras minyak enjin masih tinggi, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan segera. Ini semua adalah tanda-tanda masalah enjin yang mungkin disebabkan beberapa faktor selain gasket bocor”, kata Mr. Pang.

Terdapat tiga jenis minyak enjin – mineral, semi sintetik dan sintetik penuh. Minyak mineral kebiasaan dihasilkan daripada minyak mentah yang ditapis, manakala minyak sintetik penuh dibuat dalam makmal; semi sentitik pula terhasil daripada gabungan kedua-dua minyak tersebut. Setiap enjin adalah berbeza dan amat penting untuk menggunakan gred minyak enjin mengikut ketetapan spesifikasi enjin yang disyorkan oleh pengilang kenderaan.


Bosch, sebuah syarikat automotif yang mempunyai pengalaman luas lebih dari 130 tahun, menggesa semua pemandu negara ini untuk melakukan pemeriksaan minyak enjin secara berkala dan servis kenderaan mengikut jadual bagi mengelak sebarang gangguan perjalanan terutama ketika musim perayaan. Proses ini adalah mudah, murah dan akan memanjangkan usia enjin kereta, pemanduan lebih lancar dan mengurangkan kos membaiki.

Bosch AA menawarkan pelbagai jenis minyak enjin untuk semua kenderaan penumpang yang direka khas memberikan perlindungan optimum pada enjin untuk semua tahap suhu dan tinggi dalam kestabilan pengoksidaan yang sesuai untuk iklim seperti Malaysia. Pilihan minyak enjin keluaran Bosch boleh didapati di Lazada di https://bit.ly/2TBTGPo.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter